15 March 2012

472 : Visited Three States (1.33%)


visited 3 states (1.33%)
Create your own visited map of The World or Like this? try: Google Chat Bot

Hehehe... menurut bende ni, aku pernah melawat hanya 1.33% daripada jumlah negara kat dunia ini bersamaan dengan 3 daripada beratus negara. Tak dpt banyak peluang nak pegi melancong. Banyak kekangan dari segi masa, tenaga dan kewangan yang menghalang daripada aku berjimba2 ke negara orang.

Kalau di Malaysia ni, semua negeri aku dah sampai. Dari Perlis sampailah ke Sabah, aku sudah menjejakkan kaki dengan negeri terakhir aku sampai adalah Sarawak pada bulan Februari lepas.

Kalau negara luar, yang pertama aku pernah sampai adalah Thailand. Dua kali aku sudah menjejakkan kaki ke bumi Thailand. Yang pertamanya cume sampai di bandar Hatyai, tak ingat pada tahun berapa. Kali kedua pula, aku telah mengikuti rombongan sekali lagi ke Bandar Hatyai kemudian ke Pattani dan Songkhla. Tak ingat juga pada tahun berapa aku sampai di Thailand untuk kali kedua ini.

Negara kedua yang aku pernah sampai adalah United Kingdom. Juga dua kali aku pernah sampai ke negara penjajah ini. Kali pertama pada tahun 2004. Pada masa itu, kakak aku ade di sana, jadi save la sikit perbelanjaan untuk penginapan dan makanan. Aku lepak di rumah kakak aku di Nottingham, lebih kurang 3 jam perjalanan ke utara London. Selama 2 minggu aku di sana, aku telah melawat sekitar kawasan Nottingham dan London. Kali kedua pula adalah pada tahun 2008. Kali ini aku tinggal bersama kakak aku selama hampir 1 bulan. Selama itu aku telah dibawa berjalan2 ke Wales Utara dan Birmingham di samping berjalan2 sekitar Nottingham.

Negara ketiga pula adalah negara jiran Indonesia. Aku telah mengikuti rombongan ke Propinsi Sumatera Utara - Medan, Berastagi, Danau Toba, selama 5 hari 4 malam pada penghujung tahun 2011.


~Salam Sayang~

2 comments:

  1. Assalamualaikum Afeezz

    saya belum sampai lagi ke Thailand dan UK.....tengah nak kumpul duit ni...he he

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam atuk : hehehe.. tak lama lagi sampi la tuh kan...

    ReplyDelete