31 December 2010

323 : Posting Terakhir Tahun 2010

Setahun sudah masa berlalu. 2010 meninggalkan kite dan 2011 bakal menjelma. Bermulalah satu lembaran baru dalam kamus hidup kite semua. Ada berazam ke di awal tahun dulu? Dah tercapaikan aper yg diazamkan tu? Aku takde azam ape2 pon sebab bagi aku tak perlu lah berazam untuk mencapai sesuatu. Aku ni seorang yang free flowing, mengikut kepada keadaan dan keupayaan diri. Kalau angin bertiup ke barat, aku akan ke barat. Kalau angin bertiup ke timur, aku akan ke timur. Tidak bermakna klu kite tidak berazam kite tidak akan mencapai kejayaan.

Jendela 2010, aper yang telah berlaku pada diri aku ni. Kehidupan tetap diteruskan walaupon tahun berubah. Soal kerja, tiada yang menarik. Cume perangai boss yang semakin hari semakin menarik dan menjelekkan. Kadang2 bosan pasal dia asik dok ikot kepala dia jer. Sepanjang tahun 2010 ni, aku telah menduduki dua kali peperiksaan PTK. Yang pertama pada bulan Mac yang berkeputusan aku mendapat Aras III secara keseluruhan dan yang terbaru pada bulan Disember untuk mengambil semula komponen yang tidak mencapai Aras IV dalam peperiksaan yang lalu. InsyaAllah keputusannya akan diketahui pada tahun hadapan.

Pada tahun 2010, tidak banyak harta yang dapat dikumpulkan. Pada bulan Mei, aku telah membeli sebuah katil peraduan baru untuk menggantikan katil lama yang seusia dengan aku. Pada bulan Ogos pula aku telah berjaya menperolehi sebuah jam tangan idaman aku, Tissot. Setelah banyak dugaan yang menimpa dan menghalang aku untuk mendapatkannya, kesabaran aku akhirnya berbalas tatkala aku berjaya mendapatkannya. Aku puas...

Tahun 2010 juga aku lebih banyak keluar makan angin. Sejak2 ade Cik Siti Nur memang panjang kaki aku pergi ke tempat yang sebelum ini aku tak pernah sampai. Pada bulan Jun aku telah pulang ke kampung di Johor untuk menghadiri perkahwinan seorang sepupu di JB. Pada bulan Jun juga aku telah pergi ke Sungai Congkak sebagai aktiviti jalan2 hujung minggu. Kemudian pada bulan Julai, aku telah ke Taiping Perak mengikuti kursus dan hari keluarga anjuran pejabat aku selama 2 hari 1 malam. Untuk aktiviti jalan2 hujung minggu pula aku telah ke Port Dickson. Diikuti untuk bulan Ogos dan Oktober, aku telah ke Hutan Simpan Negeri Selangor dan ke Colmar Tropicale Bukit Tinggi Pahang. Finale aktiviti jalan2 aku pada tahun ini, aku telah menghadiri jemputan kenduri kahwin adik sahabat baik aku di Tangkak Muar Johor. Terlanjur ke Tangkak, aku terus bercuti2 Malaysia di Melaka pada bulan November.

Tidak kurang juga, tahun 2010 ini dipenuhi dengan berita2 sedih dan gembira. Pada bulan Februari, sehari sebelum ulang tahun kelahiran aku, aku telah ditimpa kemalangan. Alhamdulillah, aku masih lagi diberi peluang untuk hidup. Sejak dari kejadian ini, aku rasakan bahawa diri aku telah phobia untuk menunggang moto lagi. Pada bulan May, aku telah menerima satu surat saman dari PDRM. Saman aku yang pertama sejak memperolehi lesen memandu lebih 10 tahun yang lalu. Saman telah dilunaskan pada bulan Disember ini. Tahun 2010 juga menyaksikan dua kematian mereka yang bergelar saudara kepada aku. Pada bulan Ogos, Tok Long aku telah meninggalkan kami setelah lama sakit. Kami bergegas pulang ke Johor pada tengahari itu dan setibanya kami, jenazah telah pon disemadikan. Diikuti pada bulan September, Pak Usu aku menghembuskan nafasnya yang terakhir secara mengejut semasa sedang bertugas di pejabat. Tidak dapat melihat jenazah kerana bedah siasat terpaksa dijalankan. Alhamdulillah.. pada bulan November 2010, kami menerima berita gembira, kelahiran seorang ahli keluarga baru. Anak ketiga kepada kakak aku menambahkan seorang lagi cucu mak dan ayah aku kepada 9 orang.

