30 July 2011

395 : Cerita Pasal Makanan Sebelum Ramadhan

Bukan nak cerita pasal aper pon, aku ni makan jer pandai, masak fail adenya. Setakat nak masak air ker masak meggi tu boleh lah. Kalau mintak masak sambal udang macam gambar di sebelah ni, pergi beli kat kedai je lah gamak nyer.

Akhir2 ni kan banyak dah kite melihat gelagat manusia dalam industri penyediaan makanan yang melakukan bende2 yang tak senonoh dan memperdajalkan pengguna. Sebelum ni kita dihidangkan dengan gelagat penjual air soya yang katanya telah meludah ke dalam bekas minuman tersebut untuk dijualkan kepada pembeli. Kemudian kite dijamu pula dengan gelagat pekerja2 di sebuah restoran makanan segera (korang tau lah yg mana satu kan) yang telah meletakkan makanan tersebut di tapak kasut sebelum menggorengnya. Walaupon pihak pengurusan restoran tersebut telah menyatakan bahawa ianya hanyalah kes terpencil, tetapi telah memberi impak yang besar kepada kite sebagai pengguna kan. Kemudian, dikatakan berlaku di rangkaian restoran yang sama, pekerja restoran telah memasukkan semula minyak2 yang telah kotor ke dalam preasure cooker untuk menggoreng makanan. Itu antara tiga kes yang dapat kita lihat, terima kasih kepada Facebook. Mungkin kat luar sana banyak lagi kes serupa yang kite tidak tahu.

Aku pon sebenarnya pernah bekerja di rangkaian restoran makanan segera. Tetapi sepanjang aku terjebak dalam tugas2 ni, tidak sekali pon aku melakukan atau melihat kawan2 aku melakukan perkara yang tak senonoh tu. Mungkin tahap moraliti dan akhlak remaja2 zaman aku dulu ngan remaja zaman sekarang jauh berbeda, macam planet pluto ngan bumi (bukan macam langit dan bumi lagi). Kalau setakat kesilapan yang tidak disengajakan macam ayam terjatuh atas lantai, diambil dan digoreng tu pernah lah. Tidak memastikan kebersihan semasa penyediaan makanan sehingga customer terjumpe ulat dalam bulu dalam makanan tu pernah jugak lah.. hahaha... Apa2 pon pengalaman bekerja di sana amat aku hargai. Di mana agaknya kawan2 seangkatan dulu? Restoran tempat aku bekerja dulu pon dah tiada lagi.


~Salam Sayang~

27 July 2011

394 : Burung Marah

Kebelakangan ni glemer betul burung ni. Ramai bebenor yang main game burung ni and kat shopping2 kompleks pon banyak dah patung burung ni dijual. Yang merah, biru, kuning, hijau.. sebut jer nak kaler aper, semuanya ade.

Tapi kenapa perlu angry? Kite sepatutnya kene happy. Burung tu angry pasal asik kene baling jer, kalau kite asik kene baling pon, mesti kite angry kan. Oleh itu, kasihanilah burung itu.

Oleh kerana aku takde ipad atau ipad2, makanya aku tak dapatlah nak membaling burung tuh dan menjadikan ia marah. Walau bagaimanapon, aku berbangga pasal aku ade burung laen. Bukan "burung" yg tu k.... tapi Happy Bird.



Happy Bird
What makes you so happy?



Ni lah dia Happy Bird aku. Tapi muke dia macam tak happy je kan. Happy Bird ni adalah sebuah tabung yang aku beli masa kat Melaka awal bulan ni. Setakat ni tak penuh lagi, cume baru sampai tang kaki burung ni je. Marilah kite tunggu dan lihat, sampai bila burung ni bole penuh. Hahaha


~Salam Sayang~

24 July 2011

393 : Persediaan Untuk Menempuh Ramadhan

Seminggu sahaja lagi kite akan menyambut Ramadhan. Minggu ni macam2 aktiviti diadakan sempena menyambut bulan Ramadhan tahun ni. Bukan aktiviti ape pon, aktiviti makan2 jer. Rosak sudah diet aku.. hahaha.

Semuanya bermula pada hari khamis, 21 Julai. Ade CME kat opis aku. CME kali ni mengenai Cervical Cancer. Agak membosankan kerana topik yang diceramahkan hanya mengenai statistik2 penyakit dan perbandingan ubatan mengenai cervical cancer yang terdapat dalam pasaran Malaysia. Sempat gak lah aku tertidor semasa ceramah tersebut. Hehehe... Macam biasalah, kalau ade CME mesti akan disusuli dengan lunch sumbangan syarikat yang mengadakan CME itu. Lunch kite pada tengahari itu adalah KFC. Terima kasih kepada syarikat penganjur.

