376 : Mari Menonton - X-Men First Class

Sekali lagi, semalam aku berpeluang menonton wayang. Kali ini aku telah pergi menonton X-Men First Class. Aku memang minat bebenor dengan cerita X-Men ni, bermula dengan siri X-Men kartun sehingga lah ke filem2 X-Men. Pernah suatu ketika dahulu semasa masih menuntut di salah sebuah institusi pengajian tinggi awam di utara tanah air, kami pernah di halau balik oleh pengetua kolej tatkala sedang leka menonton kartun X-Men semasa azan maghrib berkumandang. Dah le tak dapat nak tengok kat kolej sendiri (pasal pengetua ambil tv kami), pergi tengok kat kolej sebelah, kene halau plak.. huhu. Malang sungguh.

Ketika dua kuasa besar dunia sedang berbalah menunjukkan kekuatan pertahanan masing2, ada sekumpulan mutan yang mengambil kesempatan ini untuk menakluki dunia dengan menjadi talam dua muka kepada kedua2 belah pihak. Tetapi seorang professor, Professor Charles X. Xavier dan rakannya, Eric Lenshers telah berusaha bersama2 CIA untuk mengekang tindakan kumpulan mutan itu. Beliau telah melatih beberapa orang mutan dan menubuhkan sebuah kumpulan untuk mematahkan niat kumpulan mutan yang bakal mencetuskan perang nuklear di dunia. Bagaimanakah Charles X. Xavier menumpaskan kumpulan mutan itu dan apakah yang berlaku selepas itu. Saksikan sendiri di pawagam2 berhampiran anda... huhu...

Bagi aku, babak2 awal filem ini agak hambar dan slow. Hanya memamparkan latar belakang mutan2 yang menjadi tulang belakang kepada filem X-Men ini seperti Prof. X dan Magneto. Filem ini menjadi lebih menarik setelah mutan2 ini menunjukkan kuasa masing2 sehingga lah ke akhir filem ini. Ramai pulak watak2 yang aku tak pernah tengok sebelum ini. 4/5 bintang untuk filem ini.


Mystique - aku suke karekter ni...


~Salam Sayang~

You Might Also Like

6 comments

  1. assalamualaikum,
    kzue tak bolehlah layan citer2 mcm ni...mmg tak masuk otak.
    ni test org muda..

    salam ukhwah dari kzue

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam kak zue : hehehe macam tu ker, layan je kak tuk hiburan jer...

    ReplyDelete
  3. hahahaha yang tengok tv masa solat mengapa. saja cari nahas. tp ek tak kan mahasiswa kena halau macam pelajar......

    p/s semalam anak-anak az g tengok cite ni dengn mak dia kat alamanda. mika kata best

    ReplyDelete
  4. salam AZ : hahaha... nak wat camner, dah katun tu tayangan dia masa maghrib.. tu yg kene halau...

    AZ tak ikot tgk ker?

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum afeezz..aku tunggu hang review transformers...dgr kata hujung bulan nie akan kuar kan? heheheheee

    ReplyDelete
  6. waalaikumsalam sahrom : insyaAllah, kalau aku tonton aku akan wat preview. transformers ni febret aku gak, dr siri kartun sampai lah ke filem...

    ReplyDelete