2010 berlalu pergi. Yang tinggal hanyalah kenangan untuk tidak dilupakan. Semoga tahun 2011 akan lebih baek dari tahun 2010. InsyaAllah. Kita doakan yang terbaek. Amin.


~Salam Sayang~

29 December 2010

322 : Mari Menonton

Semalam berpeluang menonton sebuah filem terbaru di panggung iaitu filem komedi Gulliver's Travels. Kurang pasti pulak sama ada filem ini diadaptasi dari buku karya Jonathan Swift dengan tajuk yang sama atau tidak kerana aku tidak pernah pulak membaca buku tersebut.

Filem ini mengisahkan bagaimana Gulliver, seorang pekerja bilik surat di Manhattan telah menipu untuk mendapatkan tugas sebagai seorang pengulas perlancongan. Tugasan pertama beliau adalah untuk mengulas mengenai Segi Tiga Bermuda. Perjalanan beliau ke Segi Tiga Bermuda telah dilanda ribut dan akhirnya beliau telah terdampar di sebuah pulau di mana terletaknya kerajaan Liliput, yang dihuni oleh manusia kecil. Beliau telah dipenjarakan dan dikerah untuk melakukan kerja2 berat di Liliput.

Gulliver akhirnya mendapat kepercayaan dan disanjung tinggi oleh penduduk Liliput tetapi telah mempermainkan kepercayaan penduduk Liliput terhadap beliau dan akhirnya memakan diri beliau sendiri. Bagaimanakan Gulliver mendapatkan semula kepercayaan penduduk Liliput dan apakah adventur2 yang terpaksa dilalui Gulliver sepanjang beliau di Liliput. Saksikan filem ini di pawagam2 berhampiran anda.

Bagi aku filem ni ok. Tidak membosankan dan banyak adegan2 komedi. Visual effect yang menarik walaupon ade kadang2 ternampak macam animasi. Ape2 pon aku berikan 3.5/5 bintang kepada filem ini. Selamat menonton.




Beberapa snapshot dari filem Gulliver's Travels

26 December 2010

321 : RM300,000

Kepada penjawat2 awam mesti tahu apa itu Peruntukan Vot 35000 atau Objek Sebagai 35000. Peruntukan ini adalah peruntukan yang dipohon oleh jabatan bagi perolehan aset. Untuk tahun 2011, unit aku telah diluluskan OS35000 sebanyak RM300,000 setelah beberapa tahun unit aku tidak diluluskan walau sesen pun permohonan untuk vot ini. Sepanjang aku berkhidmat di unit ini, ini adalah kali pertama kami diluluskan vot sebanyak ini. Wow !!

Kami telah diminta untuk menyenaraikan peralatan2 yang akan dibeli untuk tahun hadapan oleh Pejabat Bendahari. Bos telah memanggil aku untuk membincangkan perkara ini. Aku memaklumkan kepada bos bahawa kita pernah membuat permohonan untuk peruntukan ini bagi tahun 2011, 2012 dan 2013 dan kita perlu semak semula permohonan yang telah dibuat. Aku juga memaklumkan bahawa beberapa peralatan tersebut telahpon diperolehi pada tahun ini, makanya tidak perlu untuk membeli lagi pada tahun hadapan. Aku turut memaklumkan bahawa kita pernah memohon untuk pembelian Mechanical Mobile File Cabinet, Pharmaceutical Refrigerator dan beberapa peralatan perubatan dan peralatan2 ini boleh dibeli menggunakan peruntukan yang telah diluluskan ini.

Bos macam tak teruja dengan apa yang aku cadangkan. Sebaliknya bos mencadangkan agar dibeli sebuah lagi Ambulan. Dahi aku mula berkerut. Kenapa nak dibeli lagi sebuah ambulan? Sekarang dah ada 1, 1 lagi dalam proses perolehan. Kalau dibeli lagi satu, sudah ada 3 buah. Siapa pulak nak memandunya? Pemandu ada sorang jer. Mabuk ape bos aku ni. Aku malas nak membantah, since rekod aku dengan dia pon telah sedia buruk. Bos kemudiannya menyerahkan pada aku untuk mencadangkan perkara2 yang perlu dibeli dengan peruntukan tersebut. Sebelum aku meninggalkan bilik bos, dia mencadangkan pulak pembelian sebuah kereta ala2 Alza untuk kegunaan staf melakukan tugas2 luar. Dalam hati aku 'What the f***'. Secara spontan aku berkata, 'U nak beli kenderaan banyak2 ni buat aper? Bendahari bole query tau kenapa kite nak beli kenderaan banyak2'. Bos tak berkata apa2.

