02 June 2011

375 : Mari Menonton - KaraK

Semalam aku berpeluang untuk menonton filem KaraK di pawagam. Tak tahu lah ape yang ade semalam, semua filem yang waktu tayangannya pukul 9.00 malam dan ke atas di Alamanda sold out. Sampai filem yg aku tak pernah dengar pon sold out juga. Apasal ramai sgt org kat Alamanda semalam? Isk.. tak paham aku. Oleh kerana itu, kami bergegas ke The Mines dengan harapan untuk mendapat tiket. The Mines pon ramai orang smpi jem untuk masuk ke pakir. Ape yg diaorg wat ni? Tak reti2 nak dok umah ke malam2 ni? Tapi berkat kesobaran, kami berjaya mendapatkan tiket untuk tayangan pukul 10.00 malam.

KaraK mengisahkan bagaimana 4 orang pelajar yg dalam perjalanan pulang ke Kuantan telah melalui jalan di Pekan Karak. Kesemua mereka yang tidak mempercayai kewujudan hantu telah diganggu dalam perjalanan mereka sehingga mereka terlibat dalam kemalangan. Dalam kebingungan dan kecederaan, mereka telah diberi pertolongan dan bermalam di rumah Pak Malam di tengah2 hutan itu. Sepanjang malam mereka tidak henti2 diganggu sehingga ada diantara mereka yang terbunuh. Bagaimana pengakhiran filem ini? Silalah menonton di pawagam2 berhampiran anda. Sokonglah industri perfileman tempatan.

Bagi aku filem seram ini takde lah seseram mane pon. Same jer macam filem2 seram yang lain, banyak menjerit2 ngan menangis tak tentu pasal. Asik2 jerit, asik2 nangis tapi hantunya tak nampak pon, setakat keluar2 tangan jer. Dan hantunya pon macam Hantu Kak Limah Balik Rumah jer. Disamping unsur2 seram, filem ini juga mempunyai unsur2 komedi dan juga unsur2 kentut tak mengira tempat (sampai aku pon terkentut dalam panggung semalam... opss). Dalam filem ini, babak2 awal filem ini adalah paling menakutkan... ape2 pon terserahlah kepada penilaian anda.

2.5/5 bintang untuk filem ini.



Babak2 awal yang paling menakutkan....


~Salam Sayang~

8 comments:

  1. nak gak tengok.. tapi lum ada masa lagi nie..

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum afeezz..

    aku dh lama tak lalu karak hiway tue...
    p/s: komen takde kena mengena dgn entri kan hehehehhee

    ReplyDelete
  3. hai benedict : pergi la tgk... support industri filem tempatan...

    waalaikumsalam sahrom : hehehe... aku pon dah lama tak lalu....

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Afeezz

    tak nak tenguk laaaa
    sebab tak nak kentuttt depan orang...he he

    Wassalam

    ReplyDelete
  5. waalaikumsalam abg rozali : tu lah, kene berhati2 klu nak tgk filem ni kat panggung. kalau tgk kat umah sendiri, takpe lah.. kan kan kan...

    ReplyDelete
  6. Aslkm anakanda
    Hehe Afeez pun pandai takut ke?

    ReplyDelete
  7. skrg citer hantu tak seram mana pun..lagi kelakar ada la...keseraman yg x menjadi...

    ReplyDelete
  8. waalaikumsalam mama ju : takut ler. hantu dalam babak awal cite tu agak menyeramkan.. yg laen2 macam katun jer... heheheh

    hai daddy juk : tu lah pasal... dah jadi cite lawak seram plak.. hantu plak macam katun

    ReplyDelete