31 May 2011

374 : Awak Suka Tak Kat Kite?

Kesalahan adalah disengajakan. Soalan yang sebenarnya adalah, awak suka tak kat blog kite Tak perlulah tanya awak suka kite ke tak, pasal kite tau awak mmg suke dan sayang kat kite kan? Huhu...

Dah beberapa hari dah dok letak bende ni kat blog, tapi takde saper pon nak respon. Uhuks... mungkin sebab bende ni diletakkan kat bawah sekali, takde sape pon yang nampak agak nyer. So terpaksalah wat promosi sket. Jadi... rajin2 kan jari jemari anda itu untuk menngevote ye... hahaha....




~Salam Sayang~

26 May 2011

373 : Cuti-Cuti Malaysia

Huhu... Wat masa sekarang ni, aku ade 3 program Cuti-Cuti Malaysia dalam perancangan sehingga ke awal tahun hadapan. Harap2 semuanya menjadi, InsyaAllah...


Melaka Bandaraya Bersejarah

Aku akan ke Melaka Bandaraya Bersejarah, Tapak Warisan Dunia. Aku akan menyertai Hari Keluarga terakhir anjuran pejabat aku. Program ini telah dijadualkan pada 2-3 Julai 2011.


Langkawi Pulau Lagenda

Pada 16 - 18 September 2011 pula aku akan ke Langkawi Kedah Darul Aman, Pulau Lagenda. Pada mulanya, Langkawi merupakan destinasi Hari Keluarga pejabat aku, memandangkan timbul beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, maka lokasinya dan tarikhnya terpaksa diubah. Disebabkan aku dan beberapa sahabat lain telah membeli tiket penerbangan, maka kami telah diizinkan oleh boss untuk meneruskan percutian kami di Langkawi.


Kuching... meoww....

Kalau takde aral yang melintang, aku akan ke Kuching, Sarawak pada 9 - 12 Februari 2012. Dapat tiket penerbangan murah, RM15.20 sahaja, jadinya, tidak mahu melepaskan peluang ke Sarawak memandangkan aku tak pernah sampai Sarawak lagi.

InsyaAllah....


~Salam Sayang~

23 May 2011

372 : Mari Menonton - Pirates Of The Caribbean

Semalam aku berpeluang sekali lagi untuk menonton wayang. Kali ini aku telah menonton filem Pirates Of The Caribbean, On Stranger Tides. Sememangnya aku suka filem2 Pirates Of The Caribbean dari siri yang pertama hingga ke siri yang terkini. Bagi aku filem2 ini menggabungkan elemen2 aksi, komedi, percintaan dan sebagainya disamping menggunakan efek2 audio dan visual yang sangat menarik.

On Stranger Tides mengisahkan bagaimana Kapten Jack Sparrow telah menyertai perlumbaan mencari The Fountain of Youth yang dikatakan boleh memberikan kehidupan yang abadi kepada peminum air dari telaga tersebut. Dalam filem ini, Jack Sparrow telah berkhidmat di bawah Kapten Blackbeard dan first Officernya Angelica di atas kapal Queen Anne Revenge. Perlumbaan mencari The Fountain of Youth ini juga telah disertai oleh armada DiRaja England yang diketuai oleh Kapten Barbossa dan juga armada DiRaja Sepanyol.

Siapakah yang berjaya mencari The Fountain of Youth itu? Saksikan filem ini di pawagam2 berhampiran anda.

Aku beri filem ini 4/5 bintang. Ada seorang sahabat di FB telah memberikan filem ni 3.5/5 bintang. Kepada peminat2 Will Turner dan Miss Elizabeth Swan, harap maaf, mereka tiada dalam filem ini. Begitu juga Jack The Monkey.


~Salam Sayang~

22 May 2011

371 : 1 Facebook Status Update

Satu Facebook Status Update dengan 319 komen. Hehehe... tak pernah aku mendapat komen sebanyak itu dalam satu fb status update. Ni dah kire pecah rekod. Kalau tak silap, komen terbanyak pernah aku terima ade le dalam 80. Dah jadi macam chatroom plak status update aku semalam. Terima kasih kepada penyumbang2 komen, Zzeefa Laffa, Ed Eron, Faezy Vzy, Shah Mat Rock, Hafizal Bakar dan Muhammad Azrul Hambali Ghazalli.

Dari nak tidor pukul 2.30 pagi, last2 aku tidor dekat2 pukul 4 pagi.

Berikut adalah sebahagian daripada komen2 yang diterima....














