13 June 2011

379 : Catatan Perjalanan - Gunung Nuang

Minggu lepas ada seorang rakan mengajak aku ke Gunung Nuang. Macam pernah ku dengar nama gunung ini, tapi di mana ya?? Gunung Nuang terletak di daerah Hulu Langat Negeri Selangor Darul Ehsan dan merupakan puncak tertinggi di Selangor pada ketinggian 1498m. Aku bersetuju dengan pelawaan rakan aku tu. Perancangan, kami akan naik pada hari sabtu dan turun semula pasa keesokan harinya. Kami akan bermalam di sana untuk satu malam. Ini merupakan pengalaman baru bagi aku. Tak pernah rasanya aku ke gunung2 ni aper tah lagi mendakinya. Setakat hiking2 dalam hutan tu pernah ler.

11 Jun 2011

Lebih kurang pukul 10 pagi, seorang lagi rakan aku sampai. Sebelum bertolak ke Hulu Langat ke rumah seorang lagi rakan, kami singgah di Carrefour Bandar Tun Hussein Onn untuk membeli sedikit bekalan untuk trip kami. Tak banyak yang di beli cume membeli roti, sardin, sosej, bekalan air minuman dan gas memasak. Kami tibe di Hulu Langat menjelang tengahari. Kami berehat sebentar dan melakukan sedikit persiapan laen seperti alatan memasak, parang, lilin dan pinggan mangkuk. Kami dijamu makan tengahari oleh tuan rumah. Memerlukan tenaga yang banyak sebelum memulakan perjalanan kami.

Kami tiba di pintu masuk ke Hutan Lipur Gunung Nuang lebih kurang pukul 4 petang. Perjalanan pada mulanya agak mudah melalui denai hutan. Kalau bawak moto atau menggunakan 4 wheel drive pon boleh untuk melalui denai ni. Perjalanan mendaki sangat menyukarkan aku dan ternyata aku pancit di sepanjang perjalanan. Semput dan penat tak terkata bila terpaksa melalui jalan2 yang mendaki. Maner tak pancitnye, tak wat ape2 persediaan pon untuk meningkatkan stamina sebelum trip ni. Terus2 nak naek jer... hahaha... Kami berhenti beberapa kali di tempat2 rehat yang disediakan sebelum meneruskan perjalanan.

Fasa kedua perjalanan kami lebih mencabar. Kali ni laluan semakin kecil dan dikelilingi hutan tebal. Keadaan pula sudah hampir gelap. Bagi aku yang dah takde stamina ni, mengucap aku sepanjang perjalanan, tak larat rasanya nak menghayun kaki melangkah batu2 dan akar2 kayu sepanjang perjalanan mendaki itu. Aku rasa macam tak cukup udara untuk bernafas dah. Rasa nak pengsan pon ade. Nak saja rasanya aku baring di tengah2 hutan itu. Tapi perjalanan terpaksa diteruskan, penat ke tidak, semput macam manapun, perlu sampai di destinasi. Alhamdulillah, dalam keadaan yang penat teramat sangat, aku sampai juga ditempat yang dituju di Kem Lolo setelah lebih 3 jam berjalan. Terima kasih kepada rakan2 yang memberi support kepada aku dalam keadaan aku yang telah berputus asa untuk ke tempat yang dituju.

Bersambung ....

15 comments:

  1. saya kehilangan idea utk menulis blog.! help me!

    ReplyDelete
  2. hehehe... bukan ko banyak aktiviti ke? takkan takde idea nak menulis. kalau dah malas sgt, ko letak jer gambar or clip yg ko suke...

    ReplyDelete
  3. salam afez

    last az mendaki gunung ialah Puncak Ledang kira-kira 25 tahun yang lalu.

    ReplyDelete
  4. waalaikumsalam AZ : masa tu AZ muda lagi kan. yg saya pi tu pon bukan nya sampai puncak.. tapi dah tak larat dah... adosss... tobat takmo naek lagi

    ReplyDelete
  5. wah wah..mendaki gunung nampak..

    haha..pancit ke abe? biasalah tu kalau panjat gunung pon pancit..hahaha..

    kali terakhir saya naik gunung pada 18.june yang lepas..tapi akan naik balik pada bulan 7 ni...

    jom..lepak waterfall gunung stong...aku ade trip bawak group UPM..

