29 March 2011

352 : Perjuangan Tahun Ini Telah Selesai

Perjuangan aku dalam arena Sukan dan Rekreasi Staf UM 2011 telah selesai. Nampaknya tahun ni sama jer macam tahun2 lepas, tak menyumbang walau satu pingat pon kepada Zon yang aku wakili. Walau bagaimanapun, semangat kesukanan itu yang penting... kan?..

Semalam aku turun untuk pertandingan Bola Jaring Lelaki. Kami turun menentang pasukan dari Zon 2 yang memang terkenal dengan kehandalan mereka dalam bidang sukan ni. Maklumlah... Zon 2 diwakili oleh mereka2 dari Pusat Sukan, oleh yang demikian, mereka dapat menggunakan segala kemudahan yang disediakan di Pusat Sukan itu sendiri. Zon 6 bermain dengan baik pada separuh masa pertama dan kami berjaya mendahulu pihak lawan dengan jarak yang selesa. Pada satu ketika kami mendahului dengan kedudukan 7-4. Akan tetapi, nasib tidak menyebelahi kami dan banyak kesilapan telah dilakukan pada separuh masa kedua, memaksa kami akur dengan kehebatan Zon 2 mengawal perlawanan. Kami tewas perlawanan pertama kami dengan 7-10.

Hari ini kami telah turun lagi untuk perlawanan kedua menentang Zon 1. Perlawanan yang hebat diantara kedua2 pasukan walaupun Zon 6 lebih banyak bertahan. Banyak juga kesilapan yang dilakukan oleh pasukan kami terutama di bahagian tengah dan pertahanan. Akhirnya, kejayaan tidak menyebelahi kami dan sekali lagi kami tewas dengan 7-12.

Dengan 2 kekalahan, jalan kami ke pusingan seterusnya telah tertutup. Nampaknya tahun ini kami berputih mata lagi untuk mendapatkan kedudukan yang lebih baik. Walaupon hadiah yang akan diberikan tidak lah lumayan, tetapi semangat kesukanan dan kepuasan hati itu menjadi pemangkin kepada pasukan untuk memberikan persembahan yang terbaik.

Syabas kepada pemain2 Zon 6 - DM Haziq, Firdaus, Azmi, Jailani, Zam, Amin dan Isa. Tahun depan kita cube lagi....


~Salam Sayang~

27 March 2011

351 : Perjuangan Diteruskan

Perjuangan di arena Catur Campuran telah selesai. Keputusannya kami hanya menduduki tempat ke enam daripada tujuh pasukan yang bertanding. Banyak faktor yang menyumbang kepada keputusan ini. Faktor utama adalah bilamana Zon 6 hanya mempunyai 3 orang daripada 5 orang pemain yang sepatutnya diturunkan. Untuk pertandingan pula, Zon 6 hanya menurunkan 2 orang pemain daripada 3 orang pemain yang sepatutnya bertanding. Aku pula terpaksa bermain 6 perlawanan memandangkan aku adalah satu2nya pemain lelaki yang ada (2 orang lagi nampaknya tidak komited kepada pertandingan ni). Oleh yang demikian, mata percuma diberikan kepada pihak lawan.

Daripada 6 perlawanan yang aku bertanding, aku hanya mampu mendapat 2 kemenangan, 3 kekalahan dan 1 seri. Kedua2 kemenangan aku adalah melalui 'checkmate' dan kesemua kekalahan aku adalah kerana masa. Aku bermain dengan lebih baik dari yang aku jangkakan.

Syabas kepada semua pemain, Kak Sue, Elly dan Rosli (bidan terjun yang dipanggil datang, sempat bermain 2 perlawanan terakhir, 1 menang 1 kalah).

Esok aku akan turun untuk pertandingan Bola Jaring Lelaki.


