30 November 2011

434 : Catatan Perjalanan, Medan - Tanah Seberang (Hari Pertama)

Pada 25 hingga 29 November 2011 yang lepas aku telah berpeluang untuk melawat ke negara jiran, Indonesia. Ini merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki ke negara itu dan merupakan negara luar ketiga yang pernah aku lawati selepas Thailand dan United Kingdom. Alhamdulillah, rezeki itu ada, dapat juga melihat negara orang dan rasa terlalu bersyukur menjadi rakyat Malaysia.

25 November 2011

Penerbangan Air Asia ke Medan berlepas tepat pada masanya lebih kurang pukul 5.30 petang. Entah macam mana, aku dan seorang rakan menjadi penumpang terakhir yang menaiki pesawat sehingga pramugari yang bertugas telah mencekak pinggangnya yg ramping itu menunggu kami yang berjalan lenggang kangkung macam itik pulang petang itu. Hehehe... sori ye puan, kami pi makan tadi, lapor la pulak.


Petang di Polonia Internasional Airport, Medan

Penerbangan lancar dan kami telah tiba di Polonia Internasional Airport, Medan lebih kurang pukul 5.30 petang waktu Indonesia. Kami telah dikumpulkan lebih kurang 20 orang dan segera menaiki bus pariwisata yang disediakan. Destinasi kami yang pertama adalah untuk makan malam di Pondok Lesehan (Baselo) Lubuk Idai yang menyediakan menu spesialti ikan bakar dan ayam batokok (ikan bakar dan jus jeruk nya sangat sedap). Perjalanan agak lama yang disebabkan oleh kesesakan jalan raya di Kota Medan. Perkhabarannya, jumlah penduduk Medan adalah lebih ramai dari jumlah penduduk Kuala Lumpur. Tak hairanlah kalau semua jalannya mengalami kesesakan melampau.

Perut yang sedia lapar dihidangkan pula dengan pelbagai jenis lauk pauk yang tidak banyak bezanya dengan lauk pauk kite di Malaysia. Tak kisahlah, janji sedap dan kenyang. Selesai makan malam, kami di bawa ke hotel penginapan kami untuk malam itu, Hotel Madani, Medan betul2 berhadapan dengan Masjid Raya, Medan.


Makan malam di Pondok Lesehan Lubuk Idai


Hotel Madani penginapan kami untuk malam pertama

Lebih kurang pukul 8.30 malam waktu Indonesia, kami 4 orang telah keluar ke kompleks membeli belah, Yuki Simpang Raya yang berhampiran. Sekadar berjalan2 dan membeli sedikit jajan untuk perjalanan kami esok.


... bersambung

24 November 2011

433 : Tunggu Aku Di Tanah Seberang



Masa untuk meninggalkan sementara dunia maya untuk menikmati keindahan dunia nyata yang ternyata lebih indah. Aku akan bercuti dan berjimba2 dari 25 hingga 29 November 2011. Doakan agar perjalanan kami selamat pergi dan selamat kembali. InsyaAllah.

Dan kiranya kamu merinduiku di kala itu, tunggulah aku di tanah seberang.


~Salam Sayang~

22 November 2011

432 : Dari Kerana Mata - Part III

"Dari kerana mata, yang mempunyai kuasa. Ohh... aku tirgoda, aku tirgoda, tirkiciwa..."

Kering sudah air mata, sakit mata pula menjelma. Kerana mungkin terlalu banyak air mata yang ditangisi menyebabkan mata menjadi kering dan kemerahan. Tapi aku pasrah, air mata yang ditangisi adalah untuk sesuatu yang amat bernilai.... persahabatan...

Tapi rasanya itu bukan penyebab sebenar. Mak cakap, berjangkit dari dia, pasal dua tiga hari lepas dia macam kene sakit mata gak. Doktor plak kata konjunktivitis. Diberinya ubat titis mata, vitamin C, vitamin B com, panadol dan MC 2 hari. InsyaAllah, esok lusa elok lah tuh....


~Salam Sayang~

21 November 2011

431 : Kering Sudah Air Mata

Kering sudah air mata menangisi apa yang telah berlaku. Namun engkau lebih tabah menghadapinya dan ia sesungguhnya terlalu berat untuk aku menerimanya. Maafkan aku, sekiranya aku tidak dapat menahan air mata ini dari mengalir keluar. Aku sebak, aku sedih mengenangkan mu dan ape yang akan berlaku padamu.

Aku tahu, jauh di sudut di hatimu, engkau menyimpan seribu kekesalan dan kesedihan. Berdoalah kepada Allah, kerana Dia, Maha Penyayang.

Akan akan sentiasa memanjatkan doa ku untuk mu, untuk kesejahteraan mu, walaupun berat aku berdoa dengan sendu dan air mata. Jika kau dalam kesusahan, panggillah aku, aku sedia menjadi seorang sahabat, aku sedia menjadi seorang abang kepada mu. Bersabarlah sayang, ade hikmah disebalik ketentuan ini. InsyaAllah...


~Salam Sayang~

16 November 2011

430 : Mengikut Budi Bicara Bukan Salah Guna Kuasa

Selepas kejadian memaki 'makcik2' tu di FB beberapa minggu lepas, sampai sekarang 'makcik2' tu tak tegor aku. Sehinggakan 'makcik' yang tak terlibat pon tak menyapa aku. Ntah apalah 'makcik2' yang laen tu dah meracun sampai yang tak terlibat pon terpaksa berkongsi dosa mereka. Kasihan. Kalau tegor pon berkaitan kerja pejabat jer, itu pon kerana mereka terpaksa. Tapi aku tak kesah pon, aku wat bodo je lah. Aku tak rugi, korang pon tak rugi kan.

Sebentar tadi aku ade menerima satu panggilan telefon. Kabarnya ade satu aduan mengenai boss yang dilakukan oleh kakitangan pejabat aku sendiri ke peringkat atasan. Aku rasa2, aku dapat mengagak saper yang bertanggungjawab itu. Kalau tak dia tu, dia ni... dan 'makcik2' tu pon mungkin terlibat juga. Tapi pada padangan aku, dalam perkhidmatan awam, sesuatu yang tidak dibenarkan itu, boleh dibenarkan mengikut budi bicara dan situasi. Dan aper yang boss telah lakukan itu adalah mengikut budi bicara beliau sebagai pegawai tertinggi di pejabat. Tiada salah guna kuasa di situ. Kalau itu adalah salah guna kuasa, beliau juga telah menyalahgunakan kuasanya terhadap kalian juga dan kalian juga bersalah kerana menggunakan kuasa yang telah disalahguna itu.

Oleh yang demikian, jangan lah terlalu mudah melemparkan aduan itu dan ini. Kalau aper yg korang lemparkan itu hanya terkena kepada dia, itu tak mengapa, tetapi lemparan korang itu terpalit kepada orang lain juga. Bukan senang nak jadi boss. Semua yang betul dan salah tertanggung di bahu dia, orang2 bawah ni hanya tau order itu dan ini, kalau tak dapat, mulalah mengata.

Walaupon ade banyak sebab yang membuatkan aku tak suke boss aku tu, tetapi dalam kes2 macam ni, kite pon perlu pertahankan dia untuk sesuatu yang betul.

14 November 2011

429 : Abeday Anna

Sabtu lepas aku dijemput ke majlis sambutan hari lahir salah sorang anak buah aku. Majlis diadakan ringkas tapi meriah. Makanan banyak sampai tak mampu nak makan, kenyang perut sampai ke malam.

Abeday to you Anna


Birthday party deco by ibu Anna


Anna dengan kek Dibo nyer..


Belon yang bole terbang....


Sebahagian tetamu yang hadir


(1) Anak2 buah yang laen (2) Birthday presents


Jom maen belon....


~Salam Sayang~

11 November 2011

428 : Perabot Baru Sudah Tiba

Perabot yang dibeli minggu lepas sudah tiba, selepas 10 hari menunggu. Oklah, sesuwai dengan rumah aku. Harga pon takde la mahal sangat, cukup2 dengan bajet ciput aku. Tak sempat nak melaram masa raya hari tu, pasal delivery dia lepas raya.

Perabot aku tu takde le macam dalam gambar sebelah ni. Ini mau berpuluh2 ribu lemon harganya dan klasik sangat plak, tak sesuwai dengan konsep umah aku. Perabot baru aku tu, just macam ni jer.....



