Selamat Datang



Selamat datang ke laman blog saya. Tiada apa yang menarik di sini. Saya hanya menulis mengenai saya. Saya hanya menulis mengenai persekitaran saya. Saya hanya menulis tentang kehidupan saya. Jika anda minat cerita-cerita politik, maaf, saya tidak suka kepada politik dan saya tidak akan menulis mengenai politik. Jika anda peminat dunia hiburan, maaf, saya tidak suka dunia hiburan dan gosip-gosip artis dan saya tidak akan menulis mengenai dunia hiburan dan gosip-gosip artis. Apa yang saya tulis adalah mengikut kehendak akal dan hati dan tangan saya sahaja. Jika anda berminat, sila teruskan membaca posting-posting di dalam blog ini, jika tidak, anda bolehlah melayari laman-lama blog lain yang bersepah di alam siber ini.

Sekian, terima kasih.

02 February 2012

458 : Kisah Seorang Ustaz - Sila Laksanakan Tanggungjawab Anda Dengan Sempurna Atau Lebih Baik Letak Jawatan Sahaja

Semalam aku menemani seorang sahabat untuk melaksanakan beberapa perkara berkaitan urusan pernikahan beliau tidak lama lagi. Memandangkan sahabat aku tu telah meminta aku untuk menjadi saksi, jadi aku terpaksa ada bersama semasa memohon tandantangan pengesahan dari Penolong Pendaftar Nikah Qariah.

Nak dijadikan cerita, kami telah tiba di tempat yang diberikan oleh Pejabat Agama Islam Daerah Kajang untuk berjumpa seorang imam yang bertugas. Malangnya, tuan imam itu memaklumkan bahawa beliau tidak boleh menandatangai borang sabahat aku tu kerana beliau in-charge bagi qariah yang laen. Tuan imam itu bertugas untuk qariah Batu 9 Cheras dan sahabat aku tu sepatutnya mendapatkan tandantangan Penolong Pendaftar Nikah qariah Batu 10 Cheras (alahai... batu sebelah menyebelah pon takleh nak sain ker?). Tuan imam itu kemudiannya memberikan kami no. telefon ustaz yang bertugas untuk Qariah Batu 10 itu. Sahabat aku segera menelefon ustaz tersebut untuk membuat temujanji. Memandangkan ustaz itu ada urusan laen, beliau bersetuju untuk berjumpa di rumahnya pada pukul 10 malam itu.

Selepas Isya', sahabat aku tu segera menelefon ustaz berkenaan untuk bertanyakan alamat selepas sms yang dihantarnya tidak berbalas. Malangnya, ustaz itu seperti acuh tak acuh cume memberikan direction ke rumahnya tanpa alamat. Rumahnya terletak berhampiran surau yang dia sendiri tidak tahu namanya, berhampiran pejabat pos dan klinik. Bila di tanya aper nama taman, dimaklumkan, tempat beliau bukan taman. Sahabat aku buntu dengan kesengalan ustaz tu. Kami cube juga mencari berasaskan tempat2 yang dinyatakan menggunakan GPS. Malangnya kami tersasar jauh, sangat jauh pada tanggapan kami sudah terkeluar dari qariah Batu 10.

Sahabat aku cube menelefon ustaz itu. Telefon berdering tetapi tiada jawapan. Cubaan kali kedua, telefon berdering tapi tiada jawapan juga. Cubaan ketiga dan seterusnya, telefon telah ditutup. Whadafak2u!!

Kami cukup tidak berpuashati dengan tindakan tidak bertanggungjawab ustaz itu dalam menjalankan tugas2nya. Walaupon ko sibuk sekalipon, sekurang2 jawab panggilan itu dan bgtau la yg ko sibuk dan tak dapat berjumpa malam itu. Ko kelentong je lah alasan aper pon bukannya kiteorg tau, susah sangat ke? Orang telefon ko tu ade urusan rasmi bukannya nak ajak ko lepak kedai kopi sambil maen angry bird.

Kepada ustaz yang bertanggungjawab sebagai Penolong Pendaftar Nikah Qariah Batu 10 Cheras, sila lah jalankan tanggungjawab ko dengan sempurna. Sikap ko telah menyusahkan ramai orang dan membuang masa orang laen semata2 nak menunggu ko. Kalau berat sangat tanggungjawab tu, letak jawatan sahaja dan dok umah buat anak sampai pencen. Ramai lagi kat luar sana yang boleh menjalankan tugas ko. Sikap ko yang macam ni lah yang mencemarkan nama baik Pejabat Agama Islam dan membuatkan orang memandang serong kepada seseorang yang bergelar ustaz.


