29 April 2010

235 : Jumpa Lagi Tahun Hadapan

Perjuangan di arena Bola Jaring telah berakhir. Semalam perlawanan terakhir Zon 6 di peringkat kumpulan. Kami bermain dengan baik jika dibandingkan dengan dua perlawanan sebelum ini. Telah wujud persefahaman diantara pemain terutama di bahagian tengah. Masih banyak yang perlu diperbaiki terutama dari segi passing yang nampaknya semua pemain mempunyai kelemahan. Perlawanan semalam berkesudahan dengan seri 6-6. Dengan 2 kekalahan dan 1 seri, punahlah harapan Zon 6 untuk masuk ke semi-final.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua pemain. Walaupun tewas, kite tak tewas dengan telor ayam. At least kita memberikan saingan. Itu semangat kesukanan. Kepada semua pemain, Firdaus, Azmi, Amin, Saiful, Syed, Khairul, Wan, Shamrul dan Wahid, tahniah dan terima kasih. Tahun depan kite cuba lagi.

27 April 2010

234 : Perjuangan Diteruskan

Semalam perjuangan aku di arena sukan diteruskan lagi. Kali ini gelanggang Bola Jaring menjadi medan pertarungan kami. Tahun ini merupakan tahun ke 2 permainan Bola Jaring Lelaki dipertandingkan di Karnival Sukan Staf UM.

Semalam pasukan aku, Zon 6 turun untuk kali pertama untuk pertandingan ini. Permainan kami adalah permainan ke 4 semalam dan bermula pada pukul lebih kurang 8 malam. Team kami bermain dengan baik menentang Zon 3. Tetapi mungkin kerana kurang latihan dan kurang pengalaman oleh pemain2 baru, Zon 6 tewas kepada Zon 3 dengan 8-5. Bertambah malang lagi, seorang pemain kami telah mengalami kecederaan yang mungkin dia tak boleh main untuk game berikutnya.

Petang tadi, Zon 6 turun lagi untuk perlawanan kedua di peringkat kumpulan. Kali ini kami telah bertemu dengan Zon 1. Banyak kesalahan telah dilakukan menyebabkan pasukan lawan mendapat bola tatkala pasukan kami dalam posisi serangan. Banyak jugak kesalahan yang telah dilakukan di peringkat pertahanan dan menyebabkan pasukan lawan mendapat lontaran gol dengan mudah. Keputusannya, Zon 6 tewas untuk kali kedua dengan jaringan 10-4.

Esok perlawan terakhir di peringkat kumpulan. Susah nak agak samada Zon 6 dapat masuk semi-final atau tidak. Kalau tengokkan kepada kedudukan, mungkin tiada harapan. Kalau tewas lagi esok, bermakna nak cium bau tempat ke-4 seperti tahun lepas amatlah mustahil.

26 April 2010

233 : Dari Kerana Mata

Dari kerana mata, yang mempunyai kuasa. Ohh... aku tirgoda, aku tirgoda tirkiciwa. Dari kerana mata......

Entah kenapa lah sejak hari sabtu lepas mata aku merah jer. Dah jadi macam mata penagih dadah plak. Nak kata sakit mata, mata tak pulak berair, tak pulak banyak taik mata. So, apelah masalah problem nye.

Dan sejak kebelakangan ni, mata aku asik berpinar2 jer. Pastu terasa sakit bile kene cahaya yang terang. Kadang2 nak tengok tv pon terasa sakit.

Nasib baik lah aku bekerja di sebuah klinik. Sat lagi nak jumpe doktor... huhu...


~Salam Sayang~

21 April 2010

232 : Tag Dari Encik Che Pit - Part II

Hari ni kene tag oleh Encik Che Pit @ Ceritera Che' Pit ngeh... ngeh... ngeh... Disebabkan koleksi gambar kat komputer opis kurang mengghairahkan, maka aku buat bende ni di rumah. Kat umah gambar2nya memberangsangkan jugak.

