03 April 2012

478 : Say HALLO to UNiFi :( (Part II)

Setelah menunggu hampir 4 hari selepas aduan dibuat, akhirnya seseorang dari Unifi telah menelefon aku untuk menetapkan tarikh temujanji pemasangan yang berikutnya. Memandangkan tiada kekosongan untuk hujung minggu, aku terpaksa bercuti pada hari Isnin untuk pemasangan ini.

Technician Unifi datang bukan pada masa yang dijanjikan. Tak kesah lah, janji mereka datang. Aku dimaklumkan bahawa kotak Unifi yang sepatutnya dipasangkan di tiang telefon depan rumah aku masih belum dialihkan oleh mereka yang bertanggungjawab. Disebabkan itu, mereka terpaksa menarik kabel dari tiang yang selang 2 rumah dari umah aku tuh. Pemasangan berjalan lancar dan selesai dalam pukul 3.00 petang. Semuanya berfungsi dengan baek, internet, tv dan juga telefon. Aku sangat ceria dan teruja. Tak sabar nak gunakan internet berkelajuan tinggi tu.

Tetapi... dalam pukul 4.00 petang, talian terputus. Aku cube sambungkan kembali talian tetapi tidak berjaya. WTF? Aku cube on off kan modem beberapa kali, masih tidak berjaya. Aku menelefon Bahagian Perkhidmatan Pelanggan Unifi untuk mendapatkan bantuan. Pok pek pok pek... aweks tu kata mungkin ada kabel yang sudah patah memadangkan ade 2 lampu pada modem itu yang sepatutnya menyala tetapi tidak. Laporan dibuat dan aku terpaksa menunggu dalam 24 jam untuk tindakan diambil.

Ermmm... terpaksa lah tunggu lagi nampak nyer.....


~Salam Sayang~

12 comments:

  1. Afeez,

    Saya tau Afeez mmg tengah marah skrg ni, bagi pihak TM saya mintak maaf. Kes begini mmg byk berlaku, salah pada pegawai TM dan kontraktor yang menjaga area Affez tu, boleh bagi tau area mana rumah Afeez ?

    Saya ni orang HR , mmg banyak tak tau pasal UNIFI, tp akan cuba bantu di mana boleh.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum encik rosli : sy tak salahkan technician yg pasang tu, pasal mereka semua ok, sy tanya pon diaorg jawab eloks. mungkin salah pihak laen atau kontraktor, tak tau la kan.

    sy baru terima call dari technician yang baru jer tgk masalah kat umah saya tu, skrg semuanya dah ok, alhamdulillah... harap2 lepas ni takde masalah dah...

    terima kasih kepada encik rosli yang ambil berat...

    ReplyDelete
  3. Afeez,

    Alhamdulillah, lega rasanya, hati2 dengan modem, sebab kekadang kontraktor bagi modem yang murah dan cepat terbakar.

    Apapun enjoy your UNIFI, saya pasti Afeez gerenti puas hati dengan kelajuan UNIFI....hehehe...saya guna yang VIP 10

    ReplyDelete
  4. encik rosli : alhamdulillah... semalam pon dah teruja tgk kelajuannya.. sy pakai VIP 5 jer.. jadilah... hehee

    ReplyDelete
  5. hehehe... first bill will be around rm300

    ReplyDelete
  6. Menantu pasang unifi kat kelang hari sabtu lepas ok je nampaknya. Beras saya pasang kat kg puah minggu lepaspun ok. Mrszain kata pemasanganya memang amik lama hmpir 6jam.

    Cabaran buat afeez tu. Sib baek hj rosli datang pujok yer. Alhamdulillah

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum AZ : semalam dah ok dah. seronok dpt guna internet berkelajuan tinggi, tak perlu tunggu2 klu nak tgk clip2 menarik di youtube.. pemasangan dia mmg amik masa lama, dalam 3-8 jam gitu. tp pemasangan kat umah sy sekejap jer pasal pekerja dia ramai...

    aper2 pon terima kasih kepada tuan haji rosli kerana memujuk... hehehe

    ReplyDelete
  8. sian sian... ok la tu..

    sekarang unifi dirumah saya mengalami masalah disconnected. rasa nak lempang2 aje. dah buat aduan ari tu, dia cakap isu dah selesai, ok la balik line unifi nya, pastu jadi balik. Asyik kena restart aje. dah naik menyampah dah... makaseh

    ReplyDelete
  9. dunhill guy : hahaha... sabar jer lah. mungkin ade masalah cable di mana2 la tuh.....

    ReplyDelete
  10. saya baru pasang UNIFI semalam....dalam tempoh techician TM tengan test, unifi x connected....pastu diorg ckp maybe tengah kene tembak.....selalu gak jg gtu....dalam sejam mesti akan jd...kenapa yer?

    ReplyDelete
  11. hai anonymous : tak tahu la saya.....

    ReplyDelete