07 March 2011

344 : Catatan Perjalanan - Negeri Di Bawah Bayu (Hari Keempat)

26 Februari 2011

Hari kedua perjalanan kami di Bandaraya Kota Kinabalu. Hari ini kami ronda2 sekitar Bandaraya Kota Kinabalu dan tempat yang telah kami singgahi adalah seperti Pelabuhan Lama Kota Kinabalu, Masjid Bandaraya Kota Kinabalu dan Bukit Bendera. Kat Kota Kinabalu ade Bukit Bendera ke? Mungkin namanya tidak se gah seperti Bukit Bendera Pulau Pinang, tetapi panorama yang dihidangkan sehebat Bukit Bendera Pulau Pinang. Bukit Bendera Kota Kinabalu amat mudah dilawati dan kita boleh memandu sahaja untuk ke puncak. Di sini terdapat dua buah platform yang disediakan untuk pengunjung menikmati permandangan Bandaraya Kota Kinabalu dari daratan hingga ke permandangan laut. Ramai juga pengunjung ketika kami sampai di sana.



Permandangan Bandaraya Kota Kinabalu dari atas Bukit Bendera

Setelah puas menikmati permandangan dan mengambil beberapa gambar kenangan, kami telah dicadangkan untuk ke Telinga Sabah yang jarak perjalanan dari KK lebih kurang 2 jam. Telinga Sabah terletak di Daerah Kudat di utara negeri Sabah. Telinga Sabah nama jolokan kepada nama tempat Tanjung Simpang Mengayau adalah penghujung paling utara pulau Borneo, dalam bahasa inggerisnya The Tip Of Borneo. Perjalanan selama 2 jam itu kami dijamu dengan permandangan luar bandar Sabah yang boleh dikatakan masih belum menikmati kemajuan. Dari kawasan bendang ke ladang2 kelapa sawit sehinggalah permandangan Gunung Kinabalu dapat diperhatikan sepanjang perjalanan. Tidor bangun tidor lagi dan bangun semula, masih belum sampai tempat yang dituju. Keadaan jalan yang kecil dan tidak elok melewatkan lagi perjalanan kami.


Permandangan Gunung Kinabalu, diambil semasa
dalam
perjalanan ke Kudat


Kami tiba di destinasi kami lebih kurang pukul 2.00 petang. Cuaca sangat terik tetapi tiupan angin laut yang kuat menyebabkan bahang terik matahari tidak terasa. Kami menghabiskan masa kami dengan menikmati permandangan laut sambil mengambil gambar2 kenangan dengan pelbagai posing menarik. Teruja rasanya berada di sini kerana selepas ini, tak tau bile lagi boleh sampai ke sini. Taman Negara Tanjung Piai di Pontian Johor, penghujung paling selatan benua Asia pon aku tak sampai lagi, itu dekat jer ngan kampung nenek aku. Inikan pula nak datang ke Kudat, kan?


Mercu tanda The Tip Of Borneo



Permandangan sekitar Tanjung Simpang Mengayau
a.k.a Telinga Sabah a.k.a The Tip Of Borneo


Kami meninggalkan Tanjung Simpang Mengayau lebih kurang pukul 4.00 petang. Tetapi dalam perjalanan pulang ke KK, kami terpaksa berpatah balik ke Bandar Kudat memandangkan kenderaan kami mengalami tahap minyak yang kritikal. Mengikut penduduk tempatan, tiada stesen minyak di kawasan berdekatan, oleh sebab itu kami terpaksa berpatah balik.

Kami tiba di KK dan keadaan telah pon gelap. Kami meneruskan aktiviti hari ini dengan shopping dan makan. Aku hanya membeli belah tingkap sahaja di Pasar Filipina, Pasar Ikan Masin dan pasar2 berhampiran. Takde mood plak nak membeli dan membelah ketika itu kerana badan sudah terasa amat penat. Kami hanya duduk makan di salah sebuah kedai makan di situ.

Tatkala sedang menikmati hidangan yang takde le berapa sedap itu, kami telah dihiburkan dengan gelagat pekedai dengan tiga orang minah salleh. Ni ade beberapa gelagat yang mencuit hati kami... lebih kurang camni lah

Minah Salleh : What is thank you in Malay?
Pekedai : Terima kasih
Minah Salleh : How about you're welcome?
Pekedai : Selamat Datang
Minah Salleh : owh... ok

Minah Salleh : Excuse me? What is this (sambil menunjukkan sesuatu dlm makanannya)
Pekedai : Sudah, ape aku nak cakap ni. Ermm.... Malaysia call tauhu..
Minah Salleh : owh... ok

Minah Salleh : What is kuew teow?
Pekedai : Errr... (menggaru2 kepala lalu terus ke dalam kedai mengambil bekas berisi kuew teow lalu menunjukkannya kepada minah salleh tu)
Minah Salleh : Owh.. ok, i want this...

Hehee.... dah le badan penat, kaki sakit tapi terhibur plak dengan gelagat mereka. Gamat gak kedai tu dek kerana minah2 salleh tuh. Kami yang dok sebelah pon tumpang gelak kuat2.

Perjalanan dari KK ke Kudat memakan masa lebih kurang 2 jam bergantung kepada keadaan jalan. Jalan raya di sana tidak sama dengan di semenanjung. Seingat aku hanya ada satu sahaja stesen minyak Petronas sepanjang perjalanan. Tandas sukar ditemui kalau ade pon tidak mencapai tahap kebersihan yang memuaskan. Kami berhenti di beberapa tempat untuk membuang hajat seperti di Bandar Baru Matunggong, bayaran 3o sen dikenakan untuk masuk ke tandas, tetapi tandasnya tiada air dan bau jangan cakap lah. Siap ade sisa2 buangan orang lagi.. hahahha... Makanya, bersedialah jika anda hendak ke Kudat.


~Salam Sayang~

4 comments:

  1. huhuh..bestnyer pergi sana...!!!teringin nk pergi sana..huhu

    org putih makan kuetiau..hahha
    makan la..
    konfem sedap.....tapi tak tau arr selera dia camna...ntah2 dia tak thn pedas..huhuhu

    ReplyDelete
  2. hi nur liyana : tak pernah sampai lagi ke ke sabah. saya rekomen lah awak ke sana satu hari nnt. banyak tempat menarik, bole shopping lagi...

    hahhaa.. betul2, org putih tu makan kuew tiaw tuh. dengar macam dia kata sedap... hehhee.

    ReplyDelete
  3. wahhhh!! aku kalau tandas cenggitu, nafsu nak membuang terus mati hahahahahaaa

    ReplyDelete
  4. HAHAHAH.... aku pon tak selera, tapi dah emergency.. terpaksa lah

    ReplyDelete