417 : Boss Panggil Kami DUNGU

Jumaat lepas terkena sebijik kami bile boss tibe2 memanggil kami dengan perkataan "Dungu". Boss ni yang memang kami kenali bermulut jahat dan sebusuk kolam Indah Water Konsortium selalu menggelar orang dengan perkataan buruk seperti Idiot, Bastard, Stupid, Monkey, Dog dan sebagainya. Tak sabar kami nak tunggu dia pencen atau mampus yang mana datang dahulu. Kalau ikutkan umur dia, tahun depan bulan Mac akan berambuslah dia dari sini. Harap2 tidak disambung lagi tugas dia kat sini.

Dah lama tersiksa bekerja dengan dia, depan cakap lain, belakang cakap lain. Memburukkan orang laen memang kegemaran dia. Mengapi2kan staf pon memang bidang dia. Tapi part buat keje, tak tau lah aper yg dia buat. Nampak sibuk macam Perdana Menteri, tapi tak tau aper yg dia buat. Meeting sana2 sini tapi simpan untuk diri sendiri. Yang penting tak diberitahu dia nak wat pekasam dalam bilik dia yang dah macam rumah kongsi. Suka cakap pasal corruption, tapi dia tak sedar, dia tu lagi banyak wat corrupt drp orang lain.

Pagi2 jumaat hari tu dia dah angin ngan sorang staf yang mewakili dia ke satu mesyuarat. Masalahnya, pada hari mesyuarat tu, dia pon sedang bermesyuarat lain, pastu dia tak cakap2 ape2 pon pasal meeting ni. Kami yang tak tahu menahu ni pon terpaksa wat keputusan kerana wakil perlu dihantar. Bile wakil dah dihantar, macam ni plak jadinya. So... lepas ni kalau jadi lagi macam ni, tak payah lah hantar wakil, bagi jer alasan, sy tak terima ape2 arahan dari boss dan saya tak boleh arahkan orang laen mewakili boss. Sekian terima kasih.

Pastu dalam tengahari ade la sorang staf ni wat masalah. Sib baek aku tiada di tempat aku (pegi mengulor) kalau tak sure hebat. Jadi tak payah la nak cite panjang2 pasal ni.

Petang plak si boss ni masuk pejabat dan cerita pasal kupon makanan utk konvokesyen. Kemudian dia blah. Pastu dalam 10 minit dia masuk opis lagi dengan sorang staf laen bising2 pasal kupon makanan tuh dan panggil kami semua dungu. WTF... dia takde cakap ape2 pon pada kami suruh pegi angkat kupon tu ke ape. Dia just bgtau kupon tu dah ade then pastu terus blah, then dia wat cerita lain plak. Memang dasar kap lam ya nga lidah bercabang cakap berbelit.

Memang tak layak betul dia jadi ketua kat sini, tapi nak wat camner, dia the highest ranking officer kat opis aku ni. Layak tak layak, dia jer yg ade. No wonder dia still memangku jawatan ketua, orang atas pon dah tau perangai buruk dia tuh. Sampai pencen lah nampaknya dia akan memangku. Till then boss... adois (podahhh)

You Might Also Like

11 comments

  1. Hantar Boss gi Training "How to be a Good Boss, A Good CEO" ka...

    ReplyDelete
  2. Aslkm anakanda,
    Meluah perasaan ni bagus jugakkan..hilang tension, stress.Tapi doakanlah dia ,moga2 dia berubah.Eh melayukah dia?

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum mamawana : dia dah nak pencen dah, tak payah hantar pi kursus lagi. dah tepu takleh nak ubah lagi dah perangai beliau

    waalaikumsalam mama ju : betul tu, dapat meluahkan aper yg terbuku dalam hati. tak payah nak doakan dia, hanya doakan dia supaya berambus cepat2 jer. dia KAP LAM YA NGA la mama....

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum afeezz..

    patutla orang tutttt kan...memang kjenya nak menganiaya org kita je huhuhuh

    sabar ya, bro...semoga ko cepat naik pangkat amek post dia erk...

    ReplyDelete
  5. waalaikumsalam sahrom : tu lah, kene anjurkan rampasan kuasa agaknya...

    ReplyDelete
  6. Salam dekk afezz

    Bawa bersabar dik, dugaan tu ko ni..itu baru kes dalam ofis jer hehehe..ikut nasihat mamaju tu...insyallah baiklah tu...

    ReplyDelete
  7. waalaikumsalam kak shami : saya nak ikot nasihat kawan saya yang sorang lagi... "kalau dia nak berubah, dah lama dia berubah" ....

    ReplyDelete
  8. wow dungu katanya, leh tahan molot bos kot kan, ala, biasa la, xkemana org yang ada pangkat ni, pas pencen sorang pun xda sapa nk respect dia, jadi la dia pencacai menagih respect dari korang nanti, LOL

    ReplyDelete
  9. hahahah Dunhill Guy : tu lah pasal, tak sabar nak tunggu beliau pencen. harap2 lepas dia pencen aman damai lah opis aku ni

    ReplyDelete
  10. ade byk je aku kenal org macam ni. pastu dia buat kat bangsa dia sendiri lak tu. kat bangsa lain menjilat habis...

    ReplyDelete
  11. hehehe... manusia ni mmg bermacam perangai....

    ReplyDelete