30 August 2010

279 : Blog Award



Hari ni dapat lagi satu award. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada saudara Kelana Fana kerana sudi menganugerahkan saya 'Blogwalking Award 2010'. Saya amat terharu dengan penganugerahan ini memandangkan saya hanyalah silence reader blog beliau dan kadang-kala tak melawat langsung. Dengan pengurniaan anugerah ini, saya akan cube untuk blogwalking ke blog2 yang tersenarai di dalam blog list saya.

Setiap anugerah datangnya dengan soalan2 cepumas yang perlu dijawab. Inilah soalan2nya dan saya akan cube untuk menjawab sejujur yang mungkin tanpa memberikan jawapan2 yang menyinggung perasaan mana2 pihak dan menyentuh sensitiviti mana2 pihak yang telibat atau tidak..

1. Apakah yang bermain di minda anda sekarang?
---> Mengantuk nyer, nak tidor ke tak???

2. Apakah nama samaran anda?
---> afeezz (bukan nama sebenar)

3. Siapakah 3 orang yang paling kamu sayang?
---> Mak, ayah dan satu lagi masih kosong, sesiapa yang berminat, bole ejas.

4. Panggilan untuk si dia?
---> Saya masih solo, single and available

5. Hadiah yang anda impikan dari seseorang yang istimewa?
---> Kasih, sayang, kesetiaan, kejujuran ini sudah memadai

6. Blog yang selalu anda lawat?
---> Blog2 yang selalu update dalam senarai 1st Blog List dan 2nd Blog List saya

7. Tagkan kepada 15 blogger
(Aku rasa 4 ni je lah yang bole harap nak buat tag ni, yang lain diragui kebolehan mereka)


~Salam Sayang~

29 August 2010

278 : Movie Time



Masa untuk menontong wayang lagi. Kali ni kita saksikan cerita bertajuk The Expendables. The Expendables di bintangi oleh ramai pelakon2 aksi handalan seperti Stallone, Statham dan Jet Li dibantu pula oleh Steve Austin, Bruce Willis dan Arnold Susahnakeja dan beberapa orang pelakon yg aku tak tahu namanya tetapi amat kenal wajah mereka. Filem yang pada dengan aksi tembak menembak, lawan2 dan meletup tidak sesuai untuk tuntutan bawah umur kerana mempamerkan aksi ganas seperti putus kepala, pecah perut, potong tangan dan sebagainya.

Cerita ini mengisahkan bagaimana sekumpulan pembunuh upahan yang telah diupah untuk membunuh seorang diktator yang telah merampas kuasa di sebuah pulau. Dengan bantuan anak perempuan kepada Jeneral yang telah dibonekakan pada mulanya, kumpulan pembunuh upahan ini telah merancang dan melakukan serangan ke atas kubu diktator tersebut untuk menyelamatkan anak perempuan Jeneral yang telah dijadikan tahanan. Bagaimanakah kisah selanjutnya? Macam biasa lah, saksikan sendiri di pawagam2 berhampiran anda.


~Salam Sayang~

27 August 2010

277 : Selamat Hari Merdeka



SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN
MALAYSIA KE-53


Kibarkan Jalur Gemilang










~Salam Sayang~

22 August 2010

276 : Kad Raya Oh Kad Raya

Rasanya tradisi mengutus kad hari raya dah menjadi kurang popular kebelakangan ni. Sekarang ni masyarat lebih gemar menghantar ucapan hari raya melalui sms jer.. mudah, cepat dan jimat.

Mudah sebab boleh dibuat di mana2 sahaja hatta di dalam tandas sekali pon, tak perlu keluar membeli kad raya, menulis dengan tangan dan mencari tong pos atau pejabat pos untuk menghantarnya. Lebih mudah kalau ade org bagi kite sms ucapan hari raya, kite forward jer pada kawan2 yang lain.

Cepat sebab dengan satu click sahaja anda boleh menghantar ucapan anda kepada sesiapa sahaja seantero Malaya. Dan sekelip mata sahaja anda akan mendapat ucapan balas hari raya pada mereka2 yang anda hantar tadi.

Jimat sebab klu pos guna Pos Malaysia skrg ni, harga setem klu tak silap RM0.60. Klu pakai sms, harga paling rendah RM0.01 jer bergantung pada perkhidmatan yang anda gunakan. Klu pakai e-mail, percuma.

