423 : Pensel

Entry kali ini juga merupakan entry 'Takde Idea Untuk Menulis'. Jadi aku cuba untuk mengada2kan satu cerita agar blog aku ni tak bersawang dan berhabuk bak kata rakan2 blog yang laen.

Ini merupakan koleksi pensel yang aku ade. Takde niat aper pon nak wat koleksi pada permulaannya, tapi bile dah banyak macam ni, nampak macam cantik plak dan jadi sayang untuk menggunakannya. Jadi aku up kan martabat dia menjadi koleksi.

Ia merupakan koleksi pensel yang aku kutip di hotel2 tempat aku pernah menginap ataupon menghadiri kursus. Rugi jer kalau tak amik, kite dah bayarkan, so amik je lah, takkan dia nak marah kan kan kan. Antaranya adalah seperti Hilton, Pan Pacific Hotels and Resorts, Hyatt Hotels and Resorts, Suria Resorts, Ilham Port Dickson, Glory Beach Resort, Hotel Singgahsana, Mahkota Hotel Melaka, Riviera Bay Resort malah kalau ade hotel yang hanya menyediakan pensel 2B dan HB pon aku kutip jugak. Antara banyak2 tu, yang menjadi kesayangan aku adalah pensel City Of Nottingham yang aku beli di Nottingham semasa percutian aku di sana beberapa tahun lepas. Aku beli pon sebagai souvenir kepada opismate2 aku dengan harga 40p sebatang. Itu jer yang mampu untuk dibuat souvenir, itu pon kalau ditukarkan kepada RM mengikut kadar pertukaran masa itu lebih kurang RM2.40 sebatang. Tp yang penting bukan harga, yang penting keikhlasan. Hahahah....


~Salam Sayang~

You Might Also Like

8 comments

  1. SALAM,
    PENSEL TU KALAU DISUSUN2 MEMANG CANTIK JADINYA ! BERCERITA FASAL PENSEL NI, BETUL KE ADA TULISAN PENSEL YG TAK BOLEH DIPADAM?

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam luahfikiran : ermmm... tak pernah jumpe plak pensel yg tulisannya tak boleh dipadam tuh ... ade ker?

    ReplyDelete
  3. salam


    psssst!!! kalau dah susun syanteek,,kalau ada orang terambikk atau tercurikk perasan tak hilang?,pas tu marah tak kalau org guna tanpa kebenaran?


    tapii menarik arr koleksi ni,,,CM suka kumpul botol syampu hotel..

    lg satu terigat pulak..FILEM PENSIL...

    ReplyDelete
  4. waalaikumsalam CM : ade jer yg berkenan nak amik. Hilang tu mesti ade pasal anak buah selalu jer mintak, cume pakcik dia jer yg tak kasi...

    filem pensil tu filem aper? tak pernah tau pon ade filem pensil

    ReplyDelete
  5. Assalam,

    Hahaha sy punya blog hampir berhabuk2 gak tuh..
    Tak bkesempatan nak godek2..
    Blog walking pun amat jarang kini..
    Pagi nie mcm terpanggil plak nak jengah2 ke blog kekawan skjp..

    Sy pun ada pensil2 cam gitu..
    Sy pun mula tak nak buat koleksi tp bila dah byk2 cengitu ok gak kan kan kan..
    Tp sy simpan bg setiap satu tempat satu je..yg lebihnya sy guna..

    ReplyDelete
  6. waalaikumsalam miss sinomosa : hehee... bukan jer dah berhabuk, dah bersawang pon... student mmg camtu kan... bz study tak dan nak mengemas rumah... (betul ker?)

    nnt nak tayang koleksi2 yang laen plak...

    ReplyDelete
  7. Salam dekk afezz

    Tahniah modal menulis yang kreatif....tak semua orang bole buat cengitu....kan hehehhe

    ReplyDelete
  8. waalaikumsalam kak shami : terima kasih... nnt kan entry2 yg lebih menarik

    ReplyDelete