07 February 2011

335 : Selamat Tinggal Dunia

Terima kasih kepada sahabat yang telah mendoakan kesihatan nenda ku. Walau bagaimanapun, Allah lebih menyayanginya dan telah menjemputnya dengan tenang pada 5 Februari yang lepas pada lebih kurang pukul 5.50 petang. Jenazah telah selamat disemadikan keesokan harinya bersebelahan pusara datuk ku yang telah meninggal dunia lebih kurang 22 tahun yang lalu.

Nenda ku pergi pada usia lebih kurang 85 tahun dan telah dikurniakan 5 orang anak, lebih kurang 20 orang cucu dan lebih kurang 35 orang cicit. Semoga roh allahyarhamah dicucuri rahmat. Amin.


~Salam Sayang~

7 comments:

  1. Salam takziah Afeezz dan keluarga.
    Semoga roh nenda anda disemadi dan ditempatkan bersama-sama para solihin dan alimin..Al-fatihah

    ReplyDelete
  2. al-fatihah utk arwah..takziah utk afeezz sekeluarga ya..semoga senantiasa mesedekahkan al-fatihah utk nenda awak...

    ReplyDelete
  3. wsalam dunhill, cik sinomosa dan sahrom : terima kasih..

    ReplyDelete
  4. salam takziah, moga diletakkan bersama-sama mereka yang diredai Allah.

    Usia nenda mu sama dengan usia ibuku.alhamdulillah, masih sihat lagi.

    ReplyDelete
  5. wsalam madey : terima kasih

    wsalam AZ : insyaAllah, semoga dia diletakkan berkalangan yang mendapat rahmat dariNya. Alhamdulillah, bonda AZ masih sihat...

    ReplyDelete