Bila aku menyerahkan cadangan aku, aku tak masukkan langsung Ambulan dan Alza tuh, sebaliknya aku meletakkan perolehan keperluan pejabat sehingga RM100,000. Selebihnya untuk perolehan kelengkapan perubatan. Aku dengar bos tak setuju dengan cadangan aku. Tapi masalahnya dia tak bagitau aku pon. Sebalinya dia pergi bising kat orang lain. Ini lah perangai bos aku tuh. At the end of the day, aku tanya kerani kewangan aku pasal bende ni. Dia kata, bos takde cakap ape2 pon, dia setuju je.


~Salam Sayang~

24 December 2010

320 : Jom Main CityVille


Welcome To CityVille

Haha... Jom kite maen game CityVille. Sejak2 BukuWajah memperkenalkan game ni beberapa minggu lalu, aku macam dah teraddict plak ngan game ni. Layan punya layan kadang2 tak sedar masa berlalu pergi, dah pukul 1 pagi. Esok nak keje, tapi kol 1 pagi masih lagi mengadap CityVille. Kepada peminat2 game FarmVille, game ini adalah untuk anda semua.

Kepada mereka yang takde BukuWajah, mai cheq habaq kat hangpa semua pasai game ni. Game ni merupakan sebuah game ala2 perancangan bandar dan wilayah yang mana kita membangunkan sebuah bandar dengan mengunakan sumber2 yang terhad dari segi kewangan dan sumber bahan mentah. Disamping itu juga terdapat matlamat2 yang perlu dicapai untuk meningkatkan level dan menerima hadiah2 misteri yang disediakan. Bagaimana kita membangunkan bandar tersebut, terserahlah kepada kekretivitian anda semua.

Sehingga sekarang, aku telah mencapai Level 31. Perjalanan game ni masih lagi panjang dan mungkin di masa hadapan akan lebih menarik lagi seperti yang telah dilakukan di FarmVille. Kepada yang baru nak berjinak2 dengan CityVille, sila add saya sebagai jiran anda k....


~Salam Sayang~


Ni lah bandar aku, Zzeefa City

22 December 2010

319 : Penilaian Tahap Kecekapan

Percubaan kedua untuk mengambil semula komponen yang tidak mencapai Aras IV dahulu. Mungkin ini adalah PTK yang terakhir yang akan dijalankan di tempat aku. Tak tahu lah di masa hadapan ada lagi atau tidak penilaian seumpamanya di Malaysia. Atau mungkin nama saja tukar, tetapi skemanyer tetap sama.. hehehe

Komponen yang aku ambil ni adalah Komponen Fungsional yang terdiri daripada dua perkara. Pertama, kene menyerahkan satu tugasan individu yang membawa sebanyak 40% markah dan kedua, penilaian Ketua Jabatan yang membawa 60% markah. Minggu lepas, 13/12/2010, aku telah pon mengambil kertas soalan untuk tugasan individu. Diberi 3 soalan cume perlu jawab 1. Alhamdulillah, selama 3 petang aku stay-back kat opis untuk menyiapkan tugasan ni, siap juga akhirnya. Due date untuk tugasan ni adalah hari jumaat 24/12/2010.

Tak berapa yakin aku dengan aper yg aku dah siapkan. 3 soalan cume satu yang aku tau, tapi bila buat, tak konfiden plak. Takpe lah, aku dah berusaha, klu ade rezeki bole dapat aras IV tuh. Bole mohon untuk kenaikan tangga gaji. Kalau tidak... berusaha lah lagi...


~Salam Sayang~



Gambar Hiasan

18 December 2010

318 : Kalau Orang Kata Ko Bongok, Ko Marah... Tapi...


Siapakah tuan empunya kenderaan ini?

Tak tahu lah siapa tuan empunya kereta ni. Dari mana dia belajar bawak kete pon tak tahu lah. Macam dah takde akal nak berfikir, tak pernahnya nak pikir perasaan orang lain. Ikut sukati mak bapak dan mak bapak mertua dia jer. Baek beri kepada monyet jer kepala hotak dia tuh.

Kalau ikutkan hati aku yg suci murni ni, nak jer aku blok kereta ni. Biar dia tak dapat keluar, biar dia pulak cari tuan punya kereta yang blok kerete buruk dia tuh. Tapi bile dok pikir yang kereta aku baru berusia setahun jagung tu, aku pendam kan jer niat jahat aku tuh. Mane lah tau, kan dia takde otak, dilanggarnye pulak Cik Siti aku, tak ke naya. Klu Cik Siti dah berusia senja, nak jer aku teruskan niat jahat aku tuh.

