09 November 2011

427 : Aman Dunia Aku Selepas Memaki Korang

Sejak kene maki kat mukabuku sebelum raya hari tu, terasa aman dunia aku. Tiada lagi suara2 sumbang yang memekak macam monyet di dalam hutan kene sembelit. Tiada lagi suara2 lancang yang tak tau nak senyap macam opis ni macam rumah mak bapak diaorang. Tiada lagi suara2 macam speaker pecah yang mengganggu ketenteraman manusia yang sedang bekerja kat sini.

Mungkin terlalu ramai 'makcik' yang bekerja kat sini kot, pastu sekor2 pendengaran dah expired, tu yang macam mengalahkan nyonya jual kangkong kat pasar borong bile bercakap. At least nyonya tu sedang menjual kangkong, yang korang ni menjual aper plak? Cakap slow2 tak bole ker? Perlu ke menjerit terpekik dan terlolong macam pontianak nak beranak bile bercakap?

Al-kisahnya, jumaat lepas semasa lunch hour, berkumpullah what so we call 'makcik2' ni sambil membuat OT. Yang aku sakit hati nya, ade 10 orang 'makcik', semuanya nak bercakap. Kalau cakap slow2 takpelah, ini semuanya terpekik terlolong macam kene histeria peringkat tertinggi. Aku yang ade dalam opis tu pon, bingit telinga aku mendengarnya. Penat dah aku tegur, tapi kalau dah 'makcik' tu kan, masuk telinga kanan keluar kat lubang idong. Bile aku tegur, menjawab itu dan ini, sepatah kate aku, beribu2 lemon jawabnya.

So sebelum aku pergi jumaat hari tu, aku tinggalkan messege kat FB...
... makcik-makcik ni tak reti-reti nak senyap agaknya... semua orang nak bercakap, pot pet pot pet pot pet pot pet ... rasa macam nak lempang jer sekor-sekor ... memekak jer ... diam lah bodoh !!! ...
dan sekembalinya aku dari jumaat, 'makcik2' tu diam mencuka. Sentap lah tu dengan kata2 benar aku tu. Bile aku tegor elok2, korang perlekehkan aku... sekarang satu dunia sudah tau... puas hati aku...

Hari ni, terasa aman dunia aku, 'makcik2' tu tak tegor aku hari ni. Ade aku kesah???


~Salam Sayang~

7 comments:

  1. SALAM ABG HAFIZ ...

    SABAR BANG SABAR.. HEHE

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam azie : tgh sabar la ni, puas rasa hati....

    ReplyDelete
  3. salam afeez

    namun ada peribahasa kerana pulut santan binasa

    ReplyDelete
  4. Salam dek afezz

    hehehhe kelakar lak baca luahan kemarahan ko nih....

    Benda baik memang kekadang bila ditegur pahit...namun baik untuk selamanya..kan

    ReplyDelete
  5. waalaikumsalam AZ : tu la pasal.. mulut makcik2 tu mmg takde insuran..

    waalaikumsalam kak shami : harap2 baik utk selama2nya lah. tp kalau kat opis sy ni sekejap jer baek nyer. pastu ulang balik bende yg tak elok tuh...

    ReplyDelete
  6. Aslkm anakanda,

    Alamak makcik terasalah.....
    bagus jugak tindakan tu w/pun agak keterlaluan.Esok lusa mcmmana agaknya diaorg...

    ReplyDelete
  7. waalaikumsalam mama ju : esok saya tak masuk opis, ade tugas di luar. tak tau la per cerita nnt. tadi pon dgr2 macam depa mengumpat sy. byk dpt pahala hari ni... terima kasih

    ReplyDelete