30 November 2011

434 : Catatan Perjalanan, Medan - Tanah Seberang (Hari Pertama)

Pada 25 hingga 29 November 2011 yang lepas aku telah berpeluang untuk melawat ke negara jiran, Indonesia. Ini merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki ke negara itu dan merupakan negara luar ketiga yang pernah aku lawati selepas Thailand dan United Kingdom. Alhamdulillah, rezeki itu ada, dapat juga melihat negara orang dan rasa terlalu bersyukur menjadi rakyat Malaysia.

25 November 2011

Penerbangan Air Asia ke Medan berlepas tepat pada masanya lebih kurang pukul 5.30 petang. Entah macam mana, aku dan seorang rakan menjadi penumpang terakhir yang menaiki pesawat sehingga pramugari yang bertugas telah mencekak pinggangnya yg ramping itu menunggu kami yang berjalan lenggang kangkung macam itik pulang petang itu. Hehehe... sori ye puan, kami pi makan tadi, lapor la pulak.


Petang di Polonia Internasional Airport, Medan

Penerbangan lancar dan kami telah tiba di Polonia Internasional Airport, Medan lebih kurang pukul 5.30 petang waktu Indonesia. Kami telah dikumpulkan lebih kurang 20 orang dan segera menaiki bus pariwisata yang disediakan. Destinasi kami yang pertama adalah untuk makan malam di Pondok Lesehan (Baselo) Lubuk Idai yang menyediakan menu spesialti ikan bakar dan ayam batokok (ikan bakar dan jus jeruk nya sangat sedap). Perjalanan agak lama yang disebabkan oleh kesesakan jalan raya di Kota Medan. Perkhabarannya, jumlah penduduk Medan adalah lebih ramai dari jumlah penduduk Kuala Lumpur. Tak hairanlah kalau semua jalannya mengalami kesesakan melampau.

Perut yang sedia lapar dihidangkan pula dengan pelbagai jenis lauk pauk yang tidak banyak bezanya dengan lauk pauk kite di Malaysia. Tak kisahlah, janji sedap dan kenyang. Selesai makan malam, kami di bawa ke hotel penginapan kami untuk malam itu, Hotel Madani, Medan betul2 berhadapan dengan Masjid Raya, Medan.


Makan malam di Pondok Lesehan Lubuk Idai


Hotel Madani penginapan kami untuk malam pertama

Lebih kurang pukul 8.30 malam waktu Indonesia, kami 4 orang telah keluar ke kompleks membeli belah, Yuki Simpang Raya yang berhampiran. Sekadar berjalan2 dan membeli sedikit jajan untuk perjalanan kami esok.


... bersambung

10 comments:

  1. salam

    ke medan rupanya ko yerrr...

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam CM : CM pegi gak ke nnt? nak mintak kirim salam kat aweks di pulau samosir.. hehehe

    ReplyDelete
  3. Salam dekk afezz

    saja yor ko tu...lelambat...hehehe

    ReplyDelete
  4. waalaikumsalam kak shami : kelewatan adalah tidak disengajakan. pi makan sat pasal lapar sgt. pastu bile masuk balai berlepas, dah takde org plak.. gate pon dah tutup... hehe... sib baek sempat kejar flight

    ReplyDelete
  5. Salam anakanda

    Lah, sikit sangat ceritanya...

    ReplyDelete
  6. waalaikumsalam mama ju : ni baru cerita hari pertama... tunggu nnt sy cerita hari kedua, ketuga, keempat dan kelima yer.... heheheh

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum afeezz...

    medan indon tue ada rupa kampong medan kita tak?? heheheehehehe

    enjoy your trip..nampak kepuasan bro di pic bro tue..cayalah....

    ReplyDelete
  8. waalaikumsalam sahrom : kalau nak dibanding kg medan ngan kg2 di medan sana, jauh lebih baek kg medan kite dr segala segi... hehehe.. mmg enjoy trip ni, penat tp enjoy

    ReplyDelete
  9. wak pon penah gi indon, tapi ke batam dan bali jugakkk.. eeeE wak dh datang niii nk komen komennnnn.....

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum wak : trima kasih wak kerana sudi mampir di sini. komen jangan ngak komen...

    ReplyDelete