16 July 2012

509 : Aktiviti Hujung Minggu Lepas

Alhamdulillah, hujung minggu lepas penuh dengan aktiviti. Takde la aku bosan duduk rumah sorang2 tak wat ape2. Hari sabtu itu aku dah berkumpul di rumah seorang sahabat di Bandar Baru Selayang. Ada kenduri masuk rumah baru akan diadakan pada malam hari esoknya, jadi aku diajak untuk membantu sekadar yang mampu. Tapi kebanyakkannya aku dok rilek jer.. hahahah...


Aktiviti mengupas bawang..

Aku berada di rumah sahabat aku tu dari petang membawa ke malam ke tengah malam sehingga awal pagi dan akhirnya aku terus tidor kat rumah sahabat aku tuh. Malam tu ade bedtime story katenya, bercerita dari cerita hantu hinggalah ke cerita tabiat orang sekarang memandu di jalan raya.


Aktiviti mencuri daun pisang jiran sebelah

Keesokan paginya, aku pulang ke rumah, mandi bagai sebelum aku ke rumah sahabat aku tu sekali lagi. Macam biasa lah, lebih banyak rilek dari wat keje.. hehehe

Tetapi aku tak dapat hadir kenduri yang diadakan sebab aku ade program bersama keluarga pada malam itu. Malam itu, abang aku belanja kami sekeluarga makan steambot di Kafe D'Manggis and BBQ Sungai Buloh. Terima kasih kepada abang aku tuh. Memang banyak yang boleh di makan dari ayam, daging, makanan laut, sayur2an. Memandangkan aku dah makan banyak siang hari itu, aku just makan ape yang boleh jer. Kenyang sangat.. alhamdulillah.. Selepas tu, ade plak majlis kecil2an sambutan hari lahir ahli2 keluarga aku yang lahir dalam bulan Jun.


Kafe D'Manggis Steambot & BBQ
Damai = Yes
Menyelerakan = Yes
Bersih = No



Family yang hadir


Abang dan kakak ipar sedang memasak sesuatu


Nyam3...


~Salam Sayang~

6 comments:

  1. salam

    menarik aktiviti tu semua,,,yg paling menarik menyambut besday ahli keluarga yg lahir dibulan yg sama..boleh follow tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikimsalam cm : first time wat sambutan mcm tu. Memang menarik bila dpt berkumpul semua adik beradik mcm tu kan

      Delete
  2. Salam.. kembang-kembangkan la lagi keluarga yang bahagia ni piz.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam manjer : sedang berkembang la ni...

      Delete
  3. Salamsejahtera,
    Agak2 tahun ni berkembang tak keluarga tu...?
    Nak puji bagusnya ada kawan mcm tu, sehidup semati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam sejahtera mama : keluarga berkembang tp bukan atas landasan perkahwinan....

      Delete