07 April 2012

480 : Tiga Cerita Yang Sekadar Nak Menunjuk-Nunjuk

Cerita Pertama : Say HALLO To Samsung Galaxy S2

Seperti yang telah diketahui sebelum ni, aku telah mempunyai sebuah henset yang baru setelah enam tahun menggunakan henset jenis Motorola L7. Rasanya dah takde lagi dalam pasaran henset lama aku tu.

Naluri membuak2 untuk memperolehi henset yang baru. Hati sudah tergoda pada Encik Samsul a.k.a Samsung Galaxy S2. Makanya, sabtu lepas bersamaan 30 April 2012, aku telah memaksa seorang sahabat aku untuk ke Subang Jaya. Meneman aku untuk membeli henset baru dan mencari kedai yang telah dicadangkan oleh Cik Miss Sinomosa. Berpusing2 jugaklah 2-3 kali mencari kedai yang dimaksudkan, akhirnya berjumpa juga. Memang harga yang ditawarkan agak murah, berbanding beberapa kedai lain yang aku tengok sebelum ini. Sekarang aku sudah ade henset yang baru... best nyer....


Cerita Kedua : Say HALLO To Astro Beyond

Pada hari selasa 3 April 2012 aku telah dihubungi oleh seorang aweks dari Astro. Membuat promosi kepada aku tentang Astro Beyond. Katanya, memandangkan aku telah melanggan Astro sejak tahun 2002, maka dia hendak membuat promosi untuk menukar dari Astro biasa ke Astro Beyond secara percuma (kene bayar ke kalau nak tukar).

Pok pek pok pek... aku pon bersetuju dengan terma dan syarat yang telah dinyatakan dan bayaran bulanan yang dikenakan cuma extra RM20 lebih dari caj bulanan yang dikenakan sebelum ini. Dan dapat juga tambahan cenel2 yang sebelum ini aku tidak nikmati.

Pada hari khamis, aku menerima satu panggilan untuk membuat temujanji pemasangan Astro Beyond pada hari jumaat. Pada hari jumaat itu, selepas maghrin tatkala aku nak keluar untuk bermain badminton, si Astro ni telefon untuk membuat pemasangan. Terus lah aku menyebabkan kelewatan kepada permainan badminton kami malam itu.


Cerita Ketiga : Setelah Sekian Lama Tidak Bermain Badminton

Malam semalam bersama dengan 4 orang kawan yang laen telah ke PJ untuk bermain badminton. Lama bebenor rasanya tak maen badminton ni. Tak ingat last maen bila.

Aku bukan terer maner pon maen badminton ni. Sekadar maen2 bole lah, kalau nak masuk pertandingan tu, sure akan kalah dengan mudah. Ape2 pon seronok dapat bersukan semalam. InsyaAllah... hari selasa ni diaorang ajak lagi maen kat Wangsa Maju.

9 comments:

  1. Aslkm
    S2 tu mama tak de, Beyond dah lama ada, badminton mama tak pandai!
    Telponlah mama...

    ReplyDelete
  2. wow afeez, beli gts2 pada 30 april 2012, hebat tu kuikuiui

    az tak terpikat kat gtnote pulak. hampir2 nak terbeli tadi, tp sabor je. geram china tu kat az bila x jadi ambil.

    ReplyDelete
  3. waalaikumsalam mama ju : hehehe... sy beyond tu baru ade sebab tv kat umah ni tak berapa nak beyond lah... tv lama jer...

    waalaikumsalam AZ : hehehe... amik je lah AZ kalau dah terpikat tuh.. heheheh

    ReplyDelete
  4. Cik Miss SiNoMoSa kata kos penjimatan pembelian S2 hendaklah belanja pakej lunch dia ahaks..la la la la

    ReplyDelete
  5. Cik Miss SiNoMoSa kata kos penjimatan pembelian S2 hendaklah belanja pakej lunch dia ahaks..la la la la

    ReplyDelete
  6. Hai cik miss sinomosa.... Itu bisa diuruskan... Hehehe

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Afeezz

    saya berani pegang S2 shj....

    waaaaa....baru pakai S2 ..dah ada awek nak ikut daaaa...he he (jangan maah yer cik sinomosa)

    ReplyDelete
  8. waalaikumsalam atuk : cik sinomosa pon pakai S2 tau... heheheh tak lama lagi S3

    ReplyDelete