11 July 2012

507 : Mari Menonton - Brave

Minggu lepas aku berpeluang untuk menonton sebuah filem animasi terbaru di pawagam bertajuk Brave. Kami telah menonton filem ini di Alamanda.

Brave mengisahkan bagaimana seorang puteri raja bernama Merida telah dilatih oleh ibunya untuk menjadi seorang puteri yang sejati. Tanpa pengetahuan Merida, ibu dan bapanya telah merancang untuk mengahwinkan Merida dengan putera raja dengan mengadakan satu pertandingan. Putera yang memenangi pertandingan itu akan dikahwinkan dengan Merida. Tidak bersetuju dengan cadangan ibu dan bapanya, Merida telah melarikan diri dan dia telah terjumpa dengan seorang wanita ahli sihir. Merida telah memohon satu sihir dari wanita itu untuk menukarkan ibunya agar perkahwinan itu dapat dibatalkan.

Apakah yang akan jadi seterusnya. Adakah Merida dapat meyakinkan ibunya untuk membatalkan perkahwinan itu. Mari kita saksikan pengakhiran cerita ini di pawagam-pawagam berhampiran anda.


Brave, bagi aku sebuah filem animasi yang sangat menarik. Tidak berat dan penuh dengan aksi dan komedi. 4/5 bintang dari aku...


~Salam Sayang~

4 comments:

  1. Kami telah menonton filem ini di Alamanda. <--- "Kami" tu gi nonton ngan siapa ya? heee..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Afeezz

    waaaa....wajah baru yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam atuk : amacam?? hensem tak?

      Delete