02 February 2011

334 : Xin Nian Kuai Le

Selamat Tahun Baru Cina kepada mereka yang menyambutnya dan kepada mereka yang tak menyambut tetapi dah pon bercuti awal macam diaorang plak yang nak makan busat malam ni. Hari ni cume 2 orang sahaja yang bertugas di opis, yang lain semua dah bercuti. Mungkin mereka sedang menggolek kerbau pendek kat umah masing2 untuk makan malam malam ni. Hehehe...

Dikesempatan cuti panjang ni, aku pon akan pulang ke kampung aku di Pontian, Johor. Melawat nenek aku yang sedang sakit diserang strok beberapa hari lalu. Berdoa kepada Allah semoga nenda ku dikurniakan kesihatan. Jika Allah lebih menyayanginya, jemputlah beliau dengan keadaan yang tenang dan damai dan dengan cara yang paling disayangiMu. Amin...

InsyaAllah.


~Salam Sayang~

9 comments:

  1. Wish you:

    Happy Chinese New Year.
    "兔年吉祥!
    Tù nián jí xiáng!
    Good Luck in the Year of the Rabbit!"

    from:
    lunaticg.
    SBC Admin.
    Sabahan Bloggers Club.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Afeezz

    Saya doakan agar nenek afeezz cepat sembuh supaya dapat beribadah dgn sempurna

    moga selamat dlm perjalanan

    Wassalam

    ReplyDelete
  3. sabahan blogger : happy chinese new year..

    wsalam abe rozali : terima kasih, insyaAllah... semoga semuanya selamat

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum

    semoga nenek ko cepat sembuh ya

    ReplyDelete
  6. hope masih x terlambat.hehe..selamat tahun baru china tuk kamu..

    dan salam persahabatan
    :)

    ReplyDelete
  7. salam Miecyber : terima kasih atas doa anda.

    wsalam sahrom : terima kasih atas doa anda juga. nenda sy telah menghembuskan nafas yg terakhir pada hari sabtu, 5/2/2011 pada pukul 5.50 petang. jenazah telah selamat disemadikan disebelah pusara datuk ku yg telah meninggal 22 tahun yg lepas. semoga roh mereka dicucuri rahmat.

    ReplyDelete
  8. hi syahbandar87 : selamat tahun baru cina untuk anda juga. salam persahabatan.

    ReplyDelete