~Salam Sayang~

25 March 2011

350 : Perjuangan Bermula - Part II

Perjuangan aku dalam arena Karnival Sukan Staf UM 2011 akan bermula esok. Aku akan turun dalam acara Catur Campuran mewakili Zon 6. Rasa2nya, aku pernah sekali jer mewakili Zon 6 dalam acara Catur Campuran ni. Tak ingat pulak tahun bila. Bukan terer maner pon maen catur ni, sekadar cube untuk memberikan persaingan kepada peserta2 lain. Ape2 pon, doakan kejayaan kami esok.

~Salam Sayang~

21 March 2011

349 : Perjuangan Bermula

Karnival Sukan Staf UM 2011 telah bermula, sebenarnya dah nak sampai ke penghujung pon. Seperti biasa aku akan mewakili Zon 6. Tapi untuk tahun ni aku tak banyak mengambil bahagian dalam acara sukan yang dipertandingkan. Zon 6 pon tahun ni nampaknya macam tak bersedia langsung untuk karnival sukan tahun ni.

Kalau tahun lepas aku akan mewakili Zon 6 dalam acara bola tampar dan bola jaring lelaki. Aku juga telah dilantik sebagai pengurus bagi pasukan bola jaring lelaki Zon 6. Tapi tahun ni akan akan mewakili bagi acara bola jaring lelaki sahaja. Aku tak join bola tampar disebabkan aku tidak sihat semasa hari pertandingan.

Pertandingan bola jaring lelaki akan diadakan minggu depan bermula dari 28 Mac 2011. So... wish us luck.


~Salam Sayang~

17 March 2011

348 : Mengidam Ke?

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana mengurniakan kesihatan kepada aku untuk meneruskan perjalanan dan perjuangan hidup ini. Minggu lepas, aku tak sihat. Dimulai dengan sakit kaki sampai menyebabkan kaki aku bengkak. Mungkin sebab banyak sangat enjoy dan berjalan masa melancong ke Sabah hari tu. Pergi ke klinik, kene cucuk kat bontot. Dapat ubat pelbagai jenis lagi. Terpaksa gak telan sebab nak baek. Kemudian, entah macam mana, badan rasa sangat tak sedap. Rasa lemah longlai semacam sampai nak berjalan pon tak larat. Perut rasa sebu, mengelodak macam ade baby kat dalam (erk??).

Ade opismate hatta mak aku sendiri menegur aku, 'Ko tak sihat ker? Mak tengok muka ko cengkung jer..'. 'Encik apis sekarang nampak cengkung jer, kenape?' Tapi itulah hakikatnya, muka cengkung dan berat badan juga tiba2 susut lebih kurang 4kg. Selera makan pon takde, maner tak susut. Ada yang mengatakan sesuatu yang tak baik kepada aku, tetapi aku berharap dan berdoa agar apa yang dikatakan itu adalah tidak benar.

Alhamdulillah, aku telah sihat seperti sedia kala. Selepas sihat tu, tibe2 nafsu makan menjadi2 plak. Tiba2 mengidam nak makan jagung bakar. Tiba2 mengidam nak makan mee rebus. Tiba2 teringin nak makan laksam. Adus... macam orang mengandung plak (orang mengandung pon tak macam ni). Makanya, hari sabtu lepas, aku ajak seorang kawan ke pasar malam berhampiran umah aku. Niat di hati nak beli semuanya ape yg aku mengidam tuh. Nak makan semua sekali.. hahahah.

Malam tu aku cume dapat jagung bakar ngan laksam. Puas rasanya dapat makan aper yg aku nak makan. Berselera betul makan malam tu. Cume mee rebus jer tak dapat lagi. Ade tau tak tempat2 yang menjual mee rebus yg best? Bagitau eks... As per hari ni, berat badan dah naek balik 4kg.. hahaha, adoi...


