30 June 2011

385 : Awak... Awak. Awak Sayang Kite Tak?

Awak... awak. Awak sayang kite tak? Persoalan ini pernah aku ajukan dahulu. Alhamdulillah dan terima kasih kerna masih ada yang menyayangi aku. Sayang sebagai seorang abang kepada adiknya, sayang sebagai seorang kakak kepada adiknya, sayang sebagai seorang adik kepada abangnya dan sayang seorang teman kepada temanya.

Bak kate Kak Melah...


"Sayang bukannya di bibir
Tapi lahir dari hati
Semua orang perlu
sayang
Dalam hidup ini

Sayang pada ibu bapa
Sayang pada
keluarga
Sayang pada teman-teman
Dan juga kekasih

Tanpa kasih sayang
Kita kesunyian"




Seorang teman memberi aku video clip ini, malangnya aku tak dapat menguploadnya di sini (ade masalah teknikal plak). Jadi aku coretkan isi kandung video clip itu di sini. Tersentuh juga rasa hati melihatnya. Terima kasih kepada teman kerana sudi berkongsi. Sharing is caring and loving.


___________________________________________



Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya kepada gurunya. Ketika itu gurunya sedang mengajar mengenai kasih sayang.

Pelajar : "Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu boleh berkekalan?".

Cikgu : "Ok, kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu pergi ke padang. Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. Pilih yang 'PALING' cantik tanpa menoleh ke belakang walau sekali pun. Kemudian petik rumput yang 'PALING' cantik, bawa rumput itu ke dalam kelas".

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun ditangannya. Cikgu bertanya,




Cikgu : "Kenapa tiada rumput yang kamu pilih?".

Pelajar : "Tadi sewaktu saya berjalan, saya mencari rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik, tapi cikgu kata petik yang paling cantik, jadi saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa satu pun yg paling cantik. Mungkin ada diantara yang di belakang saya tadi rumput yang paling cantik tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiada rumput yang saya boleh petik".

Cikgu : "Ya! Itulah jawapannya. Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari yang lebih baik dari itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap akan berlaku. Semoga yang berlalu itu tidak berulang lagi. Dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik. Kalau nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi...




~Salam Sayang~

24 June 2011

384 : Kegilaanku Di Facebook

Hahaha... apelah ertinya facebook kalau takde games. Pasti akan membosankan dan rasanya tak perlulah create akaun facebook kalau macam tuh kan. Ape2 pon bagi sesetengah orang, mereka tak gemar sgt maen games kat facebook ni. Tapi bagi aku, games kat facebook tu macam nyawa (wooo dahsyat). Sehari tak maen rasa macam sepinya dunia ini.

Ade banyak games kat facebook ni, tapi yang ini adalah Top 5 dalam senarai aku. Currently playing without bored. Hahaha...


No. 5 - Bubblesaga.
(Game ni nampak macam gurly sket, tapi what the heck.. layan jer...)



No. 4 - Bubble Island



No. 3 - Empires and Allies



No. 2 - CityVille
(pernah quit maen game ni, tapi takleh tahan dugaan, sambung maen balik)



No. 1 - Bejeweled Blitz
(Compete satu opis untuk dapat score paling tinggi)




~Salam Sayang~

22 June 2011

383 : Milik Siapakah Pisang Ini...

Milik siapakah pisang ini? Dah lama aku nampak dalam peti sejuk kat opis aku ni. Takde saper yang makan, takde saper yang sentuh. Kalau tak mahu makan, jangan lah beli atau bagi jer pada sesiapa yang nak makan. Takde la membazir. Aku tau la ko guna duit ko beli pisang tu, tapi dah beli tu, simpan la kat peti sejuk rumah sendiri. FYI... peti sejuk kat opis ni bukan milik ko ye...

Oh ya... kalau pisang ko tu secantik pisang yang kat dalam gambar di atas tu, Aiman tak kesah, sedap gak mata memandang. Tapi... pisang ko dah jadi macam .....

:

:

:

:

:

Ni !!!!!



Kalau diberi kepada monyet di dalam hutan pon mereka tak mahu makan. Dah tak rupe pisang dah pisang ko tu. Itu pon ko tak reti2 nak buang. Ape ko nak tunggu pisang tu bertunas dulu ke baru ko nak pi tanam kat belakang opis ni? Isk3...