    ReplyDelete
  6. Hahaha Madey : aku rasa macam nak bertobat jer dr naek gunung lagi... kene kasi stamina kuat dulu baru aku nak naek mane2 gunung. dalam masa terdekat ni, aku insaf seketika...

    ReplyDelete
  7. ala..trip aku santai2 je..

    lepak waterfalls gunung stong..perjalanan hanya 45minit dari kaki..tu kalau jenis tak stop2 amik2 gambar...

    Kalau byk stop amik gambar la apa..makan 2 jam..siap bermain2.

    bg aku tak penat sgt kot...
    Trek leisure " boleh berlari + baring" bukan cam gunung rabong..

    ramai awek2s lagi..jom le

    ReplyDelete
  8. madey : hahaha... takpe lah, wat masa ni aku insf sat utk naek gunung ni. tunggu lah bile aku dah fit sket nnt yek....

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum afeezz...mula2 kita daki yg rendah dulu kan...nnti dah expert baru leh daki yang tinggi cikit..aku support hang, afeezz...

    ReplyDelete
  10. waalaikumsalam sahrom : aku ni yang rendah pon tak, terus nak naek yang tinggi, tu yang pancit sepanjang perjalanan. klu dah expert nnt aku nak follow madey pi panjat tahan plak. jom follow sekali sahrom

    ReplyDelete
  11. apiz : tinggi rendah bukan masalah..yang penting..keazaman. Mental dan fizikal kena kawal..

    kalau nak mendaki gunung tahan..cari yang leisure2 dulu. yang mudah2 cam gunung stong, gunung nuang, gunung ledang, gunung berembun tu mmg sesuai tuk latihan mendaki tuk pergi lebih jauh dalam bidang ini

    Mendaki gunung ni lebih kepada kekuatan individu. dimana kita diajar utk berdikari, mengawal diri kita,

    kalau nak naik tahan boleh..tidak la sesukar mana..cuma jarak dari 1 tmpt ke 1 tmpt tu terlalu jauh..dan perjalanan mmg memakan selama 1 minggu..tertakluk kepada naik mana..turun mana..

    nak lebih susah..meh naik gunung rabong..tu mmg ramai yang taubat takmo naik gunung dah..

    orang kata aku otai..tapi otai2 pon..aku ade gak pancit..haha

    ReplyDelete
  12. apiz : tinggi rendah bukan masalah..yang penting..keazaman. Mental dan fizikal kena kawal..

    kalau nak mendaki gunung tahan..cari yang leisure2 dulu. yang mudah2 cam gunung stong, gunung nuang, gunung ledang, gunung berembun tu mmg sesuai tuk latihan mendaki tuk pergi lebih jauh dalam bidang ini

    Mendaki gunung ni lebih kepada kekuatan individu. dimana kita diajar utk berdikari, mengawal diri kita,

    kalau nak naik tahan boleh..tidak la sesukar mana..cuma jarak dari 1 tmpt ke 1 tmpt tu terlalu jauh..dan perjalanan mmg memakan selama 1 minggu..tertakluk kepada naik mana..turun mana..

    nak lebih susah..meh naik gunung rabong..tu mmg ramai yang taubat takmo naik gunung dah..

    orang kata aku otai..tapi otai2 pon..aku ade gak pancit..haha

    ReplyDelete
  13. abe madey : bg aku yg first timer ni mmg la sukar dan tinggi rendah tu mmg le masalah. memang mencabar kesabaran aku masa ke nuang ari tuh. InsyaAllah, kene preparekan diri dulu sebelum nak naik nuang smpi ke puncak... ape2 thanks for the advice. otai ko tu sebab pengalaman...

    ReplyDelete
  14. wahhh hebat teruja kanda nk baca sambungannya lg,,,,nk tengok gambar muka org pancit,,,,naik gunung kn jogging hari2 sekurang2nya seminngu dik,,takpun turun naik bukit broga 3 hari...terjahhh jerr mmmg pancit loor..

    ReplyDelete
  15. hai CM : dah ada dah entry sambungannya. gambar orang pancit nnt sy wat entry laen. tu lah kak, takde wat ape2 lagi terus nak naek gunung.. pastu terima lah akibatnya...

    ReplyDelete