~Salam Sayang~

20 May 2011

370 : Kenangan

Sekadar mengimbau kenangan bercuti di United Kingdom pada April-Mei 2008. Ia merupakan kali kedua aku menjejakkan kaki di negara itu, pertama pada tahun 2004 diikuti tahun 2008 dan insyaAllah pada tahun 2012 akan datang (empat tahun sekali, ade sesaper nak sponser aku?... hahaha). Ia merupakan kenangan terindah bagi aku, maklumlah aku ni bukan berpeluang sangat nak tengok negara orang.


North Wales - Isle of Anglesey, Menai Straits, Beaumaris, Llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrndrobwllllantysiliogogogoch, Bangor


North Wales - Conwy Castle, Llandudno, Great Orme


North Wales - Snowdonia National Park


North Wales - Caernarfon Castle


The City of Chester


Picnic at Wollaton Park, Nottingham


Shopping at Birmingham


Jalan-jalan sekitar Nottingham


Jalan-jalan kat car-boot sales dan University of Nottingham


Forrest Fields neighborhood area


~Salam Sayang~

17 May 2011

369 : Deko Bersama Apiz

Mari kite berdeko bersama apis. Aku saja nak tunjukkan kehebatan aku dalam bidang dekorasi ni. Ingat Eric Leong jer ke pandai, aku pon bole tau.. hahahaa. Jika anda ada ruang dinding yang kosong dan membosankan seperti di bawah ni, ape yang boleh anda lakukan untuk memberi sedikit kelainan kepada dinding yang kosong dan membosankan itu?


Dinding yang kosong dan membosankan

Errmmm.... senang jer. Tak payah menyusahkan diri berfikir itu dan ini. Tak perlu mengupah designer untuk mendapatkan design yang cantik dan istimewa. Ape yang anda bole buat, beli sekeping gambar yang anda suka dan letakkan sahaja di dinding tersebut.. Nah... kan dah cantik dan tidak lagi membosankan dinding tersebut kan. Tak perlu letak banyak gambar, itu sudah menyemakkan mata memandang, cukuplah sekadar satu atau dua gambar yang anda suka.


Sekeping gambar mengubah segala2nya... hehehe...

Ni gambar yang aku letakkan di salah satu dinding di dalam bilik aku. Dah lama aku perhatikan dinding tu, kosong dan agak membosankan, dah le cat putih.. cukup membosankan. Jadi aku pon membeli sebuah frame gambar dari Ikea (seperti biasa), cari gambar yang aku suke menggunakan google.com dan printkan. Maka aku pon mendapat satu gambar yang aku suke terletak di dinding itu, dan dinding itu seperti sebuah dinding yang baru. Tidak lagi kosong, bak kate Eric Leong, telah terdapat satu focus point pada dinding itu. Satu kelebihan menggunakan teknik membeli frame kosong ni adalah, kite sentiasa boleh menukar gambarnya ke satu gambar yang baru mengikut kehendak kite. Cari jer gambar yang kite suke kat google.com sudah.

Hehehe... kos yang aku keluarkan untuk frame sahaja adalah RM35.90 dan mungkin lebih murah kalau anda membeli frame di tempat lain. Harga frame dengan gambar di Ikea adalah lebih daripada RM50.00 seunit, jadi dengan cara ini dapatlah menjimatkan sedikit kos. Ape2 pon terserahlah kepada kebijaksanaan anda...


~Salam Sayang~

14 May 2011

368 : Aktiviti Makan-Makan


Selamat Menyambut Hari Jururawat

Khamis lepas ade sambutan Hari Jururawat kat pejabat aku. Misi semua share untuk wat jamuan untuk sambutan yang disambut sederhana tapi meriah. Antara menu untuk santapan tengahari itu adalah nasi putih, sambal udang petai, ulam2an dan ayam golek Pantai Dalam. Disamping itu ade gak rojak buah dan kek sumbangan pegawai2.

Terima kasih kepada semua misi. Selamat menyambut Hari Jururawat. Kalau hari2 adalah Hari Jururawat kan best, murah rezeki kami yg bukan misi ni.. hahahah...

Terima kasih daun keladi.


Barisan Jururawat di pejabat ku


(1) Dua daripada empat kek yang menjadi hidangan
(2) Ulam2an dan sambal belacan



(1) Sambal udang petai
(2) Ayam Golek Pantai Dalam



~Salam Sayang~

12 May 2011

367 : Blog Has Been Removed


pic ni rembat dr Mr. Google.
bicaramakdara.blogspot.com bukan blog sebenar.