Atas permintaan Saudara Sahrom
- gambar jagung bakar Sabah style



~Salam Sayang~

14 March 2011

347 : Penilaian Tahap Kecekapan

Keputusan Penilaian Tahap Kecekapan yang bulan Disember aku amik tu dah keluar. Memang tak menaruh harapan Zaiton Sameon ape2 pon untuk exam kali ni. Berserah saja pada nasib. Tapi aku dah lakukan yang terbaik, sekurang2nya cukup baik untuk diri aku walaupon aku jauh di sudut hati ade sedikit perasaan tak berpuas hati dengan ape yang telah aku lakukan. Aper taknya, soalan cume 2-3 baris jer, tapi jawapan wajib sekurang2nya 3 muka. Ape yg aku nak tuliskan? Cari punya cari, gobek itu punggah ini dapat lah juga isi yg bole aku persembahkan. Kelentong itu pusing ini lipat drift sikit dapat lah aku hantar sebanyak 6 muka, jadilah.

Jumaat lepas dapat surat, alamak... keputusan sudah diterima.... Alhamdulillah, Tahap Keputusan (Aras) = IV (Lulus cemerlang lah tu senang cakap!!)


~Salam Sayang~

11 March 2011

346 : Catatan Perjalanan - Negeri Di Bawah Bayu (Catatan Terakhir)

27 Februari 2011

Hari terakhir kami di Negeri Di Bawah Bayu dipenuhi dengan aktiviti shopping. Kami telah di bawa ke Sunday Market atau Gaya Street Market untuk aktiviti menghabiskan wang. Banyak benda yang dijajakan di pasar ini dari bahan2 makanan, pakaian, mutiara dan barang2 kemas, haiwan peliharaan hingga lah ke cenderahati dan perhiasan rumah. Tepuk dada tanyalah iman masing2. Kemahiran tawar menawar amat diperlukan di sini. Selain di Sunday Market, kami turut memanjanglam kaki ke Philipine Market dan Pasar Ikan Masin. Masih banyak yang perlu dibeli sebelum berangkat pulang pada petang hari.



Gambar2 aktiviti shopping. Tak banyak gambar untuk aktiviti ni
pasal semua orang sibuk bersopping

Kami meninggalkan Sabah dengan penerbangan pada pukul 7.30 malam. Kami tiba di Kuala Lumpur lebih kurang pukul 11.30 malam. Walau pon penat giler rasanya badan, tetapi aku sangat gembira sepanjang perjalanan kami. Puas rasa hati. Sudah rindu rasanya pada Sabah... uhuks3...


~Salam Sayang~

08 March 2011

345 : Catatan Perjalanan - Negeri Di Bawah Bayu (Sambutan Hari Lahir)

26 Februari 2011

Tahun ini aku menyambut sambutan hari lahir aku di Kota Kinabalu Sabah. Rasanya tak pernah lagi aku menyambut (tak selalu pon menyambut) hari lahir aku di luar Kuala Lumpur. Makanya, aku rasa amat istimewa sambutan hari lahir aku kali ini. Hehehe....

Seawal pagi lagi, beramai2 telah menyanyikan lagu Happy Birthday kepada aku dan mula mengepow aku Secret Recipe. Aku tak berjanji ape2 pasal Secret Recipe tu pon bukannya murah kan. Hehehe... Perjalanan kami diteruskan ke Tawau untuk hari itu.

Sekembalinya kami dari Tawau, kami telah singgah sebentar di Kota Kinabalu untuk makan dah shopping. Dikesempatan ini, dalam kepenatan yg amat sangat, aku dan kawan aku yg sorang ni menapak ke Suria Sabah kerana di situ lah satunya2 restoran Secret Recipe yang kami tahu. Niat di hati nak beli Blueberry Cheese Cake malangnya kek tu telah diberhentikan penjualannya buat sementara waktu. Ermm... biase le Secret Recipe ni, ade2 jer. Setelah membuat pemilihan, aku amik Marble Cheese Cake jer untuk menjamu kawan2 aku.


Marble Cheese Cake... Nyam3

Makanya, malam itu ade lah kenduri kecil2an. Jamu makan kek jer. Majlis yang sederhana tetapi meriah....




