421 : Mari Menonton - The Thing

Semalam berpeluang untuk menonton filem terbaru di pawagam. Ape2 pon, walaupon ade Astro First (aku takde), ataupon bole di donlod secara haram di internet, menonton wayang di pawagam tetap mempunyai feel yang laen drp menonton di tv. Filem yang aku tonton adalah filem The Thing.

Filem ini mengisahkan bagaimana sekumpulan saintis yang bertugas di sebuah stesen di Antartika telah membuat penemuan terunggul di dunia. Mereka telah menjumpai sebuah kapal angkasa yang telah terhempas dan juga spesimen makhluk asing yang beku di Antartika. Mereka telah membawa spesimen makhluk asing itu pulang untuk menjalankan ujikaji. Walau bagaimanapun, spesimen tersebut telah hidup semula dan mula menyerang kumpulan saintis itu. Makhluk asing tersebut cube mengambil alih tubuh manusia dengan meng'duplicate' sel-sel perumah. Bagaimanakah kumpulan saintis ini dapat menyelamatkan diri dan menghalang makhluk asing itu keluar dari stesen tersebut? Saksikan sendiri di pawagam2 berhampiran anda.

Bagi aku, filem ini berjaya mewujudkan suasana seram dengan aksi2 suspen. Walaupon filem2 macam ni kite bole agak jalan cerita dan endingnya, tapi aku tetap enjoy menyaksikan filem ini di pawagam dan beberapa kali gak lah terkejut. Efek makhluk asing nya pon agak baek dan nampak real, tak tau lah ape aku akan buat kalau tibe2 makhluk macam ni muncul depan aku.. isk.... simpang malaikat 44. Aku bagi filem ini 3.75/5 bintang.


Salah satu babak dalam filem ini

The Thing pernah ditayangkan sekitar awal tahun 80an di mana aku telah menontonnya di tv. Masa tu aku kecik lagi, takut gile sampai takleh tidor malam, termimpi2 makhluk asing datang kejar aku. Yang bestnye, pagi esoknya, ade berita orang mati lemas kat lombong berhampiran rumah aku ni....


~Salam Sayang~

You Might Also Like

6 comments

  1. memang lain nonton fiem kat tv ngan kat panggung kerana sound effeck dia kan?

    ReplyDelete
  2. betul tu AZ... sound effect and visual effect... and ade popcorn sedap

    ReplyDelete
  3. saya belum menontonnya lagi. mungkin xkan tonton kot.. kekeke.. tggu dvd cetak rom aje.. kekeke...

    ReplyDelete
  4. hehehe... ok je tu... bole tgk byk kali kan. bole gak aku pinjam dr ko kan kan kan

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum ...menonton di pawagan tiada tolok bandingnya ..terserlah kepuasan sebaik keluar dr pawagam itu kan

    ReplyDelete
  6. waalaikumsalam sahrom : kalau ceritanya best terserlahlah kepuasan, kalau cite cam hampeh... ??

    ReplyDelete