20 April 2012

484 : Perjuangan Telah Selesai Di Arena Bola Jaring Lelaki

Perjuangan aku bersama team Bola Jaring Lelaki Zon 6 telah selesai. Kami telah tewas dan menduduki tangga tercorot di peringkat kumpulan setelah menerima dua kekalahan. Zon 6 telah diletakkan dalam Kumpulan A bersama dengan Zon 5 dan Zon 2.

Perlawanan pertama kami adalah pada 18 April 2012 menentang Zon 5. Permainan kami yang sangat tidak baik pada hari itu telah menyebabkan kami menerima kekalahan 3-15 kepada pihak lawan.

Perlawanan kedua pula pada 19 April 2012 menentang Zon 2. Kami bermain dengan baik pada hari itu tetapi nasib tidak menyebelahi kami di mana kami telah ditewaskan dengan 7-10.

Ape2 pon tahniah dan terima kasih kepada semua player. Next year kite cube lagi...


~Salam Sayang~

2 comments:

  1. cuba lagi ya..

    www.legendnetball.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahun ni bola jaring lelaki tidak dipertandingkan... uhuks

      Delete