19 September 2011

412 : Catatan Perjalanan - Pulau Langkawi (Hari Pertama)


Terbang Sang Helang bebas ...

Pada 16 - 19 September 2011 yang lepas, aku telah berkesempatan untuk melakukan aktiviti Cuti-Cuti Malaysia ke Langkawi. Aku telah pergi ke sana seramai enam orang. Mengikut perancangan asal, kami merancang untuk melakukan Hari Keluarga di sana, tetapi apabila ada beberapa aral melintang, maka perancangan tersebut terpaksa dibatalkan dan dijadikan acara Cuti-Cuti Malaysia sahaja. Memandangkan beberapa orang staf telah pon booking tiket kapalterbang, maka aktiviti ini akan diteruskan juga.

16 September 2011 (Hari Pertama)

Penerbangan kami adalah pada pukul 12.50 tengahari setelah dijadualkan semula. Pada awalnya, penerbangan kami adalah pada pukul 10.00 pagi. Semuanya berjalan dengan lancar, tiada sebarang masalah sepanjang perjalanan. Kami tiba di Lapangan Terbang Langkawi pada pukul 2.00 petang. Sesampai sahaja kami terus mencari kenderaan untuk disewakan. Tiada masalah untuk mendapatkan kereta sewa di sini, banyak kaunter dan syarikat yang menawarkan khidmat ini dari semurah2 kereta kancil hinggalah ke semahal2 kereta mewah yang mencapai bayaran RM800 sehari. Kami telah menyewa sebuah Nissan Sentra dengan bayaran RM240 untuk dua hari. Katenya, bayaran sewa adalah sama sahaja di semua kaunter, tp tak tau lah, pasal kami pon tak pergi survey. Ape2 pon anda boleh lah membuat perancangan sendiri.

Kemudian, kami meneruskan perjalanan kami ke Pantai Cenang untuk membuat booking program Island Hopping esok pagi. Menurut informasi dari seorang rakan, ade sebuah syarikat yang menawarkan program Island Hopping yang murah dan memuaskan di Pantai Cenang ini dan mereka beroperasi di dalam sebuah lori sahaja. Jenuh jugak lah kami berjalan di sekitar pantai itu untuk mencari lori tu, akhirnya ketemu juga. Memang betullah mereka beroperasi di dalam sebuah lori. Program yang ditawarkan ke tiga buah pulau, Pulau Dayang Bunting dan Tasik Dayang Bunting, Pulau Singa Besar untuk aktiviti Eagles Feeding dan mandi di Pulau Beras Basah dengan bayaran RM25 seorang dan kami dicadangkan untuk mengikuti program tersebut pada waktu pagi. Persetujuan dibuat dan kami akan datang semula ke Pantai Cenang ini esok pagi pada pukul 9.00 pagi. Dengar khabarnya, kebanyakkan program Island Hopping di sini berharga RM25 sekepala, kami pon kurang periksa, anda boleh membuat perancangan anda sendiri jika ingin membuat program Island Hopping ini. Walau bagaimanapun, harga yang ditawarkan di airport berharga RM35.

Selesai urusan tu, kami meneruskan perjalanan kami ke Pekan Kuah. Kami check-in di hotel kediaman kami untuk 2 malam di Region Hotel. Hotel murahan tapi selesa dengan harga RM80 semalam. Kemudian kami keluar semula untuk makan, memandangkan kami belum lagi lunch pada hari itu. Memandangkan Jumaat merupakan hari cuti untuk negeri Kedah, maka kebanyakan kedai tutup dan Pekan Kuah tak meriah langsung hari itu. Kami telah berhenti makan di sebuah restoren ala-Thai memandangkan itu sahaja restoren yang nampak menarik di mata kami.


Region Hotel

Selesai makan, kami berjalan2 sekitar kawasan berhampiran itu untuk windows shopping sahaja, dan membuat perbandingan harga. Nampaknya, harga yang ditawarkan terutama untuk coklat, adalah sama atau lebih kurang sama sahaja. Barang2 laen aku tak tengok plak, pasal takde intention untuk membeli barang laen selain coklat sahaja. Kalau pi Langkawi memang tak sah kalau tak singgah Haji Ismail Group kan, beberapa kali gak lah kami masuk ke Haji Ismail Group ni.. hehehe. Lebih kurang pukul 6.30 petang, kami pulang ke hotel penginapan kami, berehat dan aktiviti akan bersambung pada malam nnt.

Lebih kurang pukul 8.30 malam, kami keluar semula. Dengar khabarnya ada macam uptown, jadi kami pon pergilah ke tempat yang dikatakan. Memang ade, tapi barangan jualannya adalah sama jer, dan kebanyakkanya adalah pakaian. Takde yang menarik pon. Kami pulang ke hotel semua lebih kurang pukul 10.00 malam dan tamatlah program kami hari pertama itu.


Uptown di Pekan Kuah, setiap hari Jumaat


Kedai ni yang paling menarik perhatian


... bersambung

6 comments:

  1. Assalamualaikum Afeezz

    Insyaallah,
    awal bulan depan nak pi langkawi juga
    saya nak cari jejak tapak afeezz ler
    he he

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam atuk : wah.. best tuh. rasanya nak pegi lagi sekali jer. hehehe... jejak tapak saya byk kat tasik dayang bunting sana.. hehhee

    ReplyDelete
  3. aslkm

    Seronoknya menyaksikan kaindahan alm ciptaan tuhan.tak sabar nak tgk dayang bunting..

    ReplyDelete
  4. waalaikumsalam mama ju : nak tgk keindahan dayang bunting kene tunggu entry berikutnya.. hehehe

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum afeezz....

    naik flight best kan...cepat dan tak sesak kat jety kuala perlis....

    murahnya hotel tue..peak season sudah nak dpt rate tue tau huhuhhhh

    ReplyDelete
  6. waalaikumsalam sahrom : betul tuh, naek flight lebih selesa dan cepat, tak de la jenuh menunggu. tp nak dpt tambang murah tu kene booking super awal lah. hotel tu ok2 jer, keperluan asas je ade janji selesa tidor malam....

    ReplyDelete