17 January 2012

454 : Kesesakan Lalulintas, Mari Kita Salahkan Engineer Yang Buat Jalan Tuh..

Setiap pagi, malahan boleh juga dikatakan bukan pagi jer, tengahari ke, petang ke malah malam juga kite akan menempuh kesesakan lalulintas. Di mana2 saja di KL ni kite akan terperangkap dalam kesesakan lalulintas, dah jadi satu fenomena biasa kat KL ni. Kalau tak jem, itu bukan KL lah namanya, mungkin KL lain, Kuala Lipis bole jadi. Keluar jalan ni then masuk jalan tu dengan harapan tak jem, tapi jem jugak. Nak wat camna, nak mencarut pon dah tak berguna.

Setiap pagi aku akan menempuh kesesakan jalan sepanjang 19km ke pejabat. Kite ni kalau jem 1-2km pon dah naek hangin dan naek darah ke tahap maksima, cube bayangkan jem sepanjang 19km.. dah tak daya nak naek angin naek darah bagai, redha jer lah dengan ketentuan Ilahi. Dugaan yang menguji kesobaran. Keluar rumah seawal pukul 7.00 pagi, nak sampai ke pejabat on time kol 8.30 pagi pon belom tentu sempat.

Selalunya, aku akan cube keluar dalam pukul 7.00 pagi, kadang2 terlajak sket, dan terus memasuki Jalan Ipoh di Batu 8. Kalau nasib tak baek, dari situ sudah mula jem nye. Kalau nasib baek sket, kat Warta baru start jem sampai lah ke Jalan Kuching. Jalan Kuching kalau tak jem memang tak sah, ramai betul kucing pagi2 ni nak pegi keje. Dan Jalan Kuching akan berpanjangan jem sehingga lah ke Jalan Kinabalu dan seterusnya tak tahu sampai ke mana. Selepas menempuh jem di Jalan Kuching itu, aku akan membelok ke kiri memasuki Duke Highway. Alhamdulillah, kat sini bole la memecut ke tahap maksima. Malangnya, ku sangkakan jalan clear sampai ke opis, tapi jem di susur masuk ke Sprint Highway. Sprint Highway ni kadang kala ok, kadang kala jem giler. Tak tau la aper puncanya. Selalunya kalau dah start jem kat situ, akan berpanjanganlah sampai ke Pusat Sains Negara. Selepas itu barulah aku dapat memandu dengan lancar sampai lah ke opis.

Banyak faktor yang menyumbang kepada kesesakan ini setiap pagi. Satu daripadanya adalah peningkatan pengguna jalan raya dan bilangan kenderaan dewasa ini. Siapa kata sekarang ni ekonomi merudum? Siapa kata rakyat Malaysia ni miskin? Tengok jer jumlah kenderaan di jalan raya, rata2nya kenderaan baru. No. plet sekarang ni pon dah WWF di KL. Rasa2nya aku tak pernah nampak pon lagi kereta dengan no. plet WWD dan WWE, tibe2 ternampak plet WWF plak. Masa aku beli kereta dulu, plet aku WTG, 3-4-5 bulan lepas tu, aku rasa kereta aku dah jadi kereta lama, pasal dah nampak kereta dengan plet WUA. Pergh....

Tapi aku taknak lah salahkan kite sebagai pengguna jalan raya dan pemilik kereta. Kite mampu berkereta kan, takkan nak naek bas plak. Kalau sistem pengangkutan awam di KL ni di tahap dewa gaban yang canggih dan mudah diperolehi, aku pon akan menggunakan kenderaan awam. Lagipon kereta skrg ni dah jadi macam keperluan bukan lagi barangan kemewahan.

Mari kite salahkan keadaan jalan raya di KL ni dan salahkan engineer yang merancang pembinaan jalan2 tersebut. Kenapa aku berkata demikian?



Ini adalah persimpangan di Bulatan Batu Caves. Bagaimana persimpangan ini menyumbang kepada kesesakan lalulintas? Kebanyakkan kenderaan dari arah Selayang di sebelah kanan akan cuba masuk ke persimpangan di sebelah kiri untuk ke MRR2, sebaliknya, kenderaan dari arah Batu Caves di sebelah kiri pula akan cuba masuk ke sebelah kanan untuk ke Pusat Bandaraya. Maka terjadilah satu pertembungan di situ, yg dari kanan nak ke kiri dan yg dari kiri nak ke kanan. Bertambah buruk lagi, bile terdapat satu trafik light di persimpangan Batu Caves tu yang agak lama gak lah tempoh merahnya. Di sini sahaja.... harap bersabar yer... Siapalah engineer yang buat jalan ni???



Ini pula Jalan Ipoh memasuki Jalan Kuching. Bagaimana keadaan ini menyumbang kepada kesesakan laulintas? Senang sahaja jawapannya. Bile kenderaan dari tiga arah / jalan bergabung memasuki satu jalan yang sama, lu pikirlah sendiri aper akibatnya.



Ini pula susur keluar dari Duke Highway memasuki Sprint Highway. Kat sini pon selalu jem. Maner tak nyer, laluan untuk ke Pusat Bandaraya, Federal Highway, Petaling Jaya cume 2 lorong jer, tp laluan nak ke Shah Alam, KLIA tu sampai 4 lorong, bukan nyer ramai org nak ke KLIA tuh. Siapa lah engineer yang buat jalan ni?

Ade sesiapa tak yg ade cadangan jalan laen yang tidak jem dari Selayang ke UM? Sila lag bgtau aku, desperate dah ni... uhuks


~Salam Sayang~

15 comments:

  1. Salam dekk afezz

    Pada pendapat akaklah bukan salah engineer, diaorang tu makan gaji jer..tak der kuasa power bagai nak tentukan jalan boleh confirm jem atau tidak, dari masa ke semasa, tahun, ke tahun,
    hari ni sebuah rumah miliki lebih dari 1 kereta, kalu semua tu kuar kat jalan, bayangkan kalu jutaan isi rumah yang ada kuar kereta masing2 hehhhe
    meh kita rancang perjalanan kita sebaiknya dekk, jgan pening2kan diri dengan masalah tuh...doa perjalanan harian kita dimudahkan dan dielokkan olehNya..

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam kak shami : taknak... salahkan mereka gak, takde perancangan masa hadapan, dah tau area tu ade berpuluh2 kawasan perumahan, wat jalan macam jalan masuk estet wat per??

    perancangan perjalanan saya dah culup molek. kuar kol 7 pagi dengan harapan sampai opis on time sebelum 8.30 pagi. wow.. 19km memakan masa 1 1/2 jam ke? bole terima ker? sudah!! nak naek moto jer pas ni.. belikan sy LC... hehehe

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum afeezz..

    mmg ya..bukan salah engineer yg buat jalan tue..hakikatnya kenderaan makin bertambah..

    itu yg aku paling takut klu kne transfer pi kl huhuhhhh

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Afezz, alhamdullilah di sini tidak berlaku kesesakan lalulintas, kurang kereta lebihnya kambing biri-biri...rasa sudah tidak sanggup untuk melalui keadaan seperti itu.

    ReplyDelete
  5. waalaikumsalam sahrom : huhu.. tmpt keje aku ni ade satu cawangan jer di Kota Bharu.. rasa macam nak mintak transfer ke Kota Bharu jer. Kota Bharu jem tak?

    waalaikumsalam mieza : best nyer.. kat maner tu? ade keje kosong tak kat tempat u tu? hehehe

    ReplyDelete
  6. siap buat bagi imej google earth sbg bukti. klas kau fiz! sabor la..kalu x nak jam dok je dlm UM tu. jdi warden kolej ibnu sina ke? jln kaki je dah buleh sampai ofis...amacam? best x idea abe?