Zaman aku kanak2 dulu, maner ade sms2 ni, maner ade e-mail2 ni, makanya kad raya lah sebagai pengganti diri menyampaikan ucapan hari raya. Lagi banyak kite bagi kat orang, lagi banyak kite akan dapat balasan. Lagi banyak kite dapat kat raya, maksudnya lebih popular kite. Sedih rasanya klu kite sorang jer tak dapat kad raya, org lain dah dapat 10, kite satu pon tak dpt. Huk..huk..hukk... Selalu compare ngan kawan, 'ko dah dpt berapa kad raya?' Dah dapat banyak kad raya, mesti gantung kad dalam rumah, nak memeriahkan lagi hari raya dan sebagai deko hari raya.

Rasanya tradisi ni dah mula pupus. Kad raya telah tidak mendapat sambutan. Tiada lagi kad2 raya yang digantung sebagai deko di rumah2 semasa raya. Ntah2, budak2 sekarang kad raya pon tak tau ape.

Bagi aku kad raya ade sentimetal valuenya. Ia menunjukkan bahawa orang yang menghantar itu, betul2 menghargai kita sebagai seorang sahabat, kekasih, rakan sekerja or whatsoever. Tanda ingatan tulus dan ikhlas dari pengirimnya.


Kad Raya pertama aku tahun ni, masih ada yang ingat pada aku...

"Pecah Kaca Pecah Gelas
Sudah Baca Harap Balas"

"Pecah Kaca Pecah Tong
Sudah Baca Harap Gantung"

"Pecah Kaca Pecah Sampan
Sudah Baca Harap Simpan"


~Salam Sayang~

17 August 2010

275 : Awak.. Awak, Awak Sayang Kite Tak?

Kite : Awak.. awak. Awak sayang kite tak?

Awak : Erk.. kenapa awak tanya macam ni?

Kite : Sayang tak?

Awak : Iye.. tapi kenapa?

Kite : Terima kasih awak kerana menyayangi kite.

Awak : ????....


Terima kasih kepada semua kerana menyayangi saya. Sayang bukannya di bibir, tapi lahir dari hati. Semua orang perlu sayang dalam hidup ini. Sayang pada ibubapa, sayang pada keluarga. Sayang pada teman2 dan juga kekasih. Tanpa kasih sayang, hidup kesepian.

Layan... S.A.Y.A.N.G dari Ramlah Ram


~Salam Sayang~

15 August 2010

274 : Sepetang Di Alamanda

Ape aktiviti hari sabtu lepas? Duduk2 rumah jer bosan jugak di bulan Ramadhan ni. Bertambah lesu plak klu tak wat ape2. Nak tido, pening kepala asik tido jer. Nak masak untuk berbuka, tak pandai le plak. Kemudian, kawan call ajak berbuka bersama. Aku terus setuju tanpa berpikir panjang memandangkan mmg takde ape2 aktiviti yang telah terjadual hari sabtu tu.

Pukul 6.00 petang aku keluar, singgah di rumah kawan aku tu dan terus menuju ke Serdang. Dan menjadi tabiat agaknya kiteorg ni, bile keluar tak rancang langsung nak ke mana. Akhirnya kami ke Bazar Ramadhan Sri Serdang membeli sedikit juadah berbuka puasa. Untuk berbuka puasa petang itu kami hanya makan murtabak dan air buah sahaja di UPM. Kami lepak di tempat meletak kenderaan berhampiran UPM-MTDC Server Farm dan berbuka puasa ala2 piknik gitu, siap bawak tikar lagi. Cume kami jer yg ade di situ ketika itu, keadaan pun tenang aman dan damai.

Selepas menunaikan kewajiban masing2 kami menuju ke Alamanda untuk makan. Kami makan western style malam itu. Kemudian kami decided untuk menonton wayang. Hehehe... menonton wayang?? Cerita aper yang ditonton hari itu?


The Last Airbender

Alamak... Pengarah dia M. Night Shyamalan lah. Klu cerita arahan dia ni berat sikit, kene berfikir sambil menonton. Klu tak mungkin tak faham cerita dia. Tp aku boleh dikatakan suka gak cerita2 arahan M. Night Shyamalan ni macam cerita The Sixth Sense, The Sign, The Village, Lady In The Water, The Happening sekadar menyebutkan beberapa filem arahan beliau.