Kemeriahan sambutan hari lahir aku di KK

Di sini juga aku ingin mengucapkan ribuan ucapan terima kasih kepada semua kenalan yang telah mengucapkan selamat kepada aku dan mendoakan kesejahteraan aku. Tahun ni hadiah tak banyak. Dapat 2 jer... hehehe... ape2 pon, alhamdulillah dan terima kasih kepada yang memberi.


~Salam Sayang~

07 March 2011

344 : Catatan Perjalanan - Negeri Di Bawah Bayu (Hari Keempat)

26 Februari 2011

Hari kedua perjalanan kami di Bandaraya Kota Kinabalu. Hari ini kami ronda2 sekitar Bandaraya Kota Kinabalu dan tempat yang telah kami singgahi adalah seperti Pelabuhan Lama Kota Kinabalu, Masjid Bandaraya Kota Kinabalu dan Bukit Bendera. Kat Kota Kinabalu ade Bukit Bendera ke? Mungkin namanya tidak se gah seperti Bukit Bendera Pulau Pinang, tetapi panorama yang dihidangkan sehebat Bukit Bendera Pulau Pinang. Bukit Bendera Kota Kinabalu amat mudah dilawati dan kita boleh memandu sahaja untuk ke puncak. Di sini terdapat dua buah platform yang disediakan untuk pengunjung menikmati permandangan Bandaraya Kota Kinabalu dari daratan hingga ke permandangan laut. Ramai juga pengunjung ketika kami sampai di sana.



Permandangan Bandaraya Kota Kinabalu dari atas Bukit Bendera

Setelah puas menikmati permandangan dan mengambil beberapa gambar kenangan, kami telah dicadangkan untuk ke Telinga Sabah yang jarak perjalanan dari KK lebih kurang 2 jam. Telinga Sabah terletak di Daerah Kudat di utara negeri Sabah. Telinga Sabah nama jolokan kepada nama tempat Tanjung Simpang Mengayau adalah penghujung paling utara pulau Borneo, dalam bahasa inggerisnya The Tip Of Borneo. Perjalanan selama 2 jam itu kami dijamu dengan permandangan luar bandar Sabah yang boleh dikatakan masih belum menikmati kemajuan. Dari kawasan bendang ke ladang2 kelapa sawit sehinggalah permandangan Gunung Kinabalu dapat diperhatikan sepanjang perjalanan. Tidor bangun tidor lagi dan bangun semula, masih belum sampai tempat yang dituju. Keadaan jalan yang kecil dan tidak elok melewatkan lagi perjalanan kami.


Permandangan Gunung Kinabalu, diambil semasa
dalam
perjalanan ke Kudat


Kami tiba di destinasi kami lebih kurang pukul 2.00 petang. Cuaca sangat terik tetapi tiupan angin laut yang kuat menyebabkan bahang terik matahari tidak terasa. Kami menghabiskan masa kami dengan menikmati permandangan laut sambil mengambil gambar2 kenangan dengan pelbagai posing menarik. Teruja rasanya berada di sini kerana selepas ini, tak tau bile lagi boleh sampai ke sini. Taman Negara Tanjung Piai di Pontian Johor, penghujung paling selatan benua Asia pon aku tak sampai lagi, itu dekat jer ngan kampung nenek aku. Inikan pula nak datang ke Kudat, kan?


Mercu tanda The Tip Of Borneo



Permandangan sekitar Tanjung Simpang Mengayau
a.k.a Telinga Sabah a.k.a The Tip Of Borneo


Kami meninggalkan Tanjung Simpang Mengayau lebih kurang pukul 4.00 petang. Tetapi dalam perjalanan pulang ke KK, kami terpaksa berpatah balik ke Bandar Kudat memandangkan kenderaan kami mengalami tahap minyak yang kritikal. Mengikut penduduk tempatan, tiada stesen minyak di kawasan berdekatan, oleh sebab itu kami terpaksa berpatah balik.

Kami tiba di KK dan keadaan telah pon gelap. Kami meneruskan aktiviti hari ini dengan shopping dan makan. Aku hanya membeli belah tingkap sahaja di Pasar Filipina, Pasar Ikan Masin dan pasar2 berhampiran. Takde mood plak nak membeli dan membelah ketika itu kerana badan sudah terasa amat penat. Kami hanya duduk makan di salah sebuah kedai makan di situ.

