21 November 2011

431 : Kering Sudah Air Mata

Kering sudah air mata menangisi apa yang telah berlaku. Namun engkau lebih tabah menghadapinya dan ia sesungguhnya terlalu berat untuk aku menerimanya. Maafkan aku, sekiranya aku tidak dapat menahan air mata ini dari mengalir keluar. Aku sebak, aku sedih mengenangkan mu dan ape yang akan berlaku padamu.

Aku tahu, jauh di sudut di hatimu, engkau menyimpan seribu kekesalan dan kesedihan. Berdoalah kepada Allah, kerana Dia, Maha Penyayang.

Akan akan sentiasa memanjatkan doa ku untuk mu, untuk kesejahteraan mu, walaupun berat aku berdoa dengan sendu dan air mata. Jika kau dalam kesusahan, panggillah aku, aku sedia menjadi seorang sahabat, aku sedia menjadi seorang abang kepada mu. Bersabarlah sayang, ade hikmah disebalik ketentuan ini. InsyaAllah...


~Salam Sayang~

6 comments:

  1. salam


    lain dan berbeza sungguh penulisan afeez kali ni,,apapun cm doa kan yg terbaikk dan untuk afeez dan sahabat..insyallah,,

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam CM : terima kasih...

    ReplyDelete
  3. Salam dekk

    Apasal pulak ni.....ishhkk2 ceciter...

    Aperpon akak doakan semuanya selesai dengan baik...insyallah disebalik kesusahan itu pasti ada kemudahan

    ReplyDelete
  4. waalaikumsalam kak shami : terima kasih kak. InsyaAllah.. semoga disebalik kesusahan itu ada kesenangannya...

    ReplyDelete
  5. bro..nape bro..

    ade mende yg tak best berlaku ke??

    cara bro menulis lain la..muram je dan tak ceria..

    semoga bro sentiasa ok ya...

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum sahrom : hidup kite ni kan umpama roda, kadang2 di atas, kadang2 di bawah. kadang2 baek kadang2 muram... sekarang ni aku sedang bermuram lah. tp jangan risau, insyaAllah ade jalannya (ala2 maher zain plak)

    ReplyDelete