Oklah, di antara perkara yang perlu dilakukan oleh mereka yang kene tag :


1. Go to your photo files, select the 3rd photo folder.

2. Select the 3rd photo in that folder.

3. Post that photo along with the story behind it.

4. Then challenge 3 blogging friend to do the same



Dan inilah hasilnya...


Hahah.... ini lah gambar yang mengghairahkan itu. Kenal atau tidak? Ini adalah budu campur ikan masin. Sedapp... Aku makan budu campur ikan masin ni masa aku melancong ke Kota Bharu, Kelantan somewhere in Ogos tahun lepas. Kawan aku bawak makan ke sebuah kedai makan di KB yang lebih popular dikenali sebagai Cikgu Nasi Ulam. First time aku makan nasi ulam dan first time gak tengok nasi ulam. Oleh kerana aku ni bukan spesies kambing bertubuhkan manusia, maka aku tak makan ulam2 yang dihidangkan.. Dah habis cerita



Tugas seterusnya, celen 3 orang blogger untuk melakukan perkara yang sama...


1. Nor Atikah @ Seindah Warna Pelangi - sebagai seorang camerawomen amatur, sure banyak gambar dalam lappy ko kan....


2. Cikgu Mas @ Hidup Ini Sementara - aku bet mesti keluar gambar makanan punya


3. Ayah Zain @ Ceriakan Hari-Harimu - ade aku kesah, ko kene wat jugak. Mesti dalam komputer AZ ni pon penuh dengan gambar...



~Salam Sayang~

231 : Jangan Baca

Hari ni bad mood. Sampai-sampai keje pagi tadi aku happy. Tiba2 ade plak seseorang tu buat p*lat, terus aku bad mood pagi ni. Dan klu aku dah bad mood pagi2, sampai ke petang perangai aku akan macam ni. Memang pantang betul aku pagi2 dah ade orang buat s*al kat aku. Sorry, entry ini akan penuh dengan kata yang tak sepatutntya.

Bila sorang dah buat mood aku down, benda2 yang lain pon akan buat aku sakit hati gak. Pagi tadi tiba2 sorang staf aku datang merengek2 kat aku pasal cuti. Dia cakap dia dah apply secara online, email kepada pengganti dah terima tetapi aku sebagai pelulus pertama tak menerima ape2 permohonan. Disebabkan dia taknak permohonan cuti tu menjadi Cuti Kecemasan, dia pon merengek2 kat aku. Dia tanya nak buat macam mana. Aku jawab ringkas jer, "macam tu lah, apply je lah EL". Dia macam tak puas hati. Ceritanya lagi, perkara yang sama pernah terjadi kat BAPAK dia (yang mana bapak dia pon keje UM gak), tapi boss bapak dia tolong uruskan agar cuti tu tak jadi Cuti Kecemasan. Aku memang boleh buat macam tuh, tapi, sebagai Pentadbir Sistem Cuti, aku rasa aku tak boleh buat macam tuh. Kalau dah EL, buat je lah macam EL. Yang aku marah tu, apply dah lama, tapi punya lah malas nak bertanya kenapa cuti tak diluluskan lagi. Esok dah nak cuti, hari ni baru nak bertanya. Last2 aku buat bodoh jer, malas aku nak layan dia. Aku dah cakap aper yg perlu kene buat, klu takmo ikot, laen kali jangan bertanya.

Kemudian, datang sorang staf laen plak, pulangkan pendrive yang dia pinjam dari aku semalam. It's ok jer. Beberapa minit kemudian dia datang semula, nak pinjam balik pendrive tu. Aku yg hangat hati tadi tak hilang lagi, terus maki, "ko ni tak habis2 lah....". Staf tu hanya tersenyum sumbing dan terus berlalu. Beberapa minit kemudian staf tu datang lagi, "ko bole tolong printkan tak?..." Ya Allah Ya Tuhan ku, berilah tahap kesabaran pada diriku. "Kat saner punyalah banyak komputer kosong, kat sini gak ko nak print!!!...", sia2 kene maki staf tu.

