Selamat Datang

Selamat datang ke laman blog saya. Tiada apa yang menarik di sini. Saya hanya menulis mengenai saya. Saya hanya menulis mengenai persekitaran saya. Saya hanya menulis tentang kehidupan saya. Jika anda minat cerita-cerita politik, maaf, saya tidak suka kepada politik dan saya tidak akan menulis mengenai politik. Jika anda peminat dunia hiburan, maaf, saya tidak suka dunia hiburan dan gosip-gosip artis dan saya tidak akan menulis mengenai dunia hiburan dan gosip-gosip artis. Apa yang saya tulis adalah mengikut kehendak akal dan hati dan tangan saya sahaja. Jika anda berminat, sila teruskan membaca posting-posting di dalam blog ini, jika tidak, anda bolehlah melayari laman-lama blog lain yang bersepah di alam siber ini.

Sekian, terima kasih.

14 June 2012

499 : Barbeku Dan Berkelah Di Sungai Congkak

Sejurus selepas aktiviti makan durian dan manggis di rumah seorang sahabat di Hulu Langat, kami memanjangkan program kami pada hari itu dengan membuat barbeku dan berkelah di Sungai Congkak, memandangkan kawasan perkelahan itu jaraknya hanyalah sebatang rokok perjalanan sahaja. Kami tiba di kawasan yang telah dibooking lebih kurang pukul 5.00 petang. Penginapan malam kami malam itu telah dibooking awal dengan harga RM70 sebuah. Agak mahal jika dibandingkan dengan kemudahan yang disediakan. Ape2 pon, itu saja yang ada.

Selepas check-in, masing2 mengambil peranan masing2. Ada yang segera menyalakan api untuk barbeku, ade yang menyediakan makanan yang akan dibarkekukan dan ada yang terus terjun ke dalam sungai kerana badan telah panas dek kerana makan banyak sangat durian tengahari tadi.


Proses menyalakan api. Memerlukan pengalaman, klu tak api susah nak menyala


Hidangan barbeku kami - kambing, ayam, udang, sotong, sosej dan jagung


Masing2 mengambil giliran mengipas


Penginapan kami, chelet di tepi sungai


Permandangan sungai yang jernih airnya


Makan malam beramai2..

Seronok sangat kan....


~Salam Sayang~

8 comments:

  1. wah.. bahagianyer idup apizzz

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Afeezz

    pernah pergi
    memang menarik tempat tu

    ReplyDelete
  3. salam sejahtera anakanda,

    Teringin jugak nak bermalam di situ. Tak sejuk ke dekat air?

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum manjer : alhamdulillah.. syukur nikmat pemberian Allah... semoga saya tidak alpa

    waalaikumsalam atuk : memang menarik, air sungai masih lagi bersih dan sejuk..

    waalaikumsalam mama ju : kemudahan kat sana basic sgt, takde la mewah tp nyaman dan sejuk. air sungai petang tu sejuk sangat...

    ReplyDelete
  5. salam afeez
    nak pergi jugalah ke sana nanti

    ReplyDelete
  6. waalaikumsalam AZ : jom.. jom... hehehehe

    ReplyDelete
  7. salam..
    mcm mane ye kalu nak booking utk duduk kat c2?
    ade fon number x utk di contact?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam
      saya takde no fon tmpt tu
      tp kalau berminat sy bole tolong tanyakan pada kawan saya

      Delete