Tatkala sedang menikmati hidangan yang takde le berapa sedap itu, kami telah dihiburkan dengan gelagat pekedai dengan tiga orang minah salleh. Ni ade beberapa gelagat yang mencuit hati kami... lebih kurang camni lah

Minah Salleh : What is thank you in Malay?
Pekedai : Terima kasih
Minah Salleh : How about you're welcome?
Pekedai : Selamat Datang
Minah Salleh : owh... ok

Minah Salleh : Excuse me? What is this (sambil menunjukkan sesuatu dlm makanannya)
Pekedai : Sudah, ape aku nak cakap ni. Ermm.... Malaysia call tauhu..
Minah Salleh : owh... ok

Minah Salleh : What is kuew teow?
Pekedai : Errr... (menggaru2 kepala lalu terus ke dalam kedai mengambil bekas berisi kuew teow lalu menunjukkannya kepada minah salleh tu)
Minah Salleh : Owh.. ok, i want this...

Hehee.... dah le badan penat, kaki sakit tapi terhibur plak dengan gelagat mereka. Gamat gak kedai tu dek kerana minah2 salleh tuh. Kami yang dok sebelah pon tumpang gelak kuat2.

Perjalanan dari KK ke Kudat memakan masa lebih kurang 2 jam bergantung kepada keadaan jalan. Jalan raya di sana tidak sama dengan di semenanjung. Seingat aku hanya ada satu sahaja stesen minyak Petronas sepanjang perjalanan. Tandas sukar ditemui kalau ade pon tidak mencapai tahap kebersihan yang memuaskan. Kami berhenti di beberapa tempat untuk membuang hajat seperti di Bandar Baru Matunggong, bayaran 3o sen dikenakan untuk masuk ke tandas, tetapi tandasnya tiada air dan bau jangan cakap lah. Siap ade sisa2 buangan orang lagi.. hahahha... Makanya, bersedialah jika anda hendak ke Kudat.


~Salam Sayang~

05 March 2011

343 : Catatan Perjalanan - Negeri Di Bawah Bayu (Hari Ketiga)

25 Februari 2011

Hari ketiga perjalanan kami merupakan hari pertama kami di Bandaraya Kota Kinabalu. Kami menginap di penginapan Homestay As-Solihin di Taman Mesra, Penampang, Kota Kinabalu. Perjalanan kami pada hari ini membawa kami ke tiga buah pulau ternama di Kota Kinabalu iaitu Pulau Mamutik, Pulau Manukan dan Pulau Sapi.

Untuk menuju ke pulau2 tersebut, kami telah menyewa perkhidmatan bot di Jesselton Point. Banyak perkhidmatan bot yang ditawarkan di sini, dan kita boleh memilih mana2 perkhidmatan yang kita fikirkan paling menguntungkan kita. Kami telah berjaya mendapatkan perkhidmatan bot untuk ke tiga buah pulau dengan bayaran RM120 dan bot boleh memuatkan seramai 12 orang. Bayaran tersebut tidak termasuk cukai jeti yang dikenakan lebih kurang RM7 seorang.


(1) Permandangan Jesselton Point
(2) Ini bukan bot kami... nak mampos??



(1) Permandangan bot2 di Jesselton Point
(2) Gembira kami dapat naek bot ke pulau


Perjalanan dengan bot memakan masa lebih kurang 20 - 30 minit ke pulau pertama iaitu Pulau Mamutik. Ramai pengunjung yang datang ke pulau ini, bersedialah untuk menjamu mata anda dengan aksi pengunjung terutama pelancong2 asing. Wow... Malang sekali, aku tidak dapat merakamkan aksi2 tersebut kerana aku tersalah bawak cd untuk videocam aku. Uhuks... Di Pulau Mamutik kami hanya lepak2 di tepian pantai sambil menghirup udara segar dan menikmati permandangan indah pantai yang putih bersih. Ada di antara kami yang mengambil peluang untuk menjelajah kawasan pulau tersebut hingga ke bahagian hutan tengah pulau tersebut. Barang di sini sangat mahal, oleh itu dinasihatkan untuk membawa bekalan makanan dan air secukupnya.


