03 March 2011

342 : Catatan Perjalanan - Negeri Di Bawah Bayu (Hari Kedua)

24 Februari 2011

Semua mengadu tidak dapat tidur malam dengan selesa memandangkan suhu yang amat sejuk ditambah pula dengan hujan renyai2 yang kadang kala lebat petang semalam membawa ke malam. Aku tidur dengan seluar jeans dan jacket serta selimut tebal juga tidak dapat membendung kesejukan dari mencengkam diri. Tak mandi kami malam itu memandangkan pemanas air tidak berfungsi dan suhu air paip nya pula macam berada dalam freezer. Ape2 pon kami still menten wangi k.

Di sini, pukul 7.00 pagi dah terang macam pukul 8.00 pagi di semenanjung. Lebih kurang pukul 9.00 pagi kami terus check-out dari J Residence dan destinasi pertama kami ialah Kinabalu Park yang hanya 5 minit perjalanan dari penginapan kami. Sekadar berjalan2 di kawasan tersebut sambil mengambil gambar Gunung Kinabalu yang tersergam gagah. Tetapi, Gunung Kinabalu pagi itu bagaikan malu2 kucing plak nak menampakkan diri bila mana ia diselubungi awan sepanjang kami di sana. Suhu ketika itu 15 darjah celcius. Teringin sangat nak mendaki gunung itu, tapi apakan daya tak sampai nyawa nak sampai ke puncak. InsyaAllah, satu hari nnt akan ku tawan juga engkau. Hahaha. Permandangan sekitar di situ tidak kurang hebatnya, dengan Gunung Kinabalu di utara dan lembah di bahagian selatan. Kehijauan di sekeliling amat mendamaikan. Jangan lupe, bile sampai di sini, dapat sijil kehadiran anda di pejabat sebagai kenang2an. Oh ya, bayaran masuk dikenakan sebanyak RM3 seorang.


(1) Permandangan Gunung Kinabalu yang dilitupi oleh awan
(2) Permandangn lembah antara gunung. Kedai tu adalah
restoran kami makan malam pada malam pertama



Wajah-wajah ceria mereka yang menyertai rombongan

Destinasi kedua pada hari kedua ini adalah Poring Hot Spring di sebuah tempat bernama Poring. Perjalanan ke Poring lebih kurang 45 minit. Tetapi sebelum itu kami berhenti sebentar di pekan Ranau untuk makan pagi cum makan tengahari. Jangan dibuang tiket masuk ke Kinabalu Park tadi kerana tiket tersebut boleh digunakan di sini. Sebelum tiba di kawasan hot spring kita akan menyeberangi sebuah jambatan gantung. Hot spring ni nampaknya diuruskan dengan baik. Ade kawasan mandi terbuka, ade kawasan mandi tertutup, ade rock pool, ade kawasan untuk merendam kaki dan kemudahan2 lain seperti tandas, surau dan kedai cenderahati. Di luar kawasan hot spring ini ade kedai2 penduduk tempatan menjual barangan cenderahati dan aku rasakan di sini lebih murah berbanding di Kota Kinabalu. Ape2 pon anda buat lah berpandingan sendiri. Di sini aku hanya membeli keychain dengan harga 6 keping untuk RM10.


(1) Sungai yang perlu diseberangi sebelum ke Hot Spring
(2) Aktiviti merebus kaki


Perjalanan kami diteruskan ke Kampung Luanti di daerah Ranau. Kampung Luanti ini terkenal dengan sebatang sungai bernama Sungai Moroli di mana di dalam sungai tersebut terdapat banyak ikan yang jinak2. Kita boleh masuk ke dalam sungai tersebut dan ikan2 ini akan memakan kulit2 mati dari badan kita, ala2 fish massage la klu kat KL ni. Tapi yang bezanya dengan fish massage di KL, ikan2 kat sini... BESAR!! Besar mana? Ade yang besar lengan, ade yang besar betis, bayangkan lah sendiri yer. Tapi menurut penduduk kampung yang menguruskan tempat ini, hanya ikan2 yang kecil sahaja akan memakan a.k.a menggigit kaki kite untuk memakan kulit2 mati, yang besar2 tu hanya berlegar2 sahaja kat situ. Jangan lupa membeli makanan ikan (50 sen jer sepeket kecik) untuk memberi makan kepada ikan2 yg besar tuh. Best sangat bagi ikan besar tu makan, geli2... hahhaah tp best. Klu ke Kundasang jangan lupe ke sini, aku galakkan sgt2. Kawasan ini diuruskan oleh penduduk kampung sendiri dan beberapa peraturan perlu dipatuhi sebelum dibenarkan masuk ke dalam sungai. Ikan2 boleh dipegang tetapi dilarang menangkap dan mencederakan ikan2 tersebut. Bayaran masuk dikenakan sebanyak RM5 seorang untuk 15 minit sahaja. Pandangan peribadi aku, kat sini lah yang paling best kat Ranau ni.. heheheh


(1) Papan tanda yang mengalu2kan kehadiran pengunjung
(2) Ikan2 di dalam sungai yang sedia untuk menggigit kaki anda



(1) Lihat .. betapa manjanya ikan2 itu
(2) Geng aweks yang menjerit2 gedik


Destinasi berikutnya adalah ke Sabah Tea yang hanya beberapa minit dari Kampung Luanti. Di sini kite boleh melihat permandangan indah ladang teh macam kat Cameron lah lebih kurang. Kalau sampai di sini jangan lupe untuk merasa Teh Tarik Nalapak di sebuah kedai teh berhampiran. Sedap....