Pada Jumaat 22 Julai pula, ade majlis Menyambut Ramadhan yang diadakan oleh kakitangan Islam di opis aku. Lunch yang disediakan agak mewah, ayam masak lemak, ikan kembung masak sambal, pajeri terung (i dun like), sambal belacan dan salad. Tapi dengan tak disangka2, ade pesta durian plak..... nyam3....


Banyak gak durian, puas makan...


Banyak sangat makan durian, tak selesa dibuatnya masa solat Jumaat

Semalam plak, 23 Julai ade majlis sambutan hari lahir anak buah aku yang berumur 5 tahun. Majlis kecil2an tapi meriah, hanya keluarga sahaja yang dijemput. Hidangan yang disediakan juga agak mewah, nasi minyak, ayam madu, salad telur, spegheti tomyam, beef and chicken shepard pie dan dessert. Makan sampai tak bole makan lagi...

Malam plak berkumpul semua keluarga depan tv sambil layan Malaysia lawan Singapura sambil makan pizza....


(1) Birthday Cake tempahan khas
(2) Birthday girl tak sabar2 nak potong kek



(1) Birthday girl dah boring menunggu
(2) Birthday thn ni punya hadiah..



(1) Jom bukak hadiah !!
(2) Anna plak yg excited nak bukak hadiah

Cukup makan minggu ni. Minggu depan tempoh bertenang sebelum datangnya Ramadhan.

p/s : gambar birthday party diambil menggunakan kamera baru... heheheh


~Salam Sayang~

19 July 2011

392 : Akhirnya Aku Memilikimu

Dah lama sangat teringin untuk memilikinya. Sejak2 yang lama telah tidak boleh digunakan lagi. Tiap2 kali ingin memilikimu, tiap2 kali itulah hati berbelah bagi. Bukan takde duit, tapi tak tau lah aper yang menghalang diri untuk memilikinya. Hehehe...

Ahad lepas telah berwindow shopping di Mid Valley. Tujuan utama nak cari jam dinding untuk menggantikan jam dinding umah yang telah rosak. Tapi laen yang dicari, lain pulak yang dibeli. Geram rasa hati. Nak jugak.. nak jugak.

Masuk Best.. belek2, try2 pastu keluar. Masuk plak Sony Center Mid Valley, belek2 lagi, try2 lagi.. belinya tidak, pastu kuar. Hati meronta2. Nak jugak... nak jugak... Pastu masuk plak Sony Center The Garden. Belek2 lagi dan lagi, try2 lagi dan lagi. Tanya2 sket... pastu.... aku terima nikahnya, SWIPE jer.... hahahah...



Ni lah dia.. Sony Cybershot TX 10. Tak lah secanggih dan sehebat Miss Sinomosa punya, takleh lah nak celen Cik Nur Atikah punya, beza macam langit dan bumi kalau nak banding dengan Tuan Puteri Elaira punya. Tapi aku puas... dapat la snap2 gambar bogel pas ni... ehh!! tak elok tuh...


~Salam Sayang~

16 July 2011

391 : Di Suatu Ketika Dahulu - Part II

Semalam semasa dok membelek2 FB, tibe2 terjumpa satu FB milik seorang rakan semasa di aku di ITM dulu. Walaupon kami bukan sekelas malah bukan sekursus, tp aku agak ok gak dengan dia. Duduk berjiran selama dua semester dan aku kenal dia kerana kami mengambil kursus kor yang sama selama tiga semester.

Belek punya belek FB dia, terselit tiga keping foto yang mengandungi gambar aku. Hehehe.. terus fikiran mengimbau kenangan yang lalu. Betapa indahnya zaman2 belajar di ITM dulu. Adus... Rindu aku pada zaman itu....


Gambar diambil di Sungai Batu Pahat, Perlis untuk
aktiviti kursus kor


High tea sumbangan pensyarah kursus kor
(aku tak ingat ape2 pasal high tea ni, tp mmg ade terselit
aku dalam gambar ni)



Gambar semasa Majlis Perasmian Kelab Kebudayaan &
Kesenian ITM Perlis.



~Salam Kerinduan~

12 July 2011

390 : 14 Julai 2008 - 14 Julai 2011

14 Julai 2008 - 14 Julai 2011.

3 tahun sudah berlalu, Aku Menulis Untuk Diri Sendiri masih lagi menulis, masih lagi mencoretkan, kisah2ku untuk diriku sendiri. 3 tahun sudah berlalu, masih lagi aku menceritakan kisahku kepada sesiapa yang sudi membacanya. Kisahku tidaklah sehebat kisah perjuangan Rasulullah, ceritaku tidak seindah kisah cinta Laila Majnun tetapi aku puas, aku ceria, aku gumbira mengabadikan kisah2 ku.