(1) Air yang jernih sampai nampak ikan berenang2 di dalamnye
(2) Aktiviti skodeng sekitar pantai



(1) Aktiviti lepak2 sambil menghirup udara segar dan mencuci mata
(2) Aktiviti cuci mata... hahaha (ni jer yg ade)


Destinasi kami seterusnya adalah ke Pulau Manukan yang hanya beberapa minit dari Pulau Mamutik. Rasanya Pulau Manukan adalah antara pulau yang paling popular dilawati pelancong di Sabah. Keadaan Pulau Manukan adalah lebih kurang sama dengan Pulau Mamutik. Pelancong tidak begitu ramai mungkin kerana ramai yang telah check-out pada tengahari itu. Di pulau ini aku tidak melepaskan peluang untuk mandi dan bersnorkling untuk menikmati keindahan ikan2 yang ada di kawasan berhampiran pantai pulau tu, walaupun aku tidak membawa bekalan baju. Nampaknya, balik nnt terpaksalah aku memakai seluar dan seluar kecik yang basah.. Hehehe... Barangan di pulau ini pon mahal, ais krim Thropy berharga RM5 dan meehoon goreng bodoh tanpa aper2 perencah dijual dengan harga RM3.50. Memandangkan tiada bekalan yang dibawa (semuanya jenis main redah jer) terpaksa gak lah beli untuk mengalas perut.


(1) Aktiviti snorkling kat Pulau Manukan, byk ikan kat situ tau...
(2) Punya lah berat masing2 smpi tenggelam jeti tuh.. isk3



(1) Permandangan indah di pantai
(2) Gembira dapat jumpe pelancong Kanada


Pulau terakhir dalam siri jelajah tiga pulau kami adalah Pulau Sapi. Pantai di Pulau Sapi agak kecil berbanding dua pulau sebelum ni, tp jumlah pengunjung tidak kurang ramainya. Kami mengambil tempat paling hujung di pantai itu dan menyambung aktiviti kami iaitu mandi manda dan bermain air.


(1) Permandangan jeti Pulau Sapi
(2) Kehadiran kami di Pulau Sapi disambut oleh due ekor penyu yg sedang bercumbuan


(1) Permandangan di Pulau Sapi
(2) Aktiviti mandi manda di Pulau Sapi


Banyak kemudahan asas yang disediakan di pulau2 ini terutamanya tandas dan bilik mandi yang boleh dikatakan bersih. Jadi tidak perlu risaulah.

Kami telah dinasihatkan oleh kapten bot, bahawa pada waktu petang, kebiasaannya laut akan bergelora dan berkemungkinan penumpang akan basah disimbah air laut. Dengan muatan bot yang padat, laut bergelora dan angin kuat, nasihat kapten bot tadi ade benarnya. Hampir semua penumpang dalam bot kami basah kuyup dibuatnya. Percikan air laut tidak dapat dielakkan. Malanglah siapa yang siap mandi bersih2, guna syampu rambut, pakai mekap lagi. Jadi bahan tawa kami sepanjang perjalanan pulang ke Jesselton Point. Sehinggakan ade seorang pelancong dari Jepun juga tak tahan nak gelak. Sampai di jeti pon, ketawa tak habis2. Mane tak nya, dah macam orang jatuh ke laut dibuatnya. Tak payah le korang mandi bersih2 kat pulau tadi. Hahaha.....


Cube cari siapa yang lencun??

Makan malan kami pada malam itu telah ditaja oleh seorang rakan di Taman Rugading, Tuaran. Masakan yang simple tapi sedap, ayam masak kicap, ayam goreng dan sayur goreng. Kenyang perut kami yang kelaparan... Terima kasih kepada tuan rumah.