Adoi... pagi tadi nak bukak blog kesayangan aku ni tibe2 dia kate "Blog Has Been Removed". Ehh.. what the f, apasal plak kene remove ni? Aku tak bersalah ape2 pon tibe2 mereka nak remove blog aku yang tak seberapa ni. Sedih seketika, marah pon ade. Dah le pagi2 tadi aku dah kene marah, hati dah rasa gundah gulana, ditambah plak rasa marah bile blog aku diremove tibe2.

Cube try check google account aku plak. Kene suspend la plak, dia kate ade aktiviti yang mencurigakan dan akaun aku tu terpaksa disuspendkan. Alahai... macam2 masalah plak pagi ni. Bikin hilang mood nak makan free tengahari nnt. Aku pon follow lah arahan2 yang diberikan dan akhirnya blog aku pulih seperti sediakala. Tapi perasaan gundah gulana aku masih tak hilang2 lagi..... Sedih..... :(


~Salam Sayang~

11 May 2011

366 : Malas Dah ...

Entry saya yang bernombor 320 adalah berkaitan.

Setelah beberapa bulan dengan gigihnya bermain game ni, tibe2 terasa malas dah untuk meneruskan permainan. Walaupon terdapat banyak penambahbaikan dan cabaran2 baru yang telah dilakukan pada game ini, ia tidak dapat menarik minat aku untuk terus bermain. Oleh yang demikian, pada Level 69 ini aku rasa aku nak mengundur diri. Kepada kawan2 laen, teruskan perjuangan anda. Go go diego!!


Bikini Bottom at Level 69


~Salam Sayang~

09 May 2011

365 : Inilah Bendanya Tu ...

Seperti yang telah diwar2kan dalam entry yang lepas, aku telah membeli dan menambah koleksi perabot berwarna putih untuk diri aku sendiri. Baru lah sempat aku mengambil dan mengupload gambar perabot terbaru aku tuh untuk ditayangkan kepada semua, hahaha. Sebenarnya dah lama nak beli perabot ni memandangkan koleksi baju2 aku amatlah banyak sampai tak muat dah almari aku yang sedia ada tuh. Oleh yang demikian, perabot ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan kepadatan almari aku tuh. Sekarang ni, senang sikit mata memandang dalam almari tuh...

Inilah dia koleksi terbaru aku....




Chest of 4 drawers...
Amacam? Cantik tak??



~Salam Sayang~

05 May 2011

364 : Proses Pemutihan

Dalam diam2 dan dengan tak disangka aku telah melakukan proses pemutihan. Semuanya bermula dengan ..... Ini....


Kerusi eksekutif berwarna putih

Seterusnya ini pula ....


Katil berwarna putih

Diikuti dengan .....


Meja putih ini

dan yang terkini......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ops... takde gambar plak
nnt lah aku amik dan uploadkan....


~Salam Sayang~

01 May 2011

363 : Mari Menonton

Sekali lagi berpeluang untuk menonton filem terbaru di pawagam. Kali ini aku telah menonton filem Fast and Furious 5. Aku memang minat filem2 Fast and Furious dan Fast and Furious 2. Fast and Furious 3 - Tokyo Drift kurang minat dan aku tak ingat ade ke filem Fast and Furious 4??

"Former cop Brian O'Conner partners with ex-con Dom Toretto on the opposite side of the law. Since Brian and Mia Toretto broke Dom out of custody, they've blown across many borders to elude authorities. Now backed into a corner in Rio de Janeiro, they must pull one last job in order to gain their freedom. As they assemble their elite team of top racers, the unlikely allies know their only shot of getting out for good means confronting the corrupt businessman who wants them dead. But he's not the only one on their tail. Hard-nosed federal agent Luke Hobbs never misses his target. When he is assigned to track down Dom and Brian, he and his strike team launch an all-out assault to capture them." (oleh kerana aku sedikit malas nak mengulas cerita ini disebabkan aku terlelap dalam panggung, jadinya aku kopipes kan sedikit sinopsis cerita itu saje)

Macam biasa, kalau anda nak tau bagaimana kisah selanjutnya, anda saksikan sendiri di pawagam2 berhampiran anda. Ni filem baru ni, patut le panggung penuh sampai kami dapat tempat barisan ke 2 dari skrin. Hehehe... sakit leher mendongak. Anyways... filem kali ni tiada langsung aksi lumba2 macam filem2 sebelumnya. Walau bagaimanapun, memang puas hati tengok. Aku bagi filem ni 4/5 bintang.


~Salam Sayang~