Wahai tuan punya BFJ2317, ko tak reti nak parking masuk kotak ker? Atau tinggi sangat darjat Iswara ko tu sampai konker sampai 3 kotak parking? Dah le parking macam tu, tak reti2 pulak nak alihkan awal sebelum orang lain masuk keje. Susah sangat ke nak parking betul2. Klu ko parking betul2, takde orang nak sumpah seranah maki hamun ko. Kalau orang kata ko bongok, ko marah.. tapi... lu pikir lah sendiri....


BFJ2317

14 December 2010

317 : Mari Menonton

Hari ahad lepas seorang kawan mengajak aku menonton wayang. Filem aper yg kami tonton kali ini? Ini adalah sebuah filem tempatan terbaru yang bertajuk Hantu Kak Limah Balik Rumah. Mendengar tajuk pon dah bole buat tergelak. Tapi itu lah hakikatnya, filem ini merupakan sebuah filem komedi seram yang berkesinambungan dari filem Zombi Kampung Pisang.

Filem ini mengisahkan bagaimana penduduk Kampung Pisang sekali lagi digemparkan dengan kehadiran hantu di kampung mereka apabila jiran Husin iaitu Kak Limah tiba2 berkelakuan aneh dengan rambut yang mengerbang. Kehadiran hantu Kak Limah ini dikuatkan lagi dengan penemuan mayat di dalam rumah Kak Limah itu sendiri.

Pelbagai cara telah dilakukan oleh penduduk2 Kampung Pisang untuk menghalau hantu Kak Limah termasuklah mengupah Pawang Indonesia dan Bomoh Siam. Tetapi semua usaha mereka sia2 sahaja. Dan akhirnya mereka semua bertindak untuk membakar rumah Kak Limah dengan harapan hantu Kak Limah akan lari dari kampung mereka.

Filem ini padat dengan aksi2 lucu yang akan membuatkan korang semua tak kering gusi ketawa. Malah aku sendiri sampai terbatuk2 tergelak dek lawak mereka yang bersahaja. Disamping itu juga, filem ini turut menyelitkan aksi cinta diantara Husin dengan Che' Nin.

Dapatkah penduduk Kampung Pisang menghalau hantu Kak Limah itu? Siapakah yang akhirnya dapat menghurai misteri hantu Kak Limah itu? Pssttt.... ade surprise diakhir filem ini. Jangan lupa, saksikan filem ini di pawagam2 berhampiran anda. Aku beri filem ni 3.75/5 bintang.


Ini lah dia Hantu Kak Limah..


~Salam Sayang~

13 December 2010

316 : RM300

Akhirnya dapat juga aku melunaskan saman2 tertunggak aku yang berjumlah RM300. Free2 jer memberi polis RM300. Nasib baek ade diskaun 50%, klu tak mampus aku nak bayar RM600. Niat di hati nak bayar guna MyEG tetapi niat suci murni aku tu terbantut setelah beberapa kali online MyEG, sistem akan hang tatkala hendak memilih mode pembayaran. Khuatir akan perkara2 yg tidak diingini berlaku aku memutuskan untuk membuang masa beratur di kaunter untuk membuat pembayaran.

Sabtu lepas aku dengan seorang kawan telah pergi ke Kaunter Trafik di The Curve. Memandangkan sabtu lepas, Selangor cuti, maka kami berfikir bahawa Kaunter Bayaran Saman Trafik di IPD Gombak pon turut tutup juga, sebab tu lah kami ke sini. Ingatkan tak ramai orang, rupa2nya panjang juga barisannya pada petang itu walaupon masa untuk pembayaran tinggal 1 jam sahaja lagi sebelum ditutup. Yang tak berapa cerdiknya, kaunter pembayaran hanya 1 sahaja yg buka. Ditambah pula dengan orang yang samannya berjela2 panjang menambahkan lagi kesesakan dan menjadi faktor penyebab kelewatan.

15 minit sebelum kaunter ditutup, seorang pegawai bertugas memaklumkan kepada orang ramai bahawa kaunter akan ditutup pada pukul 6.00 petang walaupon masih terdapat kira2 30 orang di dalam barisan. Perkara ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dikalangan orang ramai yang rata2nya telah beratur hampir 1 jam. Orang ramai mula bising menyalahkan itu dan ini. Ada yang terus beredar dan ade yang masih setia di dalam barisan. Aku mengajak kawan aku blah sahaja dan datang keesokan harinya, tetapi kawan aku tu tidak mahu berganjak. Alhamdulillah kami menjadi orang yang terakhir membuat pembayaran sebelum kaunter ditutup. Mereka dibelakang kami mula kecoh dan seperti nak merusuh. Nyaris tak roboh kaunter tuh. Hehehe