~Salam Sayang~

03 March 2011

342 : Catatan Perjalanan - Negeri Di Bawah Bayu (Hari Kedua)

24 Februari 2011

Semua mengadu tidak dapat tidur malam dengan selesa memandangkan suhu yang amat sejuk ditambah pula dengan hujan renyai2 yang kadang kala lebat petang semalam membawa ke malam. Aku tidur dengan seluar jeans dan jacket serta selimut tebal juga tidak dapat membendung kesejukan dari mencengkam diri. Tak mandi kami malam itu memandangkan pemanas air tidak berfungsi dan suhu air paip nya pula macam berada dalam freezer. Ape2 pon kami still menten wangi k.

Di sini, pukul 7.00 pagi dah terang macam pukul 8.00 pagi di semenanjung. Lebih kurang pukul 9.00 pagi kami terus check-out dari J Residence dan destinasi pertama kami ialah Kinabalu Park yang hanya 5 minit perjalanan dari penginapan kami. Sekadar berjalan2 di kawasan tersebut sambil mengambil gambar Gunung Kinabalu yang tersergam gagah. Tetapi, Gunung Kinabalu pagi itu bagaikan malu2 kucing plak nak menampakkan diri bila mana ia diselubungi awan sepanjang kami di sana. Suhu ketika itu 15 darjah celcius. Teringin sangat nak mendaki gunung itu, tapi apakan daya tak sampai nyawa nak sampai ke puncak. InsyaAllah, satu hari nnt akan ku tawan juga engkau. Hahaha. Permandangan sekitar di situ tidak kurang hebatnya, dengan Gunung Kinabalu di utara dan lembah di bahagian selatan. Kehijauan di sekeliling amat mendamaikan. Jangan lupe, bile sampai di sini, dapat sijil kehadiran anda di pejabat sebagai kenang2an. Oh ya, bayaran masuk dikenakan sebanyak RM3 seorang.


(1) Permandangan Gunung Kinabalu yang dilitupi oleh awan
(2) Permandangn lembah antara gunung. Kedai tu adalah
restoran kami makan malam pada malam pertama



Wajah-wajah ceria mereka yang menyertai rombongan

Destinasi kedua pada hari kedua ini adalah Poring Hot Spring di sebuah tempat bernama Poring. Perjalanan ke Poring lebih kurang 45 minit. Tetapi sebelum itu kami berhenti sebentar di pekan Ranau untuk makan pagi cum makan tengahari. Jangan dibuang tiket masuk ke Kinabalu Park tadi kerana tiket tersebut boleh digunakan di sini. Sebelum tiba di kawasan hot spring kita akan menyeberangi sebuah jambatan gantung. Hot spring ni nampaknya diuruskan dengan baik. Ade kawasan mandi terbuka, ade kawasan mandi tertutup, ade rock pool, ade kawasan untuk merendam kaki dan kemudahan2 lain seperti tandas, surau dan kedai cenderahati. Di luar kawasan hot spring ini ade kedai2 penduduk tempatan menjual barangan cenderahati dan aku rasakan di sini lebih murah berbanding di Kota Kinabalu. Ape2 pon anda buat lah berpandingan sendiri. Di sini aku hanya membeli keychain dengan harga 6 keping untuk RM10.


(1) Sungai yang perlu diseberangi sebelum ke Hot Spring
(2) Aktiviti merebus kaki


