09 June 2011

378 : Don't Forget Tau To Empty Your Recycle Bin

Haha... kantoi sudah. Tu lah, lain kali sila pastikan Recycle Bin pada komputer atau pon laptop anda di'empty'kan setiap kali anda men'delete' sesuatu dari komputer atau laptop anda. Bukannya aper, kalau kite delete sesuatu dari komputer kite tu, dia bukannya hilang terus dari komputer, tetapi hanya dipindahkan ke dalam Recycle Bin. Dan kalau ade orang yang suke menggobek komputer macam aku ni, pasti aku akan dapat tau aper yang telah anda deletekan kan tu. Hahaha.. kantoi lah sudah kalau bende yang anda deletekan tu sesuatu yang personal.

Jangan risau dan khuatir, senang jer nak meng'empty'kan Recycle Bin anda tuh. Kepada yang tak tahu, 'Right Click' pada ikon Recycle Bin di desktop anda, dan klik 'Empty Recycle Bin'. Dengan serta merta, Recycle Bin anda telah dikosongkan macam Alam Flora mengambil sampah2 dari rumah anda. Ape yang anda deletekan tadi, mungkin boleh di'restore' semula, tetapi ia memerlukan kepakaran. Jangan risau, ilmu aku tak cukup tinggi utk wat bende tuh.

Motif aku mengajak kalian semua meng'empty'kan Recycle Bin anda adalah kerana, baru sat2 tadi aku telah terjumpe ade le dalam 8-9 files video clips lucah lagi porno di dalam Recycle Bin salah sebuah komputer di pejabat aku. Kantoi sudah, tapi tak tau le saper yang melayan clips2 lucah dan porno itu. Bijak dia men'delete' file tuh selepas tengok, tapi kurang bijak pasal dia tak tahu or tak ingat nak meng'empty'kan Recycle Bin tuh. Oleh yang demikian, sempat gak lah aku melayan seround dua sebelum meng'empty'kan Recycle Bin komputer itu. Hahaha.... Opsss...

Oh ya.... jangan pula anda bersenang lenang selepas meng'empty'kan Recycle Bin anda tuh, terutamanya jika anda melayan bende2 yang lucah lagi porno atau yang tak sepatutnya. Kerana, apa yang anda tengok tu, mungkin akan meninggalkan kesan2 di Recent Items (ni dalam Vista, dalam OS laen tak pasti lah... tapi lebih kurang sama jer kot). Kepada yang tak tahu kat maner nak tengok Recent Items, klik Start button then Recent Items... maka tersenarailah lebih kurang 15 file yang anda tengok sebelum ni. Ini termasuklah file2 gambar, movie, clips dan dokumen2 laen. Mane lah tau kan, tibe2 diantara 15 file tu terselit plak file bernama "awek-cun-main-dalam-semak.3gp" atau "video_seks_anwar_ibrahim.mov", tak ke kantoi.... hahaha....

Macam mana nak delete Recent Items plak? Cara paling senang, klik 'Start Button' then 'Recent Items'. Drag mouse ke file yang anda nak deletekan, 'right click' kat situ then 'delete'. Dan ia akan hilang dari senarai. Tetapi ia hanya delete kat situ jer bukan terus file tu dari storan, ini bermaksud file itu masih ada dalam komputer anda. Kalau kantoi gak... tanggunglah sendiri ye...

Kalau anda sayang untuk men'delete'kan file tu atas sebab2 tertentu tapi tak mahu orang tahu akan kewujudan file tuh, anda boleh sembunyikan sahaja file tu dari tatapan umum. Makanya, orang tak tahu akan kewujudan file tuh, kecuali kepada mereka2 yang expert dalam bidang IT dan komputer sains ni. Nanti kalau senang2 aku ajar camner nak menyembunyikan file plak ye. Aku ni bukan pandai pon, tapi... bole lah.... hehehe


~Salam Sayang~

9 comments:

  1. salam en afeez


    lupa lak dia nk bgtau...delete camner pun tuhan nampak kan? Allah maha Melihat...mata jd kuning hati jd kotor nafsu tak menentu...so renung2kan lah selamat beramal

    sekian dr ustajah mas,,,

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum AZ : hehehe... nnt cikgu ajar yg laen plak yer...

    waalaikumsalam ustazah mas : betul, setuju sesangat. kantoi ngan manusia tanggung lah akibat nyer, kantoi ngan Allah tanggong lah dosanya

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum cik sinomosa : saya pon setuju bebenor ngan ustazah CM....

    ReplyDelete
  4. kena install program CCleaner..abis semua dia buang..so easy to use..

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum daddy : betul tu, CCleaner pon ok gak, semua dia akan clean dengan satu click jer...

    ReplyDelete
  6. Salam dekk afezz

    Hehehhe....selamat membersihkan semua menda2 tak manafaat tu dekk hihiihi

    ReplyDelete
  7. waalaikumsalam kak shami : hehehe... saya nyer komputer bersih, suci lagi murni gitu...

    ReplyDelete