Terima kasih kepada rakan2 blog yang sudi melawat, memberi komen dan menyokong Aku Menulis Untuk Diri Sendiri. Walaupun tidak pernah bersua muka (ade gak yg pernah), tetapi talian persahabatan kite di alam ini tetap kukuh, tetap utuh. Terima kasih setinggi langit kepada rakan2 yang sentiasa meninggalkan jejak, Sahromnasrudin, abg Rozali, Ayah Zain, kak Shami2, Miss Sinomosa, Azie My Life, Mama Ju, Cikgu Mas, Daddy Zuki, Madey. Terima kasih juga kepada pembaca2 senyap yang secara senyap2 membaca kisah2 ku. Mengapa perlu senyap, tunjuk2kanlah diri sekali sekala agar kita dapat menjalinkan persahabatan di alam ini. Yang jauh kite dekatkan, yang dekat kita rapatkan, yang rapat kite mesra2kan. Hehehe...

Salam Sayang buat semua...

10 July 2011

389 : Dalam Kenangan

Hampir 5 bulan kite bersama, akhirnya kau meninggalkan aku. Sedih rasanya, tiba2 sahaja kau tiada lagi bersama ku. Kau tetap dalam kenanganku...











Liliput, nama kepada ikan laga hadiah hari lahir
aku tahun ini pemberian seorang sahabat.



Gambar terakhir...

08 July 2011

388 : Mari Menonton - Transformers: Dark of the Moon

Malam minggu lepas berpeluang untuk menonton filem terbaru di pasaran, Transformers: Dark of the Moon. Kali ini aku menonton di panggung LFS, Mahkota Parade Melaka semasa aku berkunjung ke sana minggu lepas.

Transformers: Dark of The Moon mengisahkan bagaimana saki baki Decepticon yang diketuai oleh Megatron cube untuk menakluki bumi untuk membina semula Cybertron yang telah musnah. Dengan bantuan seorang (ape penjodoh bilangan bagi Transformers, seorang ke sebuah??) Prime yang telah berpaling tadah, Decepticon telah berjaya mendapatkan semua 'pillar' yang ada untuk membawa masuk Decepticon yang lain masuk ke bumi dan juga membawa Cybertron ke bumi. Dalam masa yang sama telah berlaku konflik di antara manusia dan Autobots yang akhirnya Autobots telah diarah untuk meninggalkan bumi.

Apakah yang terjadi selepas Autobots meninggalkan bumi dan dapatkan manusia menentang Decepticon yang cube untuk menakluk bumi? Saksikan di pawagam2 berhampiran anda..

Best... Tak perlulah cakap banyak. 4/5 bintang aku berikan..

05 July 2011

387 : Catatan Perjalanan - Melaka Bandaraya Bersejarah (Hari Kedua)

3 Julai 2011

Hari kedua kami di Bandaraya Melaya, tiada aktiviti yang dirancang. Kami telah turun bersarapan di Mahkota Cafe, bufet style, makan seberapa banyak yang anda mampu. Macam2 jenis sarapan yang dihidangkan dari sarapan ala tempatan hingga lah ke western style. Tetapi kurang menariklah sarapan yang disediakan. Walau bagaimanapun aku mampu membelasah sehingga tiga pinggan sarapan.. hahaha..

Selepas memenuhkan perut dengan sarapan yang dihidangkan, kami lepak di tepi kolam sambil memerhatikan orang mandi manda. Tetapi tak dapat menjamu mata pon, sebab semuanya kurang menjamukan.. hahaha...

Kami kemudiannya naik semula ke bilik kami di tingkat 10, Blok Lotus. Berehat sebentar kemudian kami decided untuk check-out awal dan meronda2 sekitar bandaraya sebelum balik. Tujuan utama nak pekene cendol Jam Besar dekat bangunan Stedhuys.


Cendol Jam Besar, Melaka

Kami check-out dalam pukul 11.00 pagi dan terus menuju ke kawasan pakir kenderaan di hadapan Menara Taming Sari. Pakir kat sini senang sket kerana berhampiran dengan kebanyakkan tourist attractions kat bandar Melaka ni. Bayaran pakir kenderaan kat Melaka ni laen sket, Kite kene dapatkan Kad Pakir (ala2 kad gores dan menang) samada kat pondok pakir atau pon di kedai2 serbaneka macam 7 eleven. Kalau kat pondok pakir, harga kad pakir adalah sebanyak RM6 untuk 10 kad pakir bertempoh 1 jam setiap satu atau RM5 untuk tempoh 1 hari dan boleh digunakan seantero Melaka.