Perjalanan kami diteruskan ke Kampung Luanti di daerah Ranau. Kampung Luanti ini terkenal dengan sebatang sungai bernama Sungai Moroli di mana di dalam sungai tersebut terdapat banyak ikan yang jinak2. Kita boleh masuk ke dalam sungai tersebut dan ikan2 ini akan memakan kulit2 mati dari badan kita, ala2 fish massage la klu kat KL ni. Tapi yang bezanya dengan fish massage di KL, ikan2 kat sini... BESAR!! Besar mana? Ade yang besar lengan, ade yang besar betis, bayangkan lah sendiri yer. Tapi menurut penduduk kampung yang menguruskan tempat ini, hanya ikan2 yang kecil sahaja akan memakan a.k.a menggigit kaki kite untuk memakan kulit2 mati, yang besar2 tu hanya berlegar2 sahaja kat situ. Jangan lupa membeli makanan ikan (50 sen jer sepeket kecik) untuk memberi makan kepada ikan2 yg besar tuh. Best sangat bagi ikan besar tu makan, geli2... hahhaah tp best. Klu ke Kundasang jangan lupe ke sini, aku galakkan sgt2. Kawasan ini diuruskan oleh penduduk kampung sendiri dan beberapa peraturan perlu dipatuhi sebelum dibenarkan masuk ke dalam sungai. Ikan2 boleh dipegang tetapi dilarang menangkap dan mencederakan ikan2 tersebut. Bayaran masuk dikenakan sebanyak RM5 seorang untuk 15 minit sahaja. Pandangan peribadi aku, kat sini lah yang paling best kat Ranau ni.. heheheh


(1) Papan tanda yang mengalu2kan kehadiran pengunjung
(2) Ikan2 di dalam sungai yang sedia untuk menggigit kaki anda



(1) Lihat .. betapa manjanya ikan2 itu
(2) Geng aweks yang menjerit2 gedik


Destinasi berikutnya adalah ke Sabah Tea yang hanya beberapa minit dari Kampung Luanti. Di sini kite boleh melihat permandangan indah ladang teh macam kat Cameron lah lebih kurang. Kalau sampai di sini jangan lupe untuk merasa Teh Tarik Nalapak di sebuah kedai teh berhampiran. Sedap....



Permandangan Ladang Teh Sabah


Teh Tarik Nalapak... Sedap!!!

Itu lah destinasi2 kami untuk trip kami di Kundasang dan Ranau. Kami bertolak balik ke Kota Kinabalu pada petang itu juga. Dalam perjalanan pulang kami telah singgah di Pasar Kundasang. Di sini penduduk2 tempatan menjual hasil tanaman masing2 seperti sayur2an, buah2an dan tumbuh2an. Harga plak kurang pasti lah samada murah atau mahal tapi semuanya nampak segar. Di sini juga ada menjual makanan2 penduduk tempatan seperti kerepek2.


Permandangan di Pasar Kundasang


Hasil2 produk pertanian masyarakan tempatan... masih segar dari ladang

Perjalanan pulang kami diteruskan dan berhenti di Pekan Nabalu. Di sini, ada satu tempat di mana kite boleh mengambil gambar berlatabelakangkan Gunung Kinabalu. Memang cantik permandangan kat sini. Di Pekan Nabalu ini juga ade kedai2 yang menjual cenderahari dari t-shirt dan barang2 perhiasan. Seorang kawan aku telah membeli t-shirt saiz kanak2 dengan harga RM8 sahaja di mana harga tersebut tidak dapat di KK. Aku rasakan di sini lebih murah. Walau bagaimanapun, anda layak untuk membuat perbandingan sendiri.



Permandangan Gunung Kinabalu dari Pekan Nabalu

Kemudian kami singgah pula di Tamparuli. Sebut sahaja Tamparuli, pertama sekali orang akan berfikir tentang Jambatan Tamparuli. Ade ke jambatan tuh? Ape yang istimewanya jambatan tuh? Sebenarnya, takde aper pon yang istimewanya, sama jer macam jambatan yang lain, cume ade lagu jer khas untuk Jambatan Tamparuli ni.


Pak pak kang ku doh, Sumunsui doh jambatan
Jambatan doh Tamparuli, Bakasut tinggi oku ...
.

Kami tiba di Kota Kinabalu lebih kurang pukul 9.00 malam. Penginapan kami di KK adalah di As-Solihin Homestay. Takde yang menarik pon homestay ni, just murah jer dan kami akan stay di sini sehingga 27 Februari akan datang. Hehehe


~Salam Sayang~