The Last Airbender diadaptasi dari cerita kartun Avatar : The Legend of Aang (agaknya lah) mengisahkan bagaimana Aang yang dilahirkan dikalangan Airbender tidak dapat menerima hakikat bahawa beliau adalah sorang Avatar, seorang yang akan menyatukan suku2 bumi dan menghubungkan dunia nyata dan dunia spiritual. Di bumi terdapat puak2 yang dapat menguasai element2 alam iaitu angin, air, tanah dan api. Dalam masa yang sama puak api cube untuk menguasai bumi dengan menyerang kota2 kecil dalam masa yang sama menghapuskan bender2 lain. Dalam masa yang sama cube mencari waris avatar dan menghapuskannya. Kemuncak cerita ini menyaksikan puak api menyerang kubu kuat puak air untuk membunuh roh bulan yang menjadi sumber kekuatan puak air. Dapatkan Aang membantu puak air untuk menumpaskan puak api? Saksikan di pawagam2 berhampiran anda.

Hahaha... Rasanya macam tak best plak ringkasan cerita aku ni. Takpe... saksikan lah sendiri baru korang tau camner ceritanya. Bagi aku cite ni best... Suka binatang besar yang bole terbang tu... So cute....


~Salam Sayang~

13 August 2010

273 : Hutan Lipur Sungai Tua

Ahad lepas berkesempatan berkunjung ke Hutan Lipur Sungai Tua di kawasan Sungai Tua di daerah Gombak Selangor Darul Ehsan. Ini kali pertama menjejakkan kaki di kawasan perkelahan ni, sebelum ni tak tahu pon ada kawasan berkelah yang sangat best di sini walaupon aku tinggal di kampung sebelah jer. Kawasannya masih lagi terpelihara dan diselubungi dengan hutan hujan Khatulistiwa yang menghijau. Air sungainya deras dan jernih. Terdapat keperluan2 asas disediakan seperti tandas, tempat menukar pakaian, tempat duduk, gerai2 jualan. Masuk RM1. Lepas raya nanti aku akan datang lagi ke sana dan bermandi-manda. Hari tu tak dapat mandi-manda kerana tak bawak pakaian mandi...

Nikmatilah gambar permandangan yang diambil menggunakan camera phone cokia saya.


















Maxis takde line, Celcom 2 bar jer....

~Salam Sayang~

12 August 2010

272 : Salam Ramadhan - 1st Day Puasa

Salam Ramadhan. Selamat berpuasa kepada mereka yang berpuasa dan selamat mengganti puasa kepada mereka yang tak berpuasa. Pada mereka yang tak berpuasa tanpa sebab2 musabab yang munasabah, harap2 dapat le tukar perangai tu. Takkan sampai ke sudah takmo berpuasa. Umor dah lanjut, rumah kata pergi kubur panggil mari... hehehe

Semalam kita 1st berpuasa. Alhamdulillah, aku dapat menempuhinya dengan jayanya dan sabar. Mak kejutkan aku pukul 5.00 pagi, tapi pukul 5.15 pagi baru aku bangun. Berat benar rasanya nak meninggalkan tilam dan katil itu. Alangkah nikmatnya klu dapat terus sambung tidor smpi ke tengahari. Pagi tu kami bersahur ala kadar sahaja, nasi berlaukkan sup sayur fucuk dan drummet ayam. Walaupun selalunya aku tak berselera makan pagi2 buta camni, tapi semalam rasanya amat berselera sekali.. huhuhu... mungkin sebab aku suka sup sayur fucuk tu kot. Alhamdulillah.

Sementara menunggu subuh aku online, tengok ape2 yang patut (bulan2 pose ni takleh tgk yg tak patut kan, kurang pahala kite nnt.) walaupon takde aper pon yg patut di tengok. Lagi pon maner le ade orang online pagi2 camni. Hehehe... Mata masih lagi mengantuk, tapi tahan je lah. Pukul 6.25 pagi aku mandi, selesai mandi aku menunaikan tanggungjawab aku kepadaNya dan bersiap untuk pergi keje. Bulan2 pose ni kene masuk opis kol 8.00 plak. Ermm... kacau betul... Keluar rumah 10 minit sebelum pukul 7.00 pagi, tapi... mak ai.... jalan sudah jem. WT*. Bikin panas plak pagi2 bulan Ramadhan yang mulia ni. What to do? sabar je lah...

Di opis plak, adus.. mengantuk giler. Sehari sebelum puasa aku dilanda sakit tekak, perit betul tekak. Makan ubat smpi nyaris overdose. Klu tak, bole masuk ICU aku.. haha.. isk3. Semalam, selsema plak, hidung tersumbat. Klu dah hidung tersumbat, paham2 jer lah, meleleh jer air hingus. Rimas sungguh. What to do, biarkan je lah ia meleleh. Lunch break aku tidor sekejab sekadar merehatkan mata. Bulan pose ni, waktu rehat tengahari dipendekkan ke 30 minit jer. Pukul 2.00 petang mula bertugas semula, segar sikit mata. 4.30 petang... cabut!!!!

