27 March 2011

351 : Perjuangan Diteruskan

Perjuangan di arena Catur Campuran telah selesai. Keputusannya kami hanya menduduki tempat ke enam daripada tujuh pasukan yang bertanding. Banyak faktor yang menyumbang kepada keputusan ini. Faktor utama adalah bilamana Zon 6 hanya mempunyai 3 orang daripada 5 orang pemain yang sepatutnya diturunkan. Untuk pertandingan pula, Zon 6 hanya menurunkan 2 orang pemain daripada 3 orang pemain yang sepatutnya bertanding. Aku pula terpaksa bermain 6 perlawanan memandangkan aku adalah satu2nya pemain lelaki yang ada (2 orang lagi nampaknya tidak komited kepada pertandingan ni). Oleh yang demikian, mata percuma diberikan kepada pihak lawan.

Daripada 6 perlawanan yang aku bertanding, aku hanya mampu mendapat 2 kemenangan, 3 kekalahan dan 1 seri. Kedua2 kemenangan aku adalah melalui 'checkmate' dan kesemua kekalahan aku adalah kerana masa. Aku bermain dengan lebih baik dari yang aku jangkakan.

Syabas kepada semua pemain, Kak Sue, Elly dan Rosli (bidan terjun yang dipanggil datang, sempat bermain 2 perlawanan terakhir, 1 menang 1 kalah).

Esok aku akan turun untuk pertandingan Bola Jaring Lelaki.


~Salam Sayang~

5 comments:

  1. Aslkm anakanda

    Tahniah kerana hebat main catur wpun tak de nasib menang.
    Dulu2 mama suka sgt dgn catur..tapi kalau lawan dgn anakanda tentulah mama kalah...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Afeezz

    kira2 dah terel la tu

    moga besuk memperolehi kemenangan

    Wassalam

    ReplyDelete
  3. waalaikumsalam mama : itu lah, nasib dan masa tak menyebelahi sy. jom mama sesekali kite lawan... ade berani?

    waalaikumsalam abe : kire ok2 jer, klu terer sure dah masuk ke peringkat negara... hehehe

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum bro..

    cian hang..jadik lelaki melayu terakhir nampaknya kan huhuhuhhh

    ReplyDelete
  5. waalaikumsalam sahrom : hahaha.. macam tu lah nampak gayanya, zon 6 mmg pupus lah kaum lelakinya...

    ReplyDelete