08 July 2011

388 : Mari Menonton - Transformers: Dark of the Moon

Malam minggu lepas berpeluang untuk menonton filem terbaru di pasaran, Transformers: Dark of the Moon. Kali ini aku menonton di panggung LFS, Mahkota Parade Melaka semasa aku berkunjung ke sana minggu lepas.

Transformers: Dark of The Moon mengisahkan bagaimana saki baki Decepticon yang diketuai oleh Megatron cube untuk menakluki bumi untuk membina semula Cybertron yang telah musnah. Dengan bantuan seorang (ape penjodoh bilangan bagi Transformers, seorang ke sebuah??) Prime yang telah berpaling tadah, Decepticon telah berjaya mendapatkan semua 'pillar' yang ada untuk membawa masuk Decepticon yang lain masuk ke bumi dan juga membawa Cybertron ke bumi. Dalam masa yang sama telah berlaku konflik di antara manusia dan Autobots yang akhirnya Autobots telah diarah untuk meninggalkan bumi.

Apakah yang terjadi selepas Autobots meninggalkan bumi dan dapatkan manusia menentang Decepticon yang cube untuk menakluk bumi? Saksikan di pawagam2 berhampiran anda..

Best... Tak perlulah cakap banyak. 4/5 bintang aku berikan..

2 comments:

  1. Salam dekk afezz..

    canggih tul nama watak2 filem tu...
    jalan citer pun ...bikin akak diam jap...hebat sungguh fantasi pembikin filem ni...
    terima kasih meng up date filem terkini...

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam kak shami : fantasi pembikinan plus effect yang canggih itu yang membuatkan sesebuah filem itu bertambah menarik. kadang2 terfikir gak camner diaorg bole buat macam tuh...

    ReplyDelete