Semalam berbuka secara sederhana tapi meriah. Mak masak sambal tumis udang, sayur goreng, ikan dan telur goreng dan air laici. Alhamdulillah, walaupon nampak sikit, tapi kenyang berlebih2 plak. Malam bersolat Isya dan solat sunat Tarawikh di surau berhampiran. Malam ni InsyaAllah, solat Isya dan Tarawikh akan diimamkan oleh Ustaz Zamri TV9... Mari Mengaji...


~Salam Sayang~

10 August 2010

271 : Salam Ramadhan



Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak
kepada semua. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna
dan membawa seribu kerahmatan kepada kita semua.
Amin

~Salam Sayang~

09 August 2010

270 : Berita Kematian



Apa lagi yang boleh diperkatakan setelah menerima berita pemergian seorang insan kembali kepada Penciptanya. Banyak berita kematian aku terima kebelakangan ni sehinggakan kadang2 aku berasa takut. Takut kerana amalku belum cukup sebagai bekalan ke kubur nanti.

Berita kematian pertama aku terima pada 30 Julai lalu bila seorang pelajar UM dikatakan telah terjatuh dari tingkat 5 hanya beberapa langkah dari pejabat aku. Walaupun aku tidak menyaksikan saat2 hembusan nafas terakhir allahyarham tetapi aku tetap berasa sedih dan sebak dihati. Aku hanya dapat melihat sekujur tubuh yang telah ditutup dan aliran darah yang banyak di longkang berhampiran.

Berita kematian kedua aku terima dari sahabat Syima tentang berita pemergian sahabat beliau akibat kemalangan jalan raya. Walaupon aku tidak mengenal beliau, tetapi titipan luahan rasa Syima dalam blog beliau membuatkan aku sebak. Aku turut menumpang sedih membaca coretan2 itu.

Kemudian aku menerima berita kematian Tok Long aku sendiri pada hari Jumaat, 6 Ogos yang lepas dan menyebabkan aku bersama ayah dan ibu bergegas pulang ke Johor pada petang Jumaat itu juga. Setibanya kami, jenazah telah pon disemadikan dan talkin dibacakan selepas itu. Allahyarham telah lama sakit dan ayah dan ibu sempat menziarahi allahyarham di Hospital Sungai Buloh seminggu sebelum allahyarham meninggal dunia.

Semalam, Ahad 8 Ogos, dalam perjalanan pulang dari Sungai Tua, aku telah melewati satu kemalangan di antara sebuah motor berkuasa tinggi dengan sebuah kereta. Penunggang motorsikal itu terbunuh di tempat kejadian dan ketika itu mayat hanya ditutup dengan suratkhabar. Sepanjang perjalanan aku berdoa agar perjalanan aku selamat dan dilindungi Allah. Minta dijauhkan dari kejadian2 seumpama itu kepada aku, ahli keluargaku dan mereka yang aku sayang.

Hari ini, seorang kakitangan aku menelefon. Meminta izin untuk pulang awal kerana datuknya telah meninggal dunia. Aku mengizinkan tanpa banyak bicara..

Al-Fatihah kepada mereka yang telah meninggalkan kita. Semoga mereka berada dikalangan mereka yang diredhai Allah s.w.t. Amin...


~Salam Sayang~

05 August 2010

269 : Blog Award



Terima kasih kepada saudara Madey kerana mengurniakan aku dengan anugerah di atas yang membawa kepada gelaran Dato'. Hehehe.... Dengan penerimaan anugerah ni, makanya beberapa perkara perlu dilakukan.

1. Ucap terima kasih kenapa (lain macam jer bunyinya, kenapa ke kepada Madey oii) orang memberi anda award.
---> Terima kasih daun keladi, ade award lain saya nak lagi

2. Tag 15 orang yang ada fikirkan menarik untuk di baca
---> Ayah Zain - Ceriakan Hari-Harimu
---> Cik iXa - ixarism
---> Che Pit - Cheritera Che Pit Ngeh Ngeh Ngeh
---> Sharom - Probitas Et Fides
---> Kak Ummi Humairah - Suatu Perjalanan
---> Kak Shami2 - Sehari Dalam Hidupku
---> Cikgu Mas - Hidup Ini Sementara
---> Daddy Zuki - To Sir With Love
---> Kak Nija - Valueing Life ... One Second At A Time
---> Mama Ju - Wanita Itu Aku
---> Tikah - Seindah Warna Pelangi
---> Azie - Semuanya Kerana Kasih Dan Sayang
---> Hanis - Senyuman Harapan
---> Boy - Supertobot
---> Puan iXa - ixalicious
---> huh.. ramainya, habis semua dalam list aku... hik hik hik

