24 January 2011

331 : Malaysia Cantik Tapi ...

Malaysia cantik tapi .... Pagi tadi dalam perjalanan ke tempat kerja, macam biasa lah, aku menghiburkan diri dengan mendengar radio. Semasa slot berita di radio, aku mendengar berita bahawa kebanyakkan pelancong asing ke Malaysia mengakui bahawa Malaysia sebuah negara yang cantik tetapi mempunyai masalah kebersihan. Huh!!... malu nya aku bila negara aku dilabelkan sebagai kotor. Siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini?

Kerajaan?? Sikit2 nak salahkan kerajaan klu ade masalah macam ni. Rasanya kerajaan dah berusaha untuk mengatasi masalah ni. Tong sampah merata2 telah diletakkan, proses pemungutan sampah berjadual. Tempat pelupusan sampah merata2. Ape nak disalahkan kerajaan lagi??

Bagi aku, masalah sampah ni adalah disebabkan oleh kurangnya kesedaran sivik dan fizik dikalangan rakyat Malaysia. Mereka sebenarnya bukan suka membuang sampah merata2, tapi malas untuk membuang sampah tersebut di tempat yang sepatutnya. Sukati mak dan bapak tiri diaorang jer nak buang kat mana. Tapi bila orang tegur dia marah pulak. Banyak kali dah kite lihat, dari dalam kereta main lempar jer keluar apa jua sampah dari dalam kereta mereka. Dari rumah flat hatta apartment sekali pon main campak jer ke bawah sampah sarap dari kediaman masing2. Malah di kawasan2 kediaman pon, telah disediakan tempat membuang sampah dengan tong sampah sebesar alam, di luar tong sampah tu jugak dicampaknya sampah tuh. Pastu bile sampah dah berlonggok kat situ, pandai plak panggil Karam Singh Walia komplen itu dan ini, PBT tak buat kerja dan sebagainya. Sedangkan itu semua kes mak dan bapak, tok nenek dan tok wan mereka yang tak ajar cara membuang sampah dengan berhemah. Sendiri mau ingat lah, Islam itu juga menuntut kepada kebersihan. Mungkin korang ni kurang Islam kot?

Huh!... Berlanjutan dari cerita kebersihan ni, dalam perjalanan ke tempat kerja juga aku melewati Batu Caves. Tergezut aku melihat sampah sarap masih tidak dibersihkan. Masih bersepah di tepi2 jalan. Botol2, plastik2, kertas2 malah silap2 ade orang buang bayi gak kat situ menyakitkan mata memandang. Rasanya perayaan Thaipusam dah 3-4 hari berakhir, tetapi kenapa kawasan tumpuan pelancong ni masih macam kawasan pelupusan sampah? Siapa yang bertanggungjawab dalam hal pembersihan ini? Pihak Berkuasa Tempatan atau pihak pengurusan kuil? Aku sebagai anak Malaysia am nya dan penduduk Selayang Baru Batu Caves khasnya meminta agar pihak2 yang terlibat segera membersihkan kawasan tersebut kerana ini amat memalukan dan menyakitkan mata yang memandang. Tak rela rasanya jika Malaysia distatuskan sebagai sebuah negara yang kotor...


~Salam Sayang~

7 comments:

  1. assalamualaikum afeezzz..aku sokong hang..betui hang kata tue..masyarakat kiter nie memang tak sedar nak untung..kerjanya hanya buat sampah je..cubalah gune recycle cikit..kurengla sampah kat negara kita nie huhuhuhuh

    ReplyDelete
  2. wsalam sahrom : tu lah pasal. bile kotor tau plak komplen. tp sendiri yg tak reti nak jaga kebersihan

    ReplyDelete
  3. salam,

    hahah, bila baca coretan afeez ni, drpd az stress terus hilang stress, buka apa az senyum meleret membacanya. Pandai hang menyusun kata-kata gitu.

    perkara biasa kita nampak orang melepmpar sampai drpd dalam kereta yang sedang bergerak di jalanraya. memang mngkok hayon betui.

    ReplyDelete
  4. salam dik afeezz..

    jom kita sama2 wat kempen kitar semula ....
    tp bab2 sampah akak tak pandai le plak nk wat recyle nih....kena tanya yg pakar ... he he he

    ReplyDelete
  5. wsalam AZ : hahaha.. hilang stress ker? takyah pi kursus pengurusan stress kan... betul lah AZ, mostly org malaysia ni takde kesedaran sivik mengenai buang2 sampah ni. itu pon nak kene ajar kot?

    wsalam kak ummi : tu lah, kempen kitar semula yg ade pon macam hidup segan mati tak mahu jer. tp kat opis ni sy dah start kumpulkan kertas terpakai untuk dijual... dapat gak income untuk aktiviti opis. ramai plak yg tolong membuang sampah kat tmpt sy ni... hehehe

    ReplyDelete
  6. salam abe...

    aku rasakan..kerajaan perlu letakkan denda yang paling maxima...

    jgn manjakan sgt.

    macam disingapura..mereka denda on the spot dan denda yang paling maxima

    cara ni..mungkin rakyat akan takut sikit pada undang2

    ReplyDelete
  7. wsalam dek : abe rasa dulu ade gak depa kuatkuasakan undang2 macam tu. saper didapati buang sampat merata2 akan didenda on the spot rm300. tp ntah mana silap nyer, dah tak diteruskan plak...

    ReplyDelete