Kemudian kami singgah dahulu di Mahkota Walk berhadapan kawasan pakir itu. Mahkota Walk merupakan bazar yang menjual produk2 tempatan seperti cenderahati, t-shirt dan barang2 makanan. Tak tau lah kalau harga di sini lebih murah atau tidak. Terdapat sebuah lagi bazar yang menjual produk tempatan yang aku tahu iaitu di hadapan Muzium Samudera. Kat sana lebih luas dan lebih banyak kedai2 yang menjual barangan2 mereka. Anda bolehlah menbuat perbandingan harga sendiri. Di Mahkota Walk aku hanya membeli satu fridge magnet untuk dijadikan cenderahati.

Kemudian kami menapak ke kedai Cendol Jam Besar berhampiran bangunan Stedhuys. Ramai plak customer diaorang tengahari itu, makanya terpaksalah kami menunggu sehingga ade meja yang kosong. Alhamdulillah, tak perlu menunggu lama. Dapat juga kami menikmati cendol yang sedap tatkala hari sedang terik. Nikmat sungguh rasanya. Nyam3...


Sedang menikmati cendol.. nyam3

Selepas menikmati cendol yang sedap itu, kami berjalan2 sekitar kedai2 menjual cenderahati di kawasan Stedhuys itu, sekadar melihat2 sahaja tiada yang berkenan di hati. Kami meninggalkan Bandar Melaka lebih kurang pukul 1.00 petang....


~Salam Sayang~

04 July 2011

386 : Catatan Perjalanan - Melaka Bandaraya Bersejarah

Pada 2 - 3 Julai 2011 yang lepas aku telah berada di Melaka Bandaraya Bersejarah. Pergi sekadar menyertai Hari Keluarga pejabat aku yang kali terakhirnya akan diadakan. Pas ni dah takde lagi Hari Keluarga, kerja lah kiteorg sampai pencen, itu pon kalau sempat untuk pencen.. huhuhu...

2 Julai 2011

Pukul 8.30 pagi aku keluar dari rumah menuju ke rumah seorang kawan aku di Cheras sebelum kami menuju ke R n R Seremban, tempat kami berkumpul dan konvoi beramai2 ke Melaka. Mengikut jadual, pukul 11.00 kami akan bertolak, tapi macam biasa la kan... 11.30 baru semuanya bergerak. 7 buah kereta semuanya.

Destinasi pertama kami adalah ke rumah seorang teman sepejabat di Linggi, Negeri Sembilan. Kebetulan, keluarganya membuat kenduri doa selamat dan menyambut Ramadhan, dijemput kami semua untuk memeriahkan majlis. Setibanya kami, doa sedang dibacakan. Jamuan makan diadakan sejurus selepas itu. Tuan rumah telah menjamu kami dengan daging salai masak lemak cili api, ayam masak kicap, sayur goreng ala jawa, masak lemak pucuk paku dengan tempoyak, ulam2an, buah2an dan kuih-muih melayu. Nyam3.. makan sampai kenyang. Terima kasih kepada tuan rumah.

Perjalanan kami diteruskan selepas itu dan aku tiba di hotel tempat kami menginap, Mahkota Hotel lebih kurang pukul 2.00 petang. Aku tiba lewat sedikit daripada konvoi kerana telah berhenti sekejap di Stesyen Minyak Shell untuk membuang air dan tersalah hotel plak selepas tuh. Nak ke Mahkota Hotel tapi terpergi ke Mahkota Hotel & Apartment plak. Patut le aku tak nampak sorang pon kawan2 pejabat aku kat situ. Ermm... macam mana plak bole sama nama hotel tuh. Bikin konfius jer.


Permandangan Mahkota Hotel dari The Jetty

Selepas check-in di hotel yang betul, aku dimaklumkan bahawa bilik yang sepatutnya kami menginap masih belum dibersihkan. Jadinya, kami diberi complementary drink sambil menunggu bilik kami siap. Memandangkan takde ape2 program yang dirancang pada malam hari, maka kami bercadang untuk menonton wayang sahaja. Selepas minum, kami memanjangkan langkah ke Mahkota Parade untuk membeli tiket. Nasib kami baek, kami berjaya mendapatkan tiket untuk tayangan pada pukul 9.30 malam nanti. Selepas kami mendapatkan tiket, kami makan lagi dan berjalan2 sekitar Mahkota Parade itu.

Kami pulang ke bilik penginapan kami lebih kurang pukul 4.00 petang dan berehat sahaja menghilangkan penat. Petang itu, kami sekadar berjalan2 sekitar kawasan hotel hingga ke The Jetty yang menghala ke tengah Selat Melaka sambil menyaksikan permandangan matahari terbenam petang itu.


Permandangan di dalam kawasan Mahkota Hotel


Permandangan matahari terbenam dari The Jetty

Pada pukul 8.30 malam, kami turun semula untuk menonton wayang filem Transformer 3: Dark of the Moon (nanti aku wat preview aku utk filem ni ek)


~Salam Sayang~