28 February 2012

466 : Selamat Pengantin Baru

Pada 24 Februari 2012 yang lepas, aku telah dijemput untuk menjadi salah seorang ahli rombongan ke majlis perkahwinan abang kepada seorang sahabat aku di Tanah Merah, Kelantan. Kami bertolak dari Kuala Lumpur pada pukul 6.15 pagi dan tiba dengan selamat di Tanah Merah lebih kurang pukul 3.00 petang.

Majlis akad nikah telah diadakan selepas Isya' malam itu juga di sebuah masjid. Ijab dan kabul berjalan lancar dengan pengantin lelaki telah sah memiliki wanita pilihannya dengan sekali lafaz sahaja. Majlis kemudiannya disusuli dengan jamuan makan malam di rumah pengantin perempuan.


Majlis persandingan kedua mempelai diadakan pada keesokan harinya.


Selamat Penganti Baru buat kedua mempelai. Didoakan agar kalian hidup aman bahagia dan dilindungi Allah s.w.t sehingga ke hujung nyawa. InsyaAllah..


Suke pic ni....


... Salam Sayang

11 comments:

  1. selamat pengantin baru kat u gak! asyik2 u jd saksi..bila plak u nak jd pengantin plak? La..rumah sy di Tanah Merah..nape x royak nak dtg? huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. salam daddy zuki : hahaha... pasni ade 2 lagi majlis perkahwinan yg kene datang, pastu baru turn saya plak kot... hahaha. tak dan nak royak, pasal tibe2 org tu ajak pi...

    ReplyDelete
  3. ermmmmm....seronoknya.......sesuai tegok mereka berdua tu..abg sapa la tu...ahks...tapi kenapa ada gambaooo berok kat bawah tu...hahahaha so kuit

    ReplyDelete
  4. salam anonymous : abang kawan saya tu. minggu depan turn dia plak.. hehehe.. klu nak tau, berok tu nama minah.. mmg kuit kan.. huhu

    ReplyDelete
  5. ramai betul orang kawin bulan Feb ni..tuan puye bdn bila lagi.

    ReplyDelete
  6. salam dekk afezz

    Semoga bertemu jodohnya secepat yang mungkin baik dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum kak zue : tu lah, ramai betul kan. bulan depan pon dah ade 2 jemputan. tuan punya badan pas ni la kot... heheheh

    waalaikumsalam kak shami : insyaAllah, akak tolong lah doa2kan saya yer....

    ReplyDelete
  8. Mama pun doa moga anakanda dpt jodoh cepat dan dgn wanita diidami. Amin. Amin.

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum mama ju : terima kasih kerana sudi doa untuk saya...

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum...

    Semoga Allah memberi barakah kepada pasangan pengantin suami isteri...

    Afeez, muka pengantin lelaki ada iras2 Md Syaq la...

    *** saya menunggu jemputan walimah dari tuan tanah AMUDS.. moga Allah permudahkan jodohnya.. Ameen.. :)

    cik tikah :)

    ReplyDelete
  11. waalaikumsalam cik tikah : semoga pasangan berbahagia sehingga ke akhirnya, insyaAllah. Owh.. ade iras2 Md Syaq ker? mmg la ade iras2 sebab pengantin lelaki tu abg dia.. hehehe

    *** sy pon menunggu jemputan walimah dari cik anonymous ni.. semoga dipermudahkan jua oleh Allah... insyaAllah...

    ReplyDelete