09 July 2012

506 : Cuti-Cuti Malaysia 2012 - Pangkor Island

Pulau Pangkor merupakan pulau yang keempat di Malaysia yang aku pernah sampai selepas Pulau Tioman, Pulau Langkawi dan Pulau Pinang. Ahad lepas aku berpeluang menjejakkan kaki ke Pulau Pangkor, mengambil peluang kerana terlanjur aku ada kursus di Lumut.


Terminal Jeti Lumut

Aku telah mengambil bot dari Jeti Lumut untuk ke Pulau Pangkor. Bayaran tambang bot adalah sebanyak RM10 sahaja untuk perjalanan pergi balik. Perjalanan mengambil masa dalam 20 - 30 minit bergantung kepada keadaan laut. Dek kerana penat berkursus dan berjimba2 di pekan Lumut malam sebelumnya, aku tertidor sepanjang perjalanan bot itu. Apabila bot berhenti di terminal, aku ngan seorang sahabat aku terus saja nak keluar. Tetapi kami telah ditahan oleh seorang aci yang mengatakan itu bukan Pangkor. Aku ngan sahabat aku tu konfius dan patuh terus duduk semula. Bila bot bergerak, baru kami nampak bahawa terminal itu adalah Terminal Sungai Pinang. Huh.. terima kasih kepada aci itu. Macam mana la dia tau yg kami nak ke Pangkor, hebat la aci tu.


Selamat Datang Ke Pulau Pangkor

Bot bergerak semula dah akhirnya kami tiba di Terminal Pangkor. Agak ramai pengunjung ketika itu, yang baru tiba dan juga yang hendak keluar. Macam biasa la, bila sampai kat luar tu, kami dioffer dengan pelbagai kemudahan, teksi, kereta sewa, motor sewa dan sebagainya. Aku kemudiannya decided untuk amik moto sahaja memandangkan kami cume berdua. Bayaran sewa yang dikenakan adalah sebanyak RM30 untuk kegunaan sehingga pukul 3.00 petang. Ketika itu baru pukul 11.00 pagi. Kira berbaloi jugak la dan takde la mahal sangat.


Motor yang kami sewa


Ade sesiapa yang nak merempit bersama saya?

Jangan risau berjalan2 di Pangkor kerana anda tidak akan sesat, jalan utamanya hanya satu sahaja. Cume perlu dirisaukan adalah jalannya yang kecik dan selekoh2 merbahaya. Aku memandu mengelilingi pulau dahulu dari Pekan Pangkor ke Pantai Pasir Bogak, Pantai Teluk Nipah melalui Bukit Pangkor terus ke Sungai Pinang Kecil dan balik ke Pekan Pangkor.

Kemudian kami ke Kampung Teluk Gedong dan berhenti di Batu Bersurat Pangkor. Batu Bersurat Pangkor ni hanyalah sebuah batu besar dengan tulisan yang tidak difahami. Terdapat juga gambar seekor harimau. Ape yang dapat dilihat, terdapat tarikh yang tertulis 1743, mungkin juga tahun atau pon tidak. Ape2 pon walaupon tempat ini diwartakan sebagai tempat bersejarah, tetapi ianya tidak dipelihara dengan baek. Terdapat banyak sampah sarap di sana sini. Kami kemudiannya singgah di Kota Belanda. Terdapat tinggalan kota yang dibina oleh orang Belanja zaman lalu untuk mempertahankan Pangkor dari musuh. Tapi aku tengok, kecik jer kota ni, mampu ke nak mempertahankan Pangkor dari musuh dengan kota sebesar ni? Ermm... takpelah.. anggap jer itu adalah sejarah. Tempat ini dijaga dengan baek. Cantik dan bersih.


Batu Bersurat Pangkor


Permandangan dari kawasan Batu Bersurat Pangkor


Jalan-jalan di Kota Belanda


Sejarah Kota Belanda

Kami seterusnya menuju ke Pantai Pasir Bogak untuk makan tengahari. Makan ape saje yang ade. Kemudian kami melepak di tepi pantai sampai tertidor. Best betul tidor kat sini, nyaman dengan angin yang menderu kuat.




Permandangan pantai...

Pukul 2.30 petang kami decided nak balik. Kerana kesesakan yang berlaku di jeti, kami hanya dapat keluar dari Pangkor pada pukul 4.00 petang.


Permandangan sebelum pulang


~Salam Sayang~

10 comments:

  1. Salam piz.. tioman piz pernah gi tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam manjer : pernah sampai... tapi dah lama tak igt tahun berapa...

      Delete
    2. mana best tioman ngan pangkor?

      Delete
    3. tu la kan.. pernah dengar gak tioman cantik ...naik bot masa tu ombak kuat tak? Apiz tak mabuk laut ke?

      Delete
    4. pengalaman pegi tioman dah lama benor. naek bot nelayan, 3 jam perjalanan. tak dpt tempat duduk, so terpaksa duduk atas guni arang smpi terlentok2 tengah panas. klu nasib tak baek, bole terjatuh dalam laut. alhamdulillah... tak mabuk2...

      Delete
  2. Salam sejahtera,
    Bestnya buat lawatan macam tu. Walau seketika tapi agak menyeluruh. Penuh sejarah pulak tu. Ada yg mama tak pernah tahu.
    Lain kali klu ke pulau jgn lupa bergambar ketika scuba atau snorkling.Dkt tioman tu ada org snorlking sehari 80 je.Byk kali pulak tu, bestnya.
    Jumpa lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sejahtera mama ju : pergi sehari jer mama, masuk pagi petang dah keluar. tak sempat nak buat snorkling or scuba tu. ade jer bende2 tu kat sini sebab laut sebelah sini pon cantik. mungkin laen kali.... insyaAllah

      Delete
  3. salam afeez

    cm dah 20 tahun jugak tak pi pangkor..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam CM : saya ni baru first time....

      Delete