Oh ya... Sebelum ni ade tiga bungkus pisang tuh. Satu dalam bekas plastik macam dalam gambar di atas, satu lagi (ade 2 bijik gak) dalam sampul surat, satu lagi (ade beberapa bijik di dalamnya) dalam beg plastik. Semuanya dah hitam legam macam kote negro. Tapi pagi ni, tinggal yang dalam bekas plastik tu jer, yang laen dah hilang. Mungkin tuannya dah buang. Ermm... tau plak membuangnya, tapi yang satu tu ditinggalkan nak wat per??

Selain pisang tu, ade gak bende2 lain yang dah luput tarikh dalam peti sejuk tuh. Entah saper punya aku pon tak tau. Bodoh la diaorang ni... tak reti2 nak buang ke??


Ulam yang dah layu dan tidak dikenali lagi spesis nye.


Nasi sejuk beku siap dengan lauk pauknya.


Bukan itu saja, ade juga.....

  1. nasi ayam sejuk beku siap dengan cili, kuah kicap, daun salad, timun dan tomato
  2. kuih muih tempatan
  3. keropok lekor yang siap digoreng
  4. teh tarik basi yang tehnya telah mendak ke bawah

Ermmmm.......


~Salam Sayang~

19 June 2011

382 : My Super Belated Birthday Presents

Happy Birthday to me... Happy Birthday to me... Happy Birthday to apiz... Happy Birthday to me... yea.. tepuk, tepuk, tepuk....

Hahah.... Dah lama dah tarikh birthday aku yang ke 21 berlalu, tapi semalam aku masih mendapat hadiah sempena birthday aku tuh. Ape2 pon terima kasih kepada yang sudi memberi. Muah3... love u...

Nak tau aper yang aku dapat?

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:



Tadaaa.... stokin belang2 dan sapu tangan
warna-warni berjenama Buaya..



~Salam Sayang~

17 June 2011

381 : Catatan Perjalanan : Gunung Nuang (Part III - Gambar-Gambar)

Beberapa gambar perjalanan kami ke Gunung Nuang minggu lepas.


Memula perjalanan mendaki Gunung Nuang


Keletihan mula melanda diri....


Sarapan pagi


Senyuman si teruna


Perjalanan turun, tamat sudah ekspedisi kami


Kepenatan mula melanda dalam perjalanan turun



Sudah berada di bawah, kami berjaya dalam ekspedisi pertama kami...


~Salam Sayang~

14 June 2011

380 : Catatan Perjalanan - Gunung Nuang (Part II)

... sambungannya

Sesampai sahaja di destinasi, khemah segera didirikan memandangkan hari telah pon beransur gelap. Kami telah memilih lokasi berhampiran dengan sungai untuk memudahkan kami mendapatkan sumber air. Nampaknya bukan kami sahaja yang berada di situ, ade sekumpulan lagi pendaki yang berkhemah di seberang sungai sana. Selesai mendirikan khemah, kami pon menyegarkan badan dengan berenang di dalam sungai. Sejuk rasa air sungai tu, tetapi amat menyegarkan. Badan yang penat tadi, jadi segar semula.
Makan malam kami malam itu ringkas jer. Mee segera, sosej goreng, roti dan milo panas. Ringkas tapi jadi sedap bile makan ramai2. Takde aktiviti yang dilakukan pada malam itu, lepas makan kami berbual2 kosong sambil berbaring di dalam khemah sehinggalah semuanya terlelap. Kami tertidor awal malam itu, mungkin sebab semuanya penat menempuh perjalanan naik tadi.

Tidor dalam khemah berhimpit2 empat orang memang tak selesa, tapi dalam keadaan yang penat, tak jadi masalah nak melelapkan mata. Keadaan sejuk dengan bunyi deruan air sungai dan haiwan2 hutan memecah kesunyian malam. Tetapi malam kami telah diganggu, diganggu dengan kehadiran tikus yang mencuri bekalan makanan kami. Dicurinya roti kami yang diletakkan di dalam khemah, sampai habis koyak khemah kami dibuatnya. Hehehe... hebat betul tikus2 tuh.

12 Jun 2011

Seawal pukul 7.30 pagi kami telah terjaga dari lena. Terasa sakit2 badan pasai tidor di atas tanah yang tak rata dan berbatu2. Kaki pon sudah mula terasa sakit. Sejuk2 macam ni perut pula mudah terasa lapar. Untuk sarapan pagi kami pada pagi tu hanyalah roti dan sardin dan air milo panas. Sedap kalau makan ramai2. Ramai juga pengunjung yang melalui kawasan perkhemahan kami pagi itu.