Ok2... cukuplah tu, walaupon ade lagi bende yg buat aku rasa macam nak terajang seseorang jer.....

20 April 2010

230 : Kuih Flat

Kuih ni dikenali dengan nama Kuih Lapis. Tak tahu pulak kalau ada nama lain untuk kuih ni. Kawan baik aku panggil Kuih Flat, sebab kuih ni berlapis-lapis dan bertingkat-tingkat macam rumah flat. Jadi, aku pon dah terikot-ikot dia panggil kuih ni dengan nama Kuih Flat.

Pagi ni aku ke kantin untuk membeli sarapan pagi. Semua sarapan kat sini sudah membosankan, asik-asik benda yang sama jer, mee goreng, bihun goreng, kueteow goreng, meggi goreng, nasi lemak. Adus, loya dah tekak nak makan bende yang sama jer hari2. Salah satu kedai ade menjual kuih-muih termasuklah kuih flat. Dah lama rasanya aku tak merasa kuih flat, nak dijadikan cerita, aku ambillah sepotong. Balik ke opis, aku pon bersarapan.

Kecewa rasa hati bila kuih flat ni tak sesedap kuih-kuih flat lain yg pernah aku rasa sebelum ini. Rasanya hambar, mungkin resepinya telah tidak setradisional kuihnya. Mungkin telah di moden kan. Maka, rasa asli kuih flat ini telah tiada. Kuih flat tradisional hanya ada 2 kaler, merah dan putih. Tapi sekarang, kuih flat moden telah ade pelbagai jenis kaler, hijau, kuning, ungu (sekadar menyebut beberapa kaler) dan rasanya pon pelbagai mengikut citarasa pembuatnya.

Kuih Flat takkan menjadi kuih febret aku, tapi sekali sekala teringin jugak nak merasa kuih flat yang sedap.


~Salam Sayang~

18 April 2010

229 : Dari Rembau Ke Sunway

Semalam aku menerima jemputan ke kenduri seorang sahabat di Rembau, Negeri Sembilan. Kenduri sempena sahabat aku ni akan pergi menunaikan umrah di Tanah Suci. Perjalanan kami seramai 5 orang dalam sebuah kereta bermula di Shah Alam pada pukul lebih kurang 12.00 tengahari. Perjalanan kami dihiburkan dengan dendangan lagu2 Indonesia, seperti Wali Band dan Hetty Koes Endang dan lagu2 Latin yang tidak difahami maksud lagunya. Diselang-seli pula dengan sesi karaoke oleh tuan driver dan hilai ketawa penumpang2 belakang.

Lebih kurang pukul 2.oo petang, kami tiba ditempat yang dituju tanpa sebarang kesesatan walaupon tanpa menggunakan GPS. Ketibaan kami disamut oleh tuan rumah sendiri. Terlalu banyak juadah yang disediakan sampai tak termakan kami adanya. Dari Masak Lomak Cili Api Udang dan Rebung, Sambal Sotong, Gulai Labu, Ayam Goreng, Ikan Masin hanya sebahagian darinya. Ditambah lagi dengan Laksa, Bubur Kacang dan pelbagai jenis kuih muih dan kek. Agak2nya kene dok sana sampai malam klu nak merasa semua juadah yang dihidangkan itu. Tidak cukup dengan itu, kami dipersembahkan pula dengan demo memasak kek cawan oleh seorang ahli keluarga tuan rumah. Pukul 4.30 petang kami meminta diri dari tuan rumah dan kami telah dibekalkan dengan lauk pauk tadi untuk perjalanan pulang kami.

