29 March 2011

352 : Perjuangan Tahun Ini Telah Selesai

Perjuangan aku dalam arena Sukan dan Rekreasi Staf UM 2011 telah selesai. Nampaknya tahun ni sama jer macam tahun2 lepas, tak menyumbang walau satu pingat pon kepada Zon yang aku wakili. Walau bagaimanapun, semangat kesukanan itu yang penting... kan?..

Semalam aku turun untuk pertandingan Bola Jaring Lelaki. Kami turun menentang pasukan dari Zon 2 yang memang terkenal dengan kehandalan mereka dalam bidang sukan ni. Maklumlah... Zon 2 diwakili oleh mereka2 dari Pusat Sukan, oleh yang demikian, mereka dapat menggunakan segala kemudahan yang disediakan di Pusat Sukan itu sendiri. Zon 6 bermain dengan baik pada separuh masa pertama dan kami berjaya mendahulu pihak lawan dengan jarak yang selesa. Pada satu ketika kami mendahului dengan kedudukan 7-4. Akan tetapi, nasib tidak menyebelahi kami dan banyak kesilapan telah dilakukan pada separuh masa kedua, memaksa kami akur dengan kehebatan Zon 2 mengawal perlawanan. Kami tewas perlawanan pertama kami dengan 7-10.

Hari ini kami telah turun lagi untuk perlawanan kedua menentang Zon 1. Perlawanan yang hebat diantara kedua2 pasukan walaupun Zon 6 lebih banyak bertahan. Banyak juga kesilapan yang dilakukan oleh pasukan kami terutama di bahagian tengah dan pertahanan. Akhirnya, kejayaan tidak menyebelahi kami dan sekali lagi kami tewas dengan 7-12.

Dengan 2 kekalahan, jalan kami ke pusingan seterusnya telah tertutup. Nampaknya tahun ini kami berputih mata lagi untuk mendapatkan kedudukan yang lebih baik. Walaupon hadiah yang akan diberikan tidak lah lumayan, tetapi semangat kesukanan dan kepuasan hati itu menjadi pemangkin kepada pasukan untuk memberikan persembahan yang terbaik.

Syabas kepada pemain2 Zon 6 - DM Haziq, Firdaus, Azmi, Jailani, Zam, Amin dan Isa. Tahun depan kita cube lagi....


~Salam Sayang~

4 comments:

  1. As salam Afeezz,

    Eh dah bjuang lagi..
    Rasanya macam baru lagi je yg thn lepas punya kan..
    Cptnya masa bjalan..
    Tak sabar nak abis bljr jugak hehe

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam cik syima : perjuangan dah tamat pon, kalah semua perlawanan, hahaha tak terer langsung kami, tp semangat kesukanan tu yg penting... skrg ni masa mmg terasa cepat, pejam celik pejam celik awak dah nak grad nnt... insyaAllah

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum afeezz..

    takpela..dah takde rezeki kan..nak wat cemane..yg penting, kita ambil bahagian kan

    ReplyDelete
  4. waalaikumsalam sahrom : betul tuh, semangat kesukanan tu yg penting

    ReplyDelete