Selepas bersarapan, kami mula berkemas2 untuk memulakan perjalanan turun pula. Kawasan perkhemahan perlu dibersihkan, semua sampah perlu dibawa keluar dan dibuang di tong sampah yang disediakan. Perlu lah ade kesedaran sivik untuk memastikan kawasan tumpuan pengunjung itu sentiasa bersih dan terpelihara. Kemudian kami bermandi manda sekali lagi, air masih lagi sejuk dan menyegarkan. Kami berangkat turun dari kawasan itu lebih kurang pukul 9.45 pagi.

Perjalanan turun tidaklah semencabar perjalanan naik tetapi perlu juga berhati2 kerana perjalanan itu menuruni bukit. Kalau silap, boleh jatuh dan mencederakan diri sendiri. Pada masa ini lah aku dapat menikmati permandangan indah kawasan pergunungan itu. Masa naik hari tu, penat sangat smpi tak sempat nak pandang kiri dan kanan. Perjalanan turun memakan masa 2 jam lebih.

Seronok dapat melakukan aktiviti yang lain yang tak pernah aku lakukan. Ada juga cadangan kami untuk naik ke puncak Gunung Nuang satu hari nnt, tapi aku tak sure lah nak join ke tak... ermm... kene berlatih untuk meningkatkan stamina dulu kalau nak join. Takmo jadi macam ni... huhuh.....




~Salam Sayang~

13 June 2011

379 : Catatan Perjalanan - Gunung Nuang

Minggu lepas ada seorang rakan mengajak aku ke Gunung Nuang. Macam pernah ku dengar nama gunung ini, tapi di mana ya?? Gunung Nuang terletak di daerah Hulu Langat Negeri Selangor Darul Ehsan dan merupakan puncak tertinggi di Selangor pada ketinggian 1498m. Aku bersetuju dengan pelawaan rakan aku tu. Perancangan, kami akan naik pada hari sabtu dan turun semula pasa keesokan harinya. Kami akan bermalam di sana untuk satu malam. Ini merupakan pengalaman baru bagi aku. Tak pernah rasanya aku ke gunung2 ni aper tah lagi mendakinya. Setakat hiking2 dalam hutan tu pernah ler.

11 Jun 2011

Lebih kurang pukul 10 pagi, seorang lagi rakan aku sampai. Sebelum bertolak ke Hulu Langat ke rumah seorang lagi rakan, kami singgah di Carrefour Bandar Tun Hussein Onn untuk membeli sedikit bekalan untuk trip kami. Tak banyak yang di beli cume membeli roti, sardin, sosej, bekalan air minuman dan gas memasak. Kami tibe di Hulu Langat menjelang tengahari. Kami berehat sebentar dan melakukan sedikit persiapan laen seperti alatan memasak, parang, lilin dan pinggan mangkuk. Kami dijamu makan tengahari oleh tuan rumah. Memerlukan tenaga yang banyak sebelum memulakan perjalanan kami.

Kami tiba di pintu masuk ke Hutan Lipur Gunung Nuang lebih kurang pukul 4 petang. Perjalanan pada mulanya agak mudah melalui denai hutan. Kalau bawak moto atau menggunakan 4 wheel drive pon boleh untuk melalui denai ni. Perjalanan mendaki sangat menyukarkan aku dan ternyata aku pancit di sepanjang perjalanan. Semput dan penat tak terkata bila terpaksa melalui jalan2 yang mendaki. Maner tak pancitnye, tak wat ape2 persediaan pon untuk meningkatkan stamina sebelum trip ni. Terus2 nak naek jer... hahaha... Kami berhenti beberapa kali di tempat2 rehat yang disediakan sebelum meneruskan perjalanan.

Fasa kedua perjalanan kami lebih mencabar. Kali ni laluan semakin kecil dan dikelilingi hutan tebal. Keadaan pula sudah hampir gelap. Bagi aku yang dah takde stamina ni, mengucap aku sepanjang perjalanan, tak larat rasanya nak menghayun kaki melangkah batu2 dan akar2 kayu sepanjang perjalanan mendaki itu. Aku rasa macam tak cukup udara untuk bernafas dah. Rasa nak pengsan pon ade. Nak saja rasanya aku baring di tengah2 hutan itu. Tapi perjalanan terpaksa diteruskan, penat ke tidak, semput macam manapun, perlu sampai di destinasi. Alhamdulillah, dalam keadaan yang penat teramat sangat, aku sampai juga ditempat yang dituju di Kem Lolo setelah lebih 3 jam berjalan. Terima kasih kepada rakan2 yang memberi support kepada aku dalam keadaan aku yang telah berputus asa untuk ke tempat yang dituju.

Bersambung ....

09 June 2011

378 : Don't Forget Tau To Empty Your Recycle Bin

Haha... kantoi sudah. Tu lah, lain kali sila pastikan Recycle Bin pada komputer atau pon laptop anda di'empty'kan setiap kali anda men'delete' sesuatu dari komputer atau laptop anda. Bukannya aper, kalau kite delete sesuatu dari komputer kite tu, dia bukannya hilang terus dari komputer, tetapi hanya dipindahkan ke dalam Recycle Bin. Dan kalau ade orang yang suke menggobek komputer macam aku ni, pasti aku akan dapat tau aper yang telah anda deletekan kan tu. Hahaha.. kantoi lah sudah kalau bende yang anda deletekan tu sesuatu yang personal.

Jangan risau dan khuatir, senang jer nak meng'empty'kan Recycle Bin anda tuh. Kepada yang tak tahu, 'Right Click' pada ikon Recycle Bin di desktop anda, dan klik 'Empty Recycle Bin'. Dengan serta merta, Recycle Bin anda telah dikosongkan macam Alam Flora mengambil sampah2 dari rumah anda. Ape yang anda deletekan tadi, mungkin boleh di'restore' semula, tetapi ia memerlukan kepakaran. Jangan risau, ilmu aku tak cukup tinggi utk wat bende tuh.

Motif aku mengajak kalian semua meng'empty'kan Recycle Bin anda adalah kerana, baru sat2 tadi aku telah terjumpe ade le dalam 8-9 files video clips lucah lagi porno di dalam Recycle Bin salah sebuah komputer di pejabat aku. Kantoi sudah, tapi tak tau le saper yang melayan clips2 lucah dan porno itu. Bijak dia men'delete' file tuh selepas tengok, tapi kurang bijak pasal dia tak tahu or tak ingat nak meng'empty'kan Recycle Bin tuh. Oleh yang demikian, sempat gak lah aku melayan seround dua sebelum meng'empty'kan Recycle Bin komputer itu. Hahaha.... Opsss...

Oh ya.... jangan pula anda bersenang lenang selepas meng'empty'kan Recycle Bin anda tuh, terutamanya jika anda melayan bende2 yang lucah lagi porno atau yang tak sepatutnya. Kerana, apa yang anda tengok tu, mungkin akan meninggalkan kesan2 di Recent Items (ni dalam Vista, dalam OS laen tak pasti lah... tapi lebih kurang sama jer kot). Kepada yang tak tahu kat maner nak tengok Recent Items, klik Start button then Recent Items... maka tersenarailah lebih kurang 15 file yang anda tengok sebelum ni. Ini termasuklah file2 gambar, movie, clips dan dokumen2 laen. Mane lah tau kan, tibe2 diantara 15 file tu terselit plak file bernama "awek-cun-main-dalam-semak.3gp" atau "video_seks_anwar_ibrahim.mov", tak ke kantoi.... hahaha....

Macam mana nak delete Recent Items plak? Cara paling senang, klik 'Start Button' then 'Recent Items'. Drag mouse ke file yang anda nak deletekan, 'right click' kat situ then 'delete'. Dan ia akan hilang dari senarai. Tetapi ia hanya delete kat situ jer bukan terus file tu dari storan, ini bermaksud file itu masih ada dalam komputer anda. Kalau kantoi gak... tanggunglah sendiri ye...

Kalau anda sayang untuk men'delete'kan file tu atas sebab2 tertentu tapi tak mahu orang tahu akan kewujudan file tuh, anda boleh sembunyikan sahaja file tu dari tatapan umum. Makanya, orang tak tahu akan kewujudan file tuh, kecuali kepada mereka2 yang expert dalam bidang IT dan komputer sains ni. Nanti kalau senang2 aku ajar camner nak menyembunyikan file plak ye. Aku ni bukan pandai pon, tapi... bole lah.... hehehe


~Salam Sayang~

07 June 2011

377 : Sepi Itu Indah



Bisik ku kepada mu bulan
Kembalikan teman ku



Kekasih ku, syurga ku
Tanpa dia



Malam menemani ku
Sepi memeluk ku



Bulan jangan biar siang
Biar alam ini kelam



Biar ia sepi
Seperti ku




p/s : Entry ni sebenarnya nak letak gambar dari koleksi aku jer. Nak kasi lebih menarik, tu yg letak sajak. Takde kene mengena ngan diriku ini, walaupon kadang2 aku juga terasa sepi.