Perjalanan kami diteruskan ke kawasan Cheras untuk menghantar seorang sahabat kami pulang tetapi dalam masa yang sama kami membuat pakatan dengan seorang sahabat yang lain pula untuk bertemu sekadar bertanya khabar. Kami bertemu di sebuah restoran di kawasan tersebut. Sabahat itu juga baru pulang dari mengerjakan umrah. Seronok mendengar cerita beliau. Tp, honestly aku belum bersedia untuk pergi. Mengenangkan diri yang masih belum tinggi ilmu2 di dada. InsyaAllah satu hari nnt akan ku ke sana jua.

Selepas Maghrib kami meneruskan perjalanan kami ke Sunway Pyramid. Tujuan utama, ada seseorang tu nak mencari vacuum cleaner, tapi akhirnya kami telah membeli tiket wayang midnight pulak, cerita Clash Of The Titans. Takde vacuum cleaner yang berkenan di hati beliau nampaknya. Sambil menunggu waktu siaran wayang kami, kami sekadar berjalan2 dan snap2 gambar. Yang menjadi model, adalah kami anak2 teruna sunti ni. Memang ade cita2 nak menjadi model SD, tapi cita2 tidak dapat dicipta, hahaha....

Singgah di McD sekadar mengalas perut. Pukul 11.30 kami mula masuk ke dalam panggung. Cerita Clash Of The Titans, bagi aku biasa saja, tak mencapai tahap best bagi aku. Apa2 pon terima kasih diucapkan kepada sahabat di Rembau kerana sudi menjemput kami. Jangan serik jemput lagi. Kepada sahabat di Cheras, terima kasih kerana belanja kami minum dan makan rojak mamak malam itu dan terima kasih juga kepada abang yang belanja tiket wayang semalam. Tak lupa juga kepada kakak2 yang ada belanja apa2 semalam. Rasanya aku yang tak kuar duit pun semalam... hahaha.... habis lah, next time turn aku plak....

Aku sampai di rumah semalam pada pukul 2.30 pagi...


~Salam Sayang~

16 April 2010

228 : Mari Berhibur


Kali ini saya persembahkan sebuah lagu nyanyian Uncle Kracker yang berjudul Smile. Senyum-senyum selalu...


~Salam Sayang~

13 April 2010

227 : Sila Hadir Mesyuarat Ini

Beberapa minggu lepas, boss ada suruh aku menghadiri sebuah mesyuarat. Dia hanya memberi surat panggilan ke mesyuarat dengan nota ringkas bertulis, "En Hafiz, sila hadir mesyuarat ini". Setelah aku melihat surat penggilan ke mesyuarat itu, aku sedar bahawa bukan aku yang sepatutnya menghadiri mesyuarat tersebut. Mesyuarat tersebut adalah Mesyuarat Post-Mortem SUKMUM bla.. bla.. bla.. Aku tak pernah terlibat dalam perkara-perkara berkaitan SUKMUM dan mesyuarat Post-Mortem selalunya memerlukan maklumbalas mengenai perkara berkaitan. Jadi, klu aku tak pernah terlibat, macam mana aku hendak memberikan maklumbalas?

Aku memanggil Sister Noraini, aku bertanya samada beliau nak hadir tak mesyuarat tu kerana aku tak tahu menahu tentang SUKMUM ni (klu bukan mesyuarat post-mortem, bole le aku hadir). Sister Noraini jawab "boleh" ringkas beserta beberapa bebelan lain yg aku tak ingat.

Minggu lepas aku berjumpa boss mengenai perkara ni. Aku memaklumkan kepada beliau sebab2 kenapa aku tak sepatutnya hadir mesyuarat tu. Boss marah aku, sebab bagitau Sister Noraini pasal mesyuarat tu. Aku konfius. Dia cakap, Sister Noraini tu nanti bising, semua benda dia akan bagitau dalam mesyuarat tuh, nanti jabatan dapat malu. Kekonfiusan aku berlanjutan. Bagus lah kalau dia bising, setidak2nya orang akan tahu masalah yang kita hadapai masa SUKMUM tuh. Kalