03 January 2011

324 : Entry Pertama Tahun 2011

Assalamualaikum dan Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun2 sebelumnya buat kalian semua. Ini merupakan entry pertama bagi tahun 2011 dan aku akan mulakan dengan ulasan sebuah filem tempatan.

Semalam berpeluang sekali lagi menonton sebuah filem tempatan berjudul Damping Malam. Sebuah filem yang dikategorikan sebagai sebuah filem seram tetapi takde lah seseram mana pon. Filem ini mengisahkan bagaimana seorang isteri telah mengambil 'pendamping' untuk melindungi keluarganya. Banyak perkara pelik telah berlaku ke atas keluarga tersebut dan akhirnya telah berlaku pergolakan dalam rumah tangga mereka. Akhirya 'pendamping' itu telah menuntut haknya daripada wanita itu yang mana wanita itu tidak dapat memberikan kepada nya. Bagaimanakah akhirnya filem ini? Saksikan di GSC One Utama atau di pawagam2 berhampiran anda.

OK, bagi aku cerita ni kurang menarik. Nama jer cerita seram, tapi tak seram pon. Hantunya cume nampak bayang2 dengan tangan jer. Kurang adegan2 penyebab heart attack dan endingnya tak menarik langsung. Oklah, aku bagitau ending dia... last2 anak dia mati... Aku berikan filem ini 2/5 bintang.


~Salam Sayang~

12 comments:

  1. assalamualaikum afeezz..trime kasih buat entri ini ya..sekurang-kurangnya aku tau perkembangan wayang hari ini..aku dgr ngangkong dpt 8 juta?? betul ke???

    ReplyDelete
  2. Waalaikumusalam Afeezz

    sambut tahun baru tenguk wayang yerr

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  3. wsalam sahrom : hehehe, aku bg ulasan cerita yg aku tgk jer. ngangkong tu aku tak tgk.. 8 juta dah ker? tak tau ler plak pasal tuh...

    wsalam abg rozali : malam tahun baru dok umah jer bang, tgk wayang tu semalam....

    ReplyDelete
  4. Aslkm anakanda

    Tak dgr pulak cerita ni kat akhbar2.

    Kalau cete seram, balik rumah nak tido terbayang2 tak..Mama takutlah tgk cerita 2 hantu, seram...

    ReplyDelete
  5. wsalam mama : mama klu takut abg ade kat sebelah.. sy klu takut, takde saper pon kat sebelah, silap2 antu tu yg dok sebelah... huk3..

    ReplyDelete
  6. Salam anakanda

    Antu tu perempuan cantik tak pe...tahun ni azamlah...mcm anakanda sorang lagi...

    ReplyDelete
  7. salam abe

    haha..tgk juga citer2 camni..lepas ni..semua panggung wayang..filem2 melayu..semua cerita hantu..

    salah 1 nya..janin la..khurafat la..erm..takde modal lain ke nak buat filem? balik2 citer hantu..

    Saya bukan tak menyokong industri perfilem melayu..tapi..buat la sesuatu yang baru..

    tak sabar nak tunggu mahawangsa merong apa tah..tu cerita pasal zaman2 dulu..

    ReplyDelete
  8. Salam,

    The Tourist?? Tak pi tgk ke??

    ReplyDelete
  9. wsalam mama : isk... klu dah hantu, cantik macam maya karin dalam pontianak harum dotdotdot malam pon sy taknak... hehhehe... takuttt....

    wsalam dek madey : filem2 tempatan ni bermusim. klu dulu sibuk dengan cerita2 cinta ala2 hindustan macam sembilu, dan ntahape2 lagi tu. pastu sibuk2 semua wat filem komedi... sekarang musim hantu plak... nak tunggu filem aksi setaraf hollywood, mungkin berzaman lagi lah...

    ReplyDelete
  10. wsalam cik sinomosa : the tourist? dalam perancangan... mau belanja ker?

    ReplyDelete
  11. Belanja?? The Tourist?? Ooppss takmo ler takkan nak tgk dua kali plak la la la la [itu maknanya sy dah pi tgk hehe]

    ReplyDelete
  12. dah tengok?? ermm... melepas...

    ReplyDelete