Selamat Datang



Selamat datang ke laman blog saya. Tiada apa yang menarik di sini. Saya hanya menulis mengenai saya. Saya hanya menulis mengenai persekitaran saya. Saya hanya menulis tentang kehidupan saya. Jika anda minat cerita-cerita politik, maaf, saya tidak suka kepada politik dan saya tidak akan menulis mengenai politik. Jika anda peminat dunia hiburan, maaf, saya tidak suka dunia hiburan dan gosip-gosip artis dan saya tidak akan menulis mengenai dunia hiburan dan gosip-gosip artis. Apa yang saya tulis adalah mengikut kehendak akal dan hati dan tangan saya sahaja. Jika anda berminat, sila teruskan membaca posting-posting di dalam blog ini, jika tidak, anda bolehlah melayari laman-lama blog lain yang bersepah di alam siber ini.

Sekian, terima kasih.

16 January 2012

453 : Resepi Rahsia

Semalam aku pergi makan di kedai Resepi Rahsia di Satu Utama. Tak tau lah, mungkin suratan atau kebetulan. Perkara yang sama berlaku bile makan kat kedai Resepi Rahsia ni. First, tak ingat bile, aku makan di kedai Resepi Rahsia, Lembah Tengah. Order lah dia punya makanan dan salah satu daripadanya adalah Shepard Pie. Tak pernah rasa pon sebelum ni, just nak try jer, sedap ke tak. Nak dijadikan cerita, tak tau salah siapa, sampai ke sudah Shepard Pie aku ni tak mai2. Makanan member aku dah pon habis, air yg diorder juga hampir habis, tapi pai tu tak nampak2 jua batang hidungnya. Geram punya pasal, aku panggil sorang pekerja di situ. Senang jer aku tanya, 'tadi sy ade order Shepard Pie, tapi tak dapat lagi, tolong check, kalau takde order lagi, kensel je lah'. Dari gerak geri mereka tu, aku tau yg Shepard Pie aku tu belum diorder lagi, kelam kabut jugak lah diaorg tuh.

Semalam jadi lebih kurang macam ni gak. Aku order Seafood Rolls sebagai appertizer la konon. Tapi what so call appertizer tu sampai lepas main course kami habis. Capital WTF!. Geram nyer pasal, aku panggil pekerja dia yg nampak macam sengal sket. Senang jer aku tanya, 'Saya ade order Seafood Rolls, tapi tak dapat lagi'. Dan2 dia jawab, 'Eh.. Seafood Rolls takde, eh.. nnt sy check dulu yer...'. Double Capital WTF!! Tengok dari jauh, memang Seafood Rolls aku tu belum diorder lagi, so kelam kabut la diaorg.

Masa nak bayar, mak ai.. punya la mahal. Makan untuk 2 orang RM71++. Check punya check, service charge RM6++, tax RM4++. Sempat gak aku mengutuk, 'Service charge punya la mahal, tapi service macam siyal'. Kakak kaunter pembayaran tu dengan poyonya, 'Ha... aper dia??' Kami, 'takde aper...'.


~Salam Sayang~

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

4 comments: on "453 : Resepi Rahsia"

SiNoMoSa said...

Fuhhh..minum cendol je senang..cepat terus dapat hehehe

atuk said...

Assalamualaikum Afeezz

tax RM4++ tu dinamakan GST (ada dlm n3 saya)

shami2 said...

Salam dekk afezz

Kekadang orang yang ambik order tu tak berapa nak faham itulah boleh jadi lupa...heheh

afeezz said...

assalamualaikum miss sinomosa : kat resepi rahsia ada jual cendol ker?

waalaikumsalam atuk : itu la pasal, nak makan pon kene bayar tax.. melampau

waalaikumsalam kak shami : yg peliknya, budak tu dah tulis, siap repeat order lagi... camner bole tertinggal gak???