3. Memberitahu kepada orang-orang yang bertuah di chatbox telah anda tag (terok betul bahasa ko)
---> Yg ni kemudian lah aku buat (kalau rajin)

4. Nyatakan 7 tentang diri anda
---> mengikut urutan rutin, setiap pagi sebelum saya memulakan kerja, saya akan check email di UMMail dan YahooMail, online Facebook, online Tagged dan kemudian layan Blog.
---> most of the time saya datang kerja tapi tak buat kerja, bukan kerana malas tetapi memang takde keje untuk dibuat
---> saya suka makan, berat badan sudah naik 2kg... waaa.......
---> saya tak suka jawab telefon, oleh itu kawan2, text sahaja saya
---> saya lebih suka mengalah daripanda menimbulkan konfrontasi dengan sesiapa saja
---> sanggup travel 100km++ untuk berjumpa orang tersayang, 2x seminggu plak tuh..
---> saya amat indah untuk dicintai tapi amat susah untuk dimiliki (saper yg cakap ni yer??)

Done. Terima kasih


~Salam Sayang~

02 August 2010

268 : Akhirnya Ia Milikku


Aper agaknya dalam kotak ni? Kotak pon nampak
macam special jer...


Wah.. wah..wah... jam tangan rupenye


Tissot... mesti mahal ni kan...


Cantik nye...

Geram2... dah lama dok mengidam nak beli jam baru, akhirnya jumaat lepas tercapai gak hajat aku untuk memilikinya. Dah lama usha jam Tissot ni. Memula tengok berkenan yang lain, masa tu dah rasa nak rembat satu, tapi cume menghalang hati jer nak beli. Kali kedua lalu di depan Kedai Tissot di Mid Valley tu, berkenan yang lain plak. Masa tu hati berbelah bagi, nak beli ke tak, nak beli ke tak.

Pastu di satu hari, aku dah nekad nak beli, mmg nak pegi beli, tapi malangnya aku terlibat plak dalam satu kemalangan, terus punah harapan aku nak memiliki Tissot pada masa tu. Masih lagi memendam hajat untuk memiliknya, nak pergi jugak pada suatu hari, tetapi.. ade sesuatu kejadian yang menghalang dan membuat aku kecik hati pada hari itu, terus merajuk taknak pegi belinya. Jumaat lepas, tanpa di duga aku berjaya memilikinya setelah beberapa kali kecewa. Tujuan ke Mid Valley pada jumaat lepas untuk mencari benda lain, tetapi aku membeli Tissot plak. Gembira hati tak terkira. Kali ni berkenan yang lain plak. Alhamdulillah.. dapat jugak akhirnya.


~Salam Sayang~

267 : Sepetang Di E@Curve

Macam biasa lah, klu hujung2 minggu ni bagi aku amat membosankan. Tak tau nak wat aper di rumah, cume makan (klu ade makanan), minum, berak, kencing, tido, tengok tv, online jer. Semalam ajak seorang kawan pi menonton wayang. Nasib baek dia bersetuju dengan cadangan aku tuh, takde le boring aku hari minggu ni. Kami menaiki Cik Siti dan memecut menuju ke Mutiara Damansara yang macam kampung sebelah jer.

Rancangan kami nak tengok samada cerita Salt atau Sorcerer's Apprentice. Setelah berbincang pro dan kontra, itu dan ini kami memutuskan untuk menonton Sorcerer's Apprentice. Waktu tayangan pada jam 3.35 petang. Sambil menantikan waktu tayangan kami telah menikmati Nasi Ayam Penyet di Waroeng Ayam Penyet di The Curve.

Sorcerer's Apprentice mengisahkan bagaimana salah seorang daripada tiga orang pelajar seorang ahli sihir zaman silam, Merlin yang bernama Balthazar berusaha mencari seorang yang telah diramalkan oleh Merlin sebagai Prime Merlineon yang boleh menghapuskan sorang ahli sihir jahat yang bernama Morgana. Pencariannya telah menemukannya dengan Dave, seorang budak berusia 10 tahun. Di dalam pencarian itu juga Balthazar terpaksa berdepan dengan pelbagai rintangan terutama dengan bekas rakan segurunya yang telah berpaling tadah untuk membantu Morgana. Dapatkan Balthazar melatih Dave menjadi Prime Merlineon? Dapatkan Dave menewaskan Morgana dan kuncu2nya? Saksikan sendiri di pawagam2 berhampiran anda.


~Salam Sayang~