Suasana Kaunter Trafik pada petang itu


~Salam Sayang~

08 December 2010

315 : Setahun Sudah Berlalu



Hari ini 8 Disember 2010, genaplah setahun aku bersama dengan Cik Siti Nur. Dalam masa setahun ini telah jauh Cik Siti Nur berjalan. Mileage Cik Siti Nur sudah menghampiri 21000km. Cik Siti Nur telah pon sampai ke Johor Bharu dan Pulau Pinang. Cik Siti Nur juga telah sampai ke Melaka, Port Dickson dan Bukit Tinggi. Setiap hari aku aku membawa Cik Siti Nur ke pejabat memandangkan jalan yang aku lalui setiap hari tidak jem seperti jalan2 lain di Kuala Lumpur ini. Sehingga kini Cik Siti Nur tidak pernah membawa apa2 masalah kepadaku. Cik Siti Nur telah dua kali terlibat dalam kemalangan kecil, mempunyai calar di bumper kiri depan dan kerosakan di bumper kanan depan yang mana aku belum lagi membawanya untuk diperbaiki. Sepanjang setahun ini jugalah Cik Siti Nur telah 3 kali disaman. 1 saman parking di Pasar Borong Kuala Lumpur dan 2 lagi saman speed trap di Jalan Ipoh dan Taiping. Yang mana ketiga2 saman masih lagi tertunggak (hehehe) akan dilunaskan sementara masih ade diskaun yang diberi.


~Salam Sayang~

06 December 2010

314 : Mari Menonton

Tahap kesihatan aku semakin baik. Alhamdulillah. Sakit tekak sudah hilang sepenuhnya, terima kasih kepada Dequadine. Cume batuk jer tak hilang2 lagi, bertambah teruk bila waktu malam, rasa macam nak terkeluar anak tekak. Terganggu waktu tidur ku.

Semalam berkesempatan menonton wayang filem The Chronicles Of Narnia : The Voyage of The Dawn Treader in 3D. Tak merancang pon nak menonton filem ni semalam, sepatutnya nak bermain boling, sebaliknya termenonton plak. Walaupon bayaran tiket yg dikenakan agak mahal kerana 3D, kami tetap menonton kerana tak tau bile lagi nak menonton filem ni. Ini adalah kali pertama aku menonton filem 3D di panggung.

Bagi peminat2 filem The Chronicles Of Narnia, jangan lepaskan peluang untuk menonton filem ini kerana ia tidak sama dengan 2 filem sebelum ini. Filem ini mengisahkan bagaimana Edmond dan Lucy Pevensie bersama seorang sepupu mereka telah dibawa ke Narnia sekali lagi dan mengembara di atas kapal Dawn Treader bersama King Caspian untuk mencari tujuh orang Lord yang telah hilang. Pengembaraan mereka telah membawa mereka ke beberapa buah pulau dan mereka terpaksa berdepan dengan pelbagai dugaan. Apakah dugaan2 yang terpaksa dilalui oleh anak2 kapal Dawn Treader? Saksikan di pawagam berhampiran anda. Tarikh tayangan bukan 3D bermula pada 9 Disember 2010.

Bagi aku, cerita ni sangat menarik dari segi kesan efek 3d dan grafiknya. Tetapi jalan cerita agak perlahan dan kurang aksi lawan2 tidak seperti 2 filem sebelum ni. Walau bagaimanapun filem ini tidaklah seboring filem Harry Potter and the Deathly Hollow Part I yg aku tonton bulan lepas. Aku bagi filem ni 4/5 bintang.


~Salam Sayang~

03 December 2010

313 : Aktiviti Makan - Makan

Rabu lepas, 1 Disember ade aktiviti makan2 kat opis aku. Ade seorang kakak tu sudi nak jamu kami makan sempena beliau mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009. Tahniah kepada kakak itu. Jadinya, Rabu lepas, makanan dari pagi sampai ke petang disponser oleh kakak itu. Terima kasih daun keladi.

Menu kami untuk hari itu adalah mee bandung, laksa johor, rojak buah, bubur kacang, dadih dan air mata kucing.


Main Menu - Mee Bandung


(1) Syida tak ingat2 amik laksa tuh (2) Laksa


Bubur kacang campur jagung


(1) Bahan-bahan untuk rojak buah
(2) Ida dan kak Salmi tak toleh kiri kanan



Rojak buah... nyam3

Dek kerana sedap sangat dan selepas minum bergelas2 air mata kucing tu, pada malam hari nya, batuk aku semakin mejadi2... ados...


~Salam Sayang~