475 : Say HALLO To UNiFi :(




Mengikutkan perancangan, jadual dan temujanji yang diberikan, sepatutnya aku sudah pon boleh menikmati semua kemudahan yang ditawarkan oleh Unifi. Malangnya, oleh kerana masalah teknikal dan kecuaian kakitangan TM, semua itu hanyalah angan kosong buat sementara waktu, dan kalau tiada masalah lagi, minggu depan barulah aku boleh menikmati kemudahan Unifi ni.

Semuanya bermula minggu lepas bila aku menerima satu panggilan dari pihak Unifi. Selalunya kalau nombor yang aku tak kenal ni, macam malas jer aku nak jawab. Tetapi memandangkan aku memang sedang menunggu satu panggilan laen, aku jawab la jugak panggilan tu. Terus lah orang itu membuat promosi Unifi kepada aku yang membuatkan aku sangat tertarik walaupon bayaran yang dikenakan dua kali ganda dari aper yang aku bayar sekarang. Blah.. blah.. blah.. aku pon register melalui telefon sahaja dan temujanji untuk pemasangan telah ditetapkan pada hari ahad 25 Mac 2012. Teruja sungguh aku minggu lepas dan tak sabar2 menanti hari Ahad.

Semalam, lebih kurang pukul 9.30 pagi, technician Unifi telah telefon aku mengatakan bahawa beliau akan datang pada pukul 12.30 tengahari seperti yang dijanjikan. Kemudian dalam pukul 11.00 pagi, technician itu menelefon aku sekali lagi mengatakan bahawa beliau telahpon berada di depan rumah. Aku membuka pintu, technician itu sedang memerhatikan tiang telefon yang berada di depan rumah aku. Kemudian aku dimaklumkan bahawa kotak Unifi yang sepatutnya dipasangkan di tiang telefon di hadapan rumah aku tu telah dipasangkan di tiang yang laen, yang terletak selang dua rumah dari rumah aku. Aku dimaklumkan lagi bahawa terlalu jauh untuk ditarik cable dari tiang itu dan dikhuatiri cable akan patah dalam masa terdekat.

Technician tu juga memberitahu aku bahawa pihak yang memasang kotak itu tidak bertugas pada hari ahad dan pemindahan kotak tu terpaksa dilakukan dahulu sebelum Unifi boleh dipasang. Ape2 pon technician itu akan memaklumkan kepada aku perkembangan terkini kes aku tuh. Tetapi... sampai sekarang, jangan kata nak telefon, batang kon*k dia pon tak nampak2. Dems...

Oleh kerana kecewa dengan perkara ini, aku telah keluar ke The Mines dan terus membeli Samsung Galaxy S2... dengan tiba2 habis duit aku RM1000++.


~Salam Kecewa~

You Might Also Like

4 comments

  1. marah betul nampak, sampai terkeluau benda alah tu

    ReplyDelete
  2. marah la, kalau silap kite kene bayar smpi rm200... kalau silap diaorg...???

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum


    mahalnya ubat marah tue..tapi berbaloi2 dgn samsung kans

    ReplyDelete
  4. waalaikumsalam sahrom : makin geram plak aku, semalam call, dia kate kene tunggu plak lagi 3 - 7 hari... WTF!!! kan

    ReplyDelete