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum daddy : kene le ade bukti, nnt org kate sy wat cerita bohong plak. Ermm.. jadi warden tak best lah, nnt tiap2 malam ade jer student nak dtg kacau.. nak itu lah nak ini lah...

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Afeezz

    saya naik motor ajer Afeezz

    ReplyDelete
  9. waalaikumsalam atuk : itu lah pasal, naek motor jer bole smpi cepat. tp kene lah beli motor sebijik nampak nye...

    ReplyDelete
  10. jalan kuching adalah jalan yang hazab bagi mereka yang menggunakannya..

    ReplyDelete
  11. aku setuju bebenor ngan ko... tp hari ni nikmatnya, jalan clear smpi ke opis. kol 7.30 pg aku dah tercegat sorang2 kat opis. takut plak nak masuk bile ingatkan cerita ko hari tuh...

    ReplyDelete
  12. salam encik afezz..

    i sokong sangat dengan u. alkisahnya, i terjumpa blog u ni sama search pasal jammed jalan ipoh ni. i baru dalam setahun stay kat area jalan ipoh. kt maple condo.

    i tak brape tau sgt tempat ni. husband tau sangat. walaupun dia dr jerman (3thn dah kat msia) dia arif jgk jln2 kat KL ni.

    pandangan dia kan SEBIJIK macam yang u tulis.
    hari ni jumaat...lagi lah jammed menjadi.
    mungin lah teratak kami ni rendah sikit dari klcc (hamboi), so boleh nampak jalan2 yang melintang, bersimpang siur antaranya jln duta,kuching, segambut, n apa lg ntah.

    my husband ada jgk questioned ape ke hal lah yang merancang, designed and linked jalan2 teruk gini. satu laluan utama sentiasa jammed teruk, and jln atas, or bawah (bertingkat kat duta-ipoh) lengang. tak balance. carca merba. ish..nak explain dgn menaip ni payah sket. tak puas rasa.

    and 1 more thing kat jalan ipoh ni banyak kedai2, bank2, restaurants..jalannye kecik. tambah pulak ramai suka park kereta tepi2 jalan2. bangunan makin bertambah. jalan yang hado tu je.
    ni Carrefour market lak nak bukak kat jalan ipoh. makin bertambah2 lah sesak.

    kami laki bini amik inisiatif guna motor. i pun terjebak lah. vroom, vroom bawak superbike masing2. (i ada lesen Bfull)
    jimat masa. tapi kalau jammed panjang berjela2, tahan panas la kat kaki tu sbb engine. dah tu besar sket, tak boleh la selit2 mcm moto lain. mine is kawasaki versys 650.
    main saing2 pulak dgn mat2 despacth, delivery guys and mat rempit.

    lately musim hujan pulak...bertahan aje lah...

    hurm.. panjang pulak komen nye..

    adakah ada harapan untuk peningkatan sistem jalanraya yang terancang dan senonoh di KL ni?

    ReplyDelete
  13. waalaikumsalam cik anonymous : rasanya ramai lagi yang asking the same question macam kite ni. i seumur hidup duduk area kl ni dan makin hari rasanya makin teruk kesesakan jalan. sampai hujung minggu pon jem tak tentu hala. kadang2 dah rasa bosan hidup kat kl ni...

    ReplyDelete
  14. Lol. Surat saya pernah trsiar di forum utusan malaysia mengenai punca jam di federal highway, di mana susur masuk ke cheras tu hanya 2 lorong kecik je. Dah tau cheras tu sebesar negara china dan penuh dengan rakyat kelas sederhana, kenapa la pakcik2 engineer kita g design 2 lorong kecik je?!

    ReplyDelete
  15. Anyway, alasan kereta semakin byk tu tak blh pakai dah, sebab alasan tu mmg ketara. Sebagai engineer bertauliah, dioang kna fkr
    Method untuk buat jalan. Kena fikir 10-20 thn ke depan. Kena berimaginasi sikit. Mungkin ni la masa terbaik dorang layan anime seperti naruto atau one piece. Heh heh

    ReplyDelete