Permandangan Ladang Teh Sabah


Teh Tarik Nalapak... Sedap!!!

Itu lah destinasi2 kami untuk trip kami di Kundasang dan Ranau. Kami bertolak balik ke Kota Kinabalu pada petang itu juga. Dalam perjalanan pulang kami telah singgah di Pasar Kundasang. Di sini penduduk2 tempatan menjual hasil tanaman masing2 seperti sayur2an, buah2an dan tumbuh2an. Harga plak kurang pasti lah samada murah atau mahal tapi semuanya nampak segar. Di sini juga ada menjual makanan2 penduduk tempatan seperti kerepek2.


Permandangan di Pasar Kundasang


Hasil2 produk pertanian masyarakan tempatan... masih segar dari ladang

Perjalanan pulang kami diteruskan dan berhenti di Pekan Nabalu. Di sini, ada satu tempat di mana kite boleh mengambil gambar berlatabelakangkan Gunung Kinabalu. Memang cantik permandangan kat sini. Di Pekan Nabalu ini juga ade kedai2 yang menjual cenderahari dari t-shirt dan barang2 perhiasan. Seorang kawan aku telah membeli t-shirt saiz kanak2 dengan harga RM8 sahaja di mana harga tersebut tidak dapat di KK. Aku rasakan di sini lebih murah. Walau bagaimanapun, anda layak untuk membuat perbandingan sendiri.



Permandangan Gunung Kinabalu dari Pekan Nabalu

Kemudian kami singgah pula di Tamparuli. Sebut sahaja Tamparuli, pertama sekali orang akan berfikir tentang Jambatan Tamparuli. Ade ke jambatan tuh? Ape yang istimewanya jambatan tuh? Sebenarnya, takde aper pon yang istimewanya, sama jer macam jambatan yang lain, cume ade lagu jer khas untuk Jambatan Tamparuli ni.


Pak pak kang ku doh, Sumunsui doh jambatan
Jambatan doh Tamparuli, Bakasut tinggi oku ...
.

Kami tiba di Kota Kinabalu lebih kurang pukul 9.00 malam. Penginapan kami di KK adalah di As-Solihin Homestay. Takde yang menarik pon homestay ni, just murah jer dan kami akan stay di sini sehingga 27 Februari akan datang. Hehehe


~Salam Sayang~

12 comments:

  1. Assalamualaikum Afeezz

    seronok membaca kisah perjalanan tu
    saya pernah ke sabah, tapi di kk shj
    mukin suatu hari nak pergi melancong kesana juga

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam abe rozali : kat KK tu lebih kurang KL jer, tp shopping best gak especially kat Philipine Market ngan sunday Market. Kat luar KK lagi banyak tempat menarik.. Cuti2 Malaysia je lah...

    ReplyDelete
  3. salam

    bessttt yerr,,,tergedikzzz2 saya nk pi sabah baa...tak sabar nk nunggu episod seterusnya..

    ReplyDelete
  4. waalaikumsalam kak mas : jgn plak akak smpi menjerit2 gedik macam aweks kat sungai moroli tu. episod seterusnya, Islands Hoping....

    ReplyDelete
  5. aduyai bilalah aku nak sampai sabah ni...member2 masa di u ramai gak dari sabah...

    ReplyDelete
  6. hi sham : ambil peluang lah ke sabah. takkan rugi nyer. tunggu promosi air asia, bole dapat murah. kami dapat rm56 pergi balik. mungkin ade lebih murah dr tuh...

    ReplyDelete
  7. salam afeezz,

    sabah belum lagi..ada hajat dulu, tp last minit tak kesampaian huhu..tapi labuan sudah..namun, akan diterokai jua satu masa nanti..

    kalo yg menjerit2 tuh semestinya gedik ke?? hmmmm

    ReplyDelete
  8. waalaikumsalam syima : takpe2, jgn bersedih, ade rezeki nnt sampai lah nnt ke sane. Labuan tu dah dekat, naik bot jer bole smpi sabah. Menjerit tu tak semestinye gedik, tp style menjerit tu ala2 gedik gitu...

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum afeezz..

    ada pi tak Jambatan Tamparuli tue..depa kata Marsha punya kampong area citu hehehe..

    aku pernah sampai pasar kundasang tue..byk jual madu kan huhuhuhhh

    ReplyDelete
  10. waalaikumsalam sahrom : ade pi, kan ade cerita kat atas tu, siap ade gambar lagi...

    macam2 ada kat pasar kundasang tu, madu pon banyak

    ReplyDelete
  11. lor..pic ko kecik sgt la..aku tak brp nampak huhuhuhhuhu...maklumla, PC aku nie kekadang kne blocked kalau gambo pelik2 nie..aku pun tak tau nape huhuhuh..

    sowi erk

    ReplyDelete
  12. hehehe... kan bole klik untuk diperbesarkan. takkan le gambar jambatan pon kene block....

    ReplyDelete