339 : 6.00 Petang



Suratan atau kebetulan. Dua hari dengan dua perkara yang berlaku mengenai waktu yang sama, 6.00 petang. Kenapa 6.00 petang, kenapa tidak satu jam lewat atau satu jam awal? Kenapa kedua2 perkara berakhir pada waktu 6.00 petang dan aku cuma kelewatan sedikit sahaja.

Semalam hati berkobar2 nak pergi cycling kat Taman Botani Putrajaya. Katanya ada basikal untuk disewa di sana dan boleh lah aku ronda2 sekitar Taman Botani Putrajaya tuh. Lagi pun memang tak pernah ke sana, nak jugak melihat keindahan taman tersebut. Pukul 5.00 petang kami sudah bertolak ke sana dan tiba di destinasi lebih kurang pukul 6.00 petang. Kami begitu teruja untuk cycling petang tuh. Cari punya cari tempat tersebut tetapi tidak berjumpa. Tengok kat directory pon takde (samada takde atau kami tak nampak). Kami meneruskan perjalanan sambil berjalan kaki. Akhirnya kami bertanya kepada seorang security guard yang bertugas di situ. Katanya, sewa basikal sampai pukul 5.00 petang sahaja dan basikal perlu dipulangkan selewat2nya pukul 6.00 petang. Cis... punah harapan kami petang tuh. Kecewa rasanya, dari jauh kami datang tapi hajat tak kesampaian. Kami tertanya2, kenapa pukul 6.00 petang? Bukan ke time tu lah ramai yang berkunjung kat taman tuh? Mungkin mereka ade sebab tersendiri yang hanya mereka sahaja yang tahu. Makanya, pada petang itu, kami hanya berjalan dari satu hujung ke hujung yang lagi satu.

Dari pemerhatian kami, Taman Botani Putrajaya tidaklah semeriah Taman Metropolitan Kepong. Mungkin penduduk Putrajaya kurang mengamalkan amalan hidup sihat atau mereka lebih suka lepak2 di rumah sahaja. Biaq pi lah.

Hari ini aku ke The Mines untuk membeli sesuatu. Setelah menjelajah dari satu ke kedai ke kedai yang lain akhirnya berjumpa juga aper yang ku cari. Terus jer beli memandangkan dah malas nak mencari lagi. Kemudian, kami bercadang untuk berehat dan menjamu selera. Perut masih kenyang makanya kami nak makan sesuatu yang ringan sahaja (bukan ringan2 yer). Kami menuju ke Secret Recipe dan terus mengorder dua jenis kek, Black Forest Cheese Cake dan Black Forest Cake. Selesai membuat order aku bertanya kepada kakitangan bertugas mengenai promotion beli kek satu dapat percuma kopi tu. Kakitangan terus memaklumkan bahawa promotion tu sehingga pukul 6.00 petang sahaja. Ciss!!! 6.00 petang lagi. Jam di dinding menunjukkan pukul 6.05 petang, terliwat 5 minit jer. Jadinya kami terpaksa plak mengorder Iced Coffee Latte dan Iced Coffee Mocha.

Ermm.... Kenapa 6.00 petang? Mungkin pukul 6.30 petang orang dah start dinner kot...


~Salam Sayang~

You Might Also Like

5 comments

  1. salam..
    jalan kaki.. jalan kaki... hehehe

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam azie : berjalan kaki sebagai salah satu bentuk senaman...

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum afezz...

    kerana 6 ptg adalah waktu tamat kerja mereka..atau syif mereka berakhir di jam itu hehehehehehee

    main agak je...

    ReplyDelete
  4. salam dik afeez....

    jam 6 petang ,masa tu akak masih kalut , bdk2 ramai dtg ngaji...

    yg menghairankan akak , dlm cerita tu disebut 'kami' siapa yer yg menunjukkan ramai @ lebih dr sorang tu...?

    ReplyDelete
  5. waalaikumsalam sahrom : ermm... tp kenapa pukul 6? habis la kol 7... hehehe

    waalaikumsalam kak ummi : ngan kawan la kak... jgn pikir yg bukan2 yer... hehehe

    ReplyDelete