23 May 2011

372 : Mari Menonton - Pirates Of The Caribbean

Semalam aku berpeluang sekali lagi untuk menonton wayang. Kali ini aku telah menonton filem Pirates Of The Caribbean, On Stranger Tides. Sememangnya aku suka filem2 Pirates Of The Caribbean dari siri yang pertama hingga ke siri yang terkini. Bagi aku filem2 ini menggabungkan elemen2 aksi, komedi, percintaan dan sebagainya disamping menggunakan efek2 audio dan visual yang sangat menarik.

On Stranger Tides mengisahkan bagaimana Kapten Jack Sparrow telah menyertai perlumbaan mencari The Fountain of Youth yang dikatakan boleh memberikan kehidupan yang abadi kepada peminum air dari telaga tersebut. Dalam filem ini, Jack Sparrow telah berkhidmat di bawah Kapten Blackbeard dan first Officernya Angelica di atas kapal Queen Anne Revenge. Perlumbaan mencari The Fountain of Youth ini juga telah disertai oleh armada DiRaja England yang diketuai oleh Kapten Barbossa dan juga armada DiRaja Sepanyol.

Siapakah yang berjaya mencari The Fountain of Youth itu? Saksikan filem ini di pawagam2 berhampiran anda.

Aku beri filem ini 4/5 bintang. Ada seorang sahabat di FB telah memberikan filem ni 3.5/5 bintang. Kepada peminat2 Will Turner dan Miss Elizabeth Swan, harap maaf, mereka tiada dalam filem ini. Begitu juga Jack The Monkey.


~Salam Sayang~

8 comments:

  1. assalamualaikum afeezz...aku tak tau nak bagi berapa bintang coz belum tonton lagi...

    apepun, tenkiu atas review nie..aku dah dpt gambaran jalan citernya..mmg superb kan

    ReplyDelete
  2. salam afeez
    az pun suka citer2macamni tp tak berkesempatan nak menonton lagi

    ReplyDelete
  3. waalaikumsalam sahrom : bagi aku mmg superb, yg tak superb nyer, mase tgh best2 menonton, sakit perut nak melabor plak, kacau sungguh....

    waalaikumsalam AZ : sempat2 kan lah diri tu utk pi menonton... hehehe

    ReplyDelete
  4. kena cari VCD citer ni di psr mlm la...di kelate mana ada cineplex...huhuhuhu

    ReplyDelete
  5. hai daddy : hahaha... ye ke kat klate takde cineplex?? kesiannye orang klate. takpe2 mai le KL...

    ReplyDelete
  6. dulu2 aku xsuka citer ni.pasal nmpak org mcm xmandi,cam geli2,karat2 dlm kapal tu.setat dari yg ada janggut sotong tu,terus aku geli nk mkn sotong.dah lama2 aku folo jugak.laa..best rupanya.smpai skang,aku mmg tunggu dia kuar yg baru.

    aku tanak kasi bintang,nk kasi bulan,boley?kih3x!

    ReplyDelete
  7. hai dunhill guy : 2/5 bintang jer.. alahai... kasi up la sikit..

    hai anis : aku follow dari siri yg pertama lagi. mmg berkesan sungguh mekap dia, nampak mmg macam busuk tahap dewa punya. sib baek miss swann tu cun... hahaha. nak bagi bulan?? bole2... bg planet2 pon bole... i likee

    ReplyDelete