446 : Catatan Perjalanan - Percutian Bersama Buaya-Buaya Sungai Melaka (Part I)

24 Disember 2011

Seawal pukul 9.00 pagi aku ngan seorang kawan telah bergerak meninggalkan Kuala Lumpur ke Melaka. Undangan seorang kawan untuk ke Melaka beberapa minggu lepas untuk bercuti-cuti Malaysia tidak dapat dipenuhi kerana beberapa masalah, tetapi tiba2 hati ingin pulak join mereka. Perancangan kurang daripada 24 jam dibuat dan kami telah tiba di kawasan Ayer Keroh lebih kurang pukul 11.00 pagi dan 3 orang kawan laen yang tiba semalam telah pon menunggu.

Aktiviti kami di pagi yang dibasahi hujan renyai2 ini adalah ke Muzium Orang Asli yang terletak berhampiran Taman Buaya Melaka. Di muzium ini dipamerkan perkara2 berkaitan orang asli di Semenanjung Malaysia dan cara hidup mereka. Banyak perkara yang oleh dipelajari di sini mengenai mereka. Bayaran masuk RM2 akan dikenakan. Kemudian kami bercadang nak naek kereta lembu plak, yang tidak jauh dari Muzium Orang Asli ni. Bayaran RM10 dikenakan untuk sebuah kereta untuk perjalanan lebih kurang 1km jer. Ok lah, kalau just nak merasa naek kereta lembu ini, takde la best sangat pasal kereta ni takde absorber, sakit pinggang aku.. hahaha...


(1) Pintu Masuk ke Muzium Orang Asli
(2) Beberapa artifak yang dipamerkan



(1) Adat istiadat perkahwinan Orang Asli
(2) Sedang melihat2 artifak yang dipamerkan



(1) Sedang bergembira di atas kereta lembu
(2) Masalah teknikal berlaku, lembu takmo jalan


Kami kemudiannya balik ke Bandar Melaka untuk makan tengahari. Tak ingat plak aper nama restoran tempat kami makan tu, memang ramai lah orang yang makan kat situ. Masa kami tiba, kene tunggu jugak lah untuk dapatkan meja, itu pon dah pukul 2.30 petang. Makan tengahari kami agak mewah, ikan pari masak asam pedas, ketam masak lemak cili api, ketam goreng, sayur campur dan kupang masak aper ntah. Nyam3 sangat, kenyang tak hengat. Makan mewah maka bayaran nyer pon mewah gak lah, tak igt berapa tapi ade lah dalam RM80. Selepas itu kami balik ke hotel penginapan kawan kami tu yang terletak di kawasan Bandar Hilir untuk berehat sekejap. Hotel Bajet dengan bayaran RM50 semalam. Oklah, lengkap dengan kemudahan asas, bilik ade tv ngan air-con.


(1) Aper lah yang sedang mereka bincangkan?
(2) Kupang masak aper ntah...


(1) Ketam goreng (2) Ikan pari masak asam pedas


(1) Ketam masak lemak cili api (2) Licin semuanya...

Petang itu lebih kurang pukul 5.00 petang, kami keluar ke Umbai untuk makan malam. Disebabkan musim cuti sekolah dan perayaan Hari Krismas, jalan2 sekitar Bandar Melaka amatlah sesaknya. Semua jalan jem mengalahkan jem kat KL. Kami tiba di Perkampungan Ikan Bakar Terapung di Umbai dalam pukul 6.30 petang. Kami telah ke Restoran Nakhoda Seafood. Makan malam kami juga agak mewah, ikan siakap bakar, tom yam seafood, kailan ikan masin, telur dadar, kerang bakar dan sotong goreng tepung. Tapi, bagi aku tak berapa sedap lah masakan kat sini.


Perkampungan Ikan Bakar Terapung Umbai


(1) Ikan siakap bakar (2) Sotong goreng tepung


(1) Kerang bakar (2) Tom Yam seafood

Kami beredar meninggalkan Umbai lebih kurang pukul 8.00 malam dan balik semula ke Bandar Melaka. Niat di hati nak naek River Cruise di malam hari, malangnya hujan yang turun sejak dari pagi makin lebat pula malam tu. Maka River Cruise telah ditutup awal malam itu dan barisan orang yang nak naek malam itu amatlah panjang. Terpaksa ditunda plak hajat kami nak naek River Cruise malam itu. Kami kemudiannya, berjalan kaki ke Dataran Pahlawan untuk membeli belah, tapi hanya sorang jer dari kami yang membeli belah tu, yang laen cume meneman sahaja.


Shopping kat Dataran Pahlawan


Permandangan malam Kota A Famosa dan Menara Taming Sari

Sebelum menamatkan aktiviti kami pada hari itu, kami telah singgah di McD Dataran Pahlawan untuk membeli makanan, lapar pulak bila dah jalan jauh2 tu.


... bersambung

You Might Also Like

10 comments

  1. Salam dekk

    Berpengalaman gak naik kete lembu tu..hehehhe menghiburkan terutama anak2 lah...

    Banyaknya program makan2 heheh

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam kak shami : sy pon first time naek kereta lembu tuh... tu lah, byk tol makan kan... hehehe

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Afeezz

    berpasangan nampakkkkk

    Wassalam

    ReplyDelete
  4. waalaikumsalam atuk : maner ade berpasangan. kan berlima tuh..

    ReplyDelete
  5. SALAM

    nak tahu tak dari kecik cm naik kereta lembuu jalan2 dalam ladang getah,,masa tu lembuu mengangkut kayu getah,,free jerrr,,,

    ReplyDelete
  6. waalaikumsalam CM : hehehe.. skrg ni nak naek kete lembu pon kene bayar.. kat melaka jer ade, kat tmpt laen tak tau lah

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum..

    aiittt..dah pekena ikan bakar pun hentam mc d lagi hehehheheee

    ReplyDelete
  8. waalaikumsalam sahrom : mcD tu consider supper lah.. hahaha. tp sebenarnya, smpi bilik semuanya dah penat dan terus tidor. mcD tu jadi sarapan pagi jer esoknye

    ReplyDelete
  9. Salam

    Tak lama lagi th baru, didoakan moga cepat jodoh singgah!tu dh ada petunjuk!

    ReplyDelete
  10. waalaikumsalam mama ju : maner2... maner petunjuknyer?? tak nampak pon.. hehehe

    ReplyDelete