09 April 2011

355 : Mari Menonton

Dah lama rasanya tak menonton filem2 baru di pawagam. Bukannya dah ade Astro First di rumah, tapi macam takde kesempatan nak pi menonton, dan takde kawan nak diajak dan yang nak mengajak aku pi menonton.

Minggu lepas berpeluang menonton filem Big Mommas, Like Father, Like Son di Alamanda. Filem ni memang lawak dan aku suka 2 filem Big Mommas sebelumnya juga.

Filem Big Mommas, Like Father, Like Son ini mengisahkan bagaimana Malcolm terpaksa menyamar menjadi Big Mommas untuk mendapatkan sebuah pendrive yang mengandungi maklumat rahsia yang telah disembunyikan di sebuah sekolah muzik perempuan. Dalam masa yang sama juga, Malcolm terpaksa menyembunyikan identiti anaknya kerana anaknya telah menjadi saksi kepada satu kes pembunuhan.

Dapatkan Big Momma mendapatkan pendrive tersebut dan menyelamatkan anaknya yang menjadi buruan penjahat? Saksikan di pagawam2 yang masih menayangkan filem ini, atau dapatkan cd2 cetak rompak di pasar malam berhampiran kediaman anda.

Aku beri filem ni 3/5 bintang, tetapi kawan aku memberikan filem ni 4/5 bintang.


~Salam Sayang~

8 comments:

  1. Assalamualaikum Afeezz

    he he
    tergelak dgn cadangan membeli cd cetak rompak..

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam abe atuk : hehehe.. sebab cite ni dah lama, mungkin dah tak tayang lagi kat panggung, tu yg suruh cari cd cetak rompak jer. tak pon, donlod jer dr internet...

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum afeezz..

    tempat aku payah nak dapat cd cetak rompak..kne cetak sendiri la kot hehehe

    thanks for d info...

    ReplyDelete
  4. waalaikumsalam sahrom : cetak sendiri pon bole, pastu ko cetak banyak sket, ko plak jual kat pasar malam... hahaha

    ReplyDelete
  5. Aslkm anakanda

    Apa kaba?
    Selalu ke ke Alamanda?Dengan sapa tu...
    Moga bahagia.Amin

    ReplyDelete
  6. waalaikumsalam bonda ju : kabar baek bonda. kadang2 jer jalan2 kat alamanda tuh bersama ehem3....

    ReplyDelete
  7. Salam dekk afezz..

    Terima kasih bagi info ttg filem best2 yg kelakar..heheh citer hantu kak limah balik...tu

    akak tgok sampai 4 kali...hehehe layan anak2 ..ilang sikit stress ...

    ReplyDelete
  8. waalaikumsalam kak shami : ye ke.. tgk smpi 4 kali... cecite2...

    ReplyDelete