17 May 2011

369 : Deko Bersama Apiz

Mari kite berdeko bersama apis. Aku saja nak tunjukkan kehebatan aku dalam bidang dekorasi ni. Ingat Eric Leong jer ke pandai, aku pon bole tau.. hahahaa. Jika anda ada ruang dinding yang kosong dan membosankan seperti di bawah ni, ape yang boleh anda lakukan untuk memberi sedikit kelainan kepada dinding yang kosong dan membosankan itu?


Dinding yang kosong dan membosankan

Errmmm.... senang jer. Tak payah menyusahkan diri berfikir itu dan ini. Tak perlu mengupah designer untuk mendapatkan design yang cantik dan istimewa. Ape yang anda bole buat, beli sekeping gambar yang anda suka dan letakkan sahaja di dinding tersebut.. Nah... kan dah cantik dan tidak lagi membosankan dinding tersebut kan. Tak perlu letak banyak gambar, itu sudah menyemakkan mata memandang, cukuplah sekadar satu atau dua gambar yang anda suka.


Sekeping gambar mengubah segala2nya... hehehe...

Ni gambar yang aku letakkan di salah satu dinding di dalam bilik aku. Dah lama aku perhatikan dinding tu, kosong dan agak membosankan, dah le cat putih.. cukup membosankan. Jadi aku pon membeli sebuah frame gambar dari Ikea (seperti biasa), cari gambar yang aku suke menggunakan google.com dan printkan. Maka aku pon mendapat satu gambar yang aku suke terletak di dinding itu, dan dinding itu seperti sebuah dinding yang baru. Tidak lagi kosong, bak kate Eric Leong, telah terdapat satu focus point pada dinding itu. Satu kelebihan menggunakan teknik membeli frame kosong ni adalah, kite sentiasa boleh menukar gambarnya ke satu gambar yang baru mengikut kehendak kite. Cari jer gambar yang kite suke kat google.com sudah.

Hehehe... kos yang aku keluarkan untuk frame sahaja adalah RM35.90 dan mungkin lebih murah kalau anda membeli frame di tempat lain. Harga frame dengan gambar di Ikea adalah lebih daripada RM50.00 seunit, jadi dengan cara ini dapatlah menjimatkan sedikit kos. Ape2 pon terserahlah kepada kebijaksanaan anda...


~Salam Sayang~

11 comments:

  1. salam dik afeezz...

    satu idea yg bagus.... nanti kalau akak dah bedakkan semula dinding umah akak nie , boleh afis tolong dtg tunjukkan deko ganti eric ...he he he

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam kak ummi : bole2... tp ada ongkosnya ye..

    ReplyDelete
  3. As salam Afeezz,

    Wah tak sangka berbakat kui kui kui..
    Tapi dimanakah letaknya feature wall bagi bilik anda?
    Ruang yang luas begitu memerlukan frame yang agak besar sedikit supaya dia memberi impak yg lebih baik.

    ReplyDelete
  4. waalaikumsalam syima : ni bakat terendam, baru nak mencungkil2. bilik saya takde feature wall, tak dan nak wat feature wall pasal masa cat bilik tu dulu, cite deko bersama eric tak kuar kat astro lagi. hehehe...

    betul tu, ruang luas memerlukan frame yg besar sedikit, tp bg kes saya klu frame besar kene beli gambar plak, kalau frame kecik gambar sekadar bole print jer dari mr. google....

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum sahabat,,

    yela..ikea mmg mahal kan...tak kena gaya betul regenya..baik pi kedai biasa yang harganya lebih murah kan huhuhhhh

    ReplyDelete
  6. Salam dekk afezz


    n3 yg ringgan..suka dibaca heheh
    Tahniah dekk..isi masa dengan kerja berfaedah.....hati jadi puas dan keyakinan diri kian terserlah...

    akak nantikan ko buat feature wall lakk...hihii buat tau..

    ReplyDelete
  7. waalaikumsalam sahabat sahrom : aku setuju bebenor dengan ko, Ikea tu klu tgk mmg harga dia agak mahal, tapi dia ade daya tarikan tersendiri yg aku pon tak tau aper. Kalau pegi Ikea tu sentiasa jer ramai manusia. Lagi satu la, bg aku, barangan Ikea ni semua simple2 jer, takde yang fancy mancy.. tu yg aku suke... hikhikhik....

    waalaikumsalam kak shami : sekarang ni entry sy mmg yg ringan jer, kalau buat yg berat2 sy pon tak suke nak membacanya. hahahah, entry feature wall tu tunggu cheq kawen dulu la no... bilik pengantin nnt ade feature wall tuh... bole?

    ReplyDelete
  8. hi afeez...
    wah3..! da leh gnti eric laa..hu3..bgs jgk 2,kos pn murah..ape kata kite lukis sndri pas2 li frame & gntung..ape kata tuan deko kite Mr. Afeez??

    ReplyDelete
  9. hai adioscinta : kalau pandai melukis lagi baek letak lukisan sendiri, bole jadi mahakarya...

    ReplyDelete
  10. wah, cantiklah afeez. sipmle but very nice

    ReplyDelete
  11. hai AZ : saya memang cantik.. terima kasih.. hikhikhik....

    ReplyDelete