..........

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

13 comments: on "458 : Kisah Seorang Ustaz - Sila Laksanakan Tanggungjawab Anda Dengan Sempurna Atau Lebih Baik Letak Jawatan Sahaja"

luahfikiran ... mari kita said...

Salam,
Berdasarkan apa yang ditulis dalam entri, individu berkenaan tidak komited dan cuai dalam melaksnakan tanggungjawabnya. LF sebenarnya merasa amat malu kerana ia melibatkan orang agama. LF pandang tinggi dan hormati orang agama. Wallahua'lam

afeezz said...

waalaikumsalam LF : itu yg buat kami kecewa sgt, pasal dia yang cakap suruh dtg ke rumahnya pukul 10 malam. kalau tak bole, cakap je lah terus terang, takde lah kami membuang masa menunggu.. malas nak tulis panjang2... sendiri mau igt lah

Mieza said...

Assalamualaikum Afeezz, menyedarkan saya bahawa kita ada tanggungjawab pada Allah, diri sendiri, keluarga, sahabat2, masyarakat...Harap sahabat Afeezz permudahkan Allah segala urusannya.

afeezz said...

waalaikumsalam mieza : ini urusan sahabat saya. kesian dia, dah 3 hari berurusan tapi masih belom selesai. semoga dipermudahkan Allah segala urusan dia. terima kasih mieza

sahromnasrudin said...

assalamualaikum bro..

selain habluminallah, habluminnas juga perlu ditunaikan kerana kita bertanggungjawab kpd insan sesama kita...

dulu masa aku kawin, senang je aku jumpa imam aku tue..aku pun jumpe dia kat uma kerana dia terlalu sibuk..tetapi dia layan dengan baik siap bagi minum petang lagi..

aku rasa ustaz nie mesti muda coz mengikut pengalaman aku, ustaz yang lebih senior, sgt profesional

afeezz said...

waalaikumsalam sahrom : tua muda tu tak sure plak, pasal tak dpt jumpe langsung dia. tp yg kami jumpe di masjid batu 9 tu muda lagi, dan ok jer layan kami walaupon kami tersilap siap sudi membantu lagi.

aku konfius, aper rasional nyer nak mintak tandatangan bagai tu?

sahromnasrudin said...

assalamualaikum

tandatangan tue kalau tak silap aku untuk pengesahan mengatakan kita bermastautin disitu atau memberi kebenaran utk kita bernikah di luar kariah kita yakni rumah pengantin perempuan

afeezz said...

waalaikumsalam sahrom : cukup syarat rukun nikah dah memadai, tak payah la nak mintak2 kebenaran tak tentu hala dan menyusahkan org jer. dgrnya kawan aku tu masih tak selesai urusannya dengan bende2 remeh temeh ni...

CM said...

salam

nak kawin pun susahkan..permudahkan urusan kawin tu agar benda2 yg tak baik dapat dikurangkan...alahai ustaz sanggup dia buat begitu eek,,

mama ju, said...

Salam anakanda
Masa adik nak kawin dia ke daerah kajang juga, kat opis.
Sesorg pegawai tu meninggi suara kat adik saya...suami pun pegilah menyengah... namapk suami kebetulan agaknya bos dia dulu baru dia slowkan suara.
Tak taulah ada2 saja mereka...
Klua kita bisisng dia marah!
Klau afeez kawin agak2 nak mintak sain kat mana ya? hehe

afeezz said...

waalaikumsalam CM : itu lah pasal CM, nak kawen pon susah. mintak sain itu mintak sain ini. yang pelik nyer, surat kebenaran kawen dari ibu bapa takde plak?? nak dijadikan cerita, kawan saya tu terus mintak tukar qariah, satu hari siap segala2nya. ustaz2 ni rasanya ke pi kursus perkhidmatan pelanggan berkualiti lah...

waalaikumsalam mama ju : yg bestnye mama, kawan saya tu pi komplen kat pejabat agama kajang pasal ustaz tu, pastu org pejabat tu minta buat komplen secara bertulis. hehehe... mmg kene lah ustaz tu nnt. sy kalau kawen nnt wat kat selayang lah... senang dan cepat...

Daddy Zuki said...

memang panas tul bila berurusan dgn org yg x menghargai kesanggupan kita dtg dari jauh2 semata2 nak jumpa dgn dia. sabarlah. laporkan aje ke pej agama. semoga ustaz tu ditukarkan ke Bario, Sarawak.

afeezz said...

assalamualaikum daddy : macam tu lah, tak menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan. mmg akan komplen lepas semuanya selesai, biar kene transfer ke Bario tuh