Cantik tak??


~Salam Sayang~

09 November 2011

427 : Aman Dunia Aku Selepas Memaki Korang

Sejak kene maki kat mukabuku sebelum raya hari tu, terasa aman dunia aku. Tiada lagi suara2 sumbang yang memekak macam monyet di dalam hutan kene sembelit. Tiada lagi suara2 lancang yang tak tau nak senyap macam opis ni macam rumah mak bapak diaorang. Tiada lagi suara2 macam speaker pecah yang mengganggu ketenteraman manusia yang sedang bekerja kat sini.

Mungkin terlalu ramai 'makcik' yang bekerja kat sini kot, pastu sekor2 pendengaran dah expired, tu yang macam mengalahkan nyonya jual kangkong kat pasar borong bile bercakap. At least nyonya tu sedang menjual kangkong, yang korang ni menjual aper plak? Cakap slow2 tak bole ker? Perlu ke menjerit terpekik dan terlolong macam pontianak nak beranak bile bercakap?

Al-kisahnya, jumaat lepas semasa lunch hour, berkumpullah what so we call 'makcik2' ni sambil membuat OT. Yang aku sakit hati nya, ade 10 orang 'makcik', semuanya nak bercakap. Kalau cakap slow2 takpelah, ini semuanya terpekik terlolong macam kene histeria peringkat tertinggi. Aku yang ade dalam opis tu pon, bingit telinga aku mendengarnya. Penat dah aku tegur, tapi kalau dah 'makcik' tu kan, masuk telinga kanan keluar kat lubang idong. Bile aku tegur, menjawab itu dan ini, sepatah kate aku, beribu2 lemon jawabnya.

So sebelum aku pergi jumaat hari tu, aku tinggalkan messege kat FB...
... makcik-makcik ni tak reti-reti nak senyap agaknya... semua orang nak bercakap, pot pet pot pet pot pet pot pet ... rasa macam nak lempang jer sekor-sekor ... memekak jer ... diam lah bodoh !!! ...
dan sekembalinya aku dari jumaat, 'makcik2' tu diam mencuka. Sentap lah tu dengan kata2 benar aku tu. Bile aku tegor elok2, korang perlekehkan aku... sekarang satu dunia sudah tau... puas hati aku...

Hari ni, terasa aman dunia aku, 'makcik2' tu tak tegor aku hari ni. Ade aku kesah???


~Salam Sayang~

04 November 2011

426 : Selamat hari Raya AidilAdha 2011



Selamat Hari Raya AidilAdha

kepada semua pengunjung yang sudi mengunjung blog ini.


~Salam Sayang~

02 November 2011

425 : Jalan-Jalan Cari Perabot Baru

Dah lama mak tanya, 'Bile ko nak tukar sofa ni?'. Hehehe... Mak suruh aku beli sofa baru nak tukarkan sofa lama yang aku lanyak selalu sambil menonton tv. Dah naek lunyai sofa tu, siap koyak2 lagi, dah tak rupe sofa lagi dah.

Makanya, ahad lepas aku pon keluarlah jalan-jalan cari perabot baru. Tambahan pulak, pada hari sabtunya, aku nampak macam ade sale jer kat kedai2 perabot berhampiran Tesco Extra Selayang dekat Bulatan Batu Caves tu. Jadi aku pon pergi la survey2 aper yang patut.

Keluar masuk, naek turun beberapa kedai perabot di situ, memang banyak pilihan sofa dari yang secantik2nya hinggalah ke seburuk2nya. Tapi semuanya agak mahal melampaui bajet aku walau pon katenye ade sale hari raya. Yang murah plak, tak berapa berkenan di hati aku. Aku nak cari yang simple design sesuai dengan rumah aku yang menerapkan konsep zen dan modern kontemporari (perghhh... iyo lah tu). Akhirnya aku berjumpa dengan design yang aku suka yang masih dalam lingkungan bajet aku. Malangnya, tak dapat pakai masa raya, pasal delivery nya selepas raya. Ermm... beraya dengan sofa lama jugak lah nampaknya.


~Salam Sayang~