~Salam Sayang~

03 June 2011

376 : Mari Menonton - X-Men First Class

Sekali lagi, semalam aku berpeluang menonton wayang. Kali ini aku telah pergi menonton X-Men First Class. Aku memang minat bebenor dengan cerita X-Men ni, bermula dengan siri X-Men kartun sehingga lah ke filem2 X-Men. Pernah suatu ketika dahulu semasa masih menuntut di salah sebuah institusi pengajian tinggi awam di utara tanah air, kami pernah di halau balik oleh pengetua kolej tatkala sedang leka menonton kartun X-Men semasa azan maghrib berkumandang. Dah le tak dapat nak tengok kat kolej sendiri (pasal pengetua ambil tv kami), pergi tengok kat kolej sebelah, kene halau plak.. huhu. Malang sungguh.

Ketika dua kuasa besar dunia sedang berbalah menunjukkan kekuatan pertahanan masing2, ada sekumpulan mutan yang mengambil kesempatan ini untuk menakluki dunia dengan menjadi talam dua muka kepada kedua2 belah pihak. Tetapi seorang professor, Professor Charles X. Xavier dan rakannya, Eric Lenshers telah berusaha bersama2 CIA untuk mengekang tindakan kumpulan mutan itu. Beliau telah melatih beberapa orang mutan dan menubuhkan sebuah kumpulan untuk mematahkan niat kumpulan mutan yang bakal mencetuskan perang nuklear di dunia. Bagaimanakah Charles X. Xavier menumpaskan kumpulan mutan itu dan apakah yang berlaku selepas itu. Saksikan sendiri di pawagam2 berhampiran anda... huhu...

Bagi aku, babak2 awal filem ini agak hambar dan slow. Hanya memamparkan latar belakang mutan2 yang menjadi tulang belakang kepada filem X-Men ini seperti Prof. X dan Magneto. Filem ini menjadi lebih menarik setelah mutan2 ini menunjukkan kuasa masing2 sehingga lah ke akhir filem ini. Ramai pulak watak2 yang aku tak pernah tengok sebelum ini. 4/5 bintang untuk filem ini.


Mystique - aku suke karekter ni...


~Salam Sayang~

02 June 2011

375 : Mari Menonton - KaraK

Semalam aku berpeluang untuk menonton filem KaraK di pawagam. Tak tahu lah ape yang ade semalam, semua filem yang waktu tayangannya pukul 9.00 malam dan ke atas di Alamanda sold out. Sampai filem yg aku tak pernah dengar pon sold out juga. Apasal ramai sgt org kat Alamanda semalam? Isk.. tak paham aku. Oleh kerana itu, kami bergegas ke The Mines dengan harapan untuk mendapat tiket. The Mines pon ramai orang smpi jem untuk masuk ke pakir. Ape yg diaorg wat ni? Tak reti2 nak dok umah ke malam2 ni? Tapi berkat kesobaran, kami berjaya mendapatkan tiket untuk tayangan pukul 10.00 malam.

KaraK mengisahkan bagaimana 4 orang pelajar yg dalam perjalanan pulang ke Kuantan telah melalui jalan di Pekan Karak. Kesemua mereka yang tidak mempercayai kewujudan hantu telah diganggu dalam perjalanan mereka sehingga mereka terlibat dalam kemalangan. Dalam kebingungan dan kecederaan, mereka telah diberi pertolongan dan bermalam di rumah Pak Malam di tengah2 hutan itu. Sepanjang malam mereka tidak henti2 diganggu sehingga ada diantara mereka yang terbunuh. Bagaimana pengakhiran filem ini? Silalah menonton di pawagam2 berhampiran anda. Sokonglah industri perfileman tempatan.

Bagi aku filem seram ini takde lah seseram mane pon. Same jer macam filem2 seram yang lain, banyak menjerit2 ngan menangis tak tentu pasal. Asik2 jerit, asik2 nangis tapi hantunya tak nampak pon, setakat keluar2 tangan jer. Dan hantunya pon macam Hantu Kak Limah Balik Rumah jer. Disamping unsur2 seram, filem ini juga mempunyai unsur2 komedi dan juga unsur2 kentut tak mengira tempat (sampai aku pon terkentut dalam panggung semalam... opss). Dalam filem ini, babak2 awal filem ini adalah paling menakutkan... ape2 pon terserahlah kepada penilaian anda.

2.5/5 bintang untuk filem ini.



Babak2 awal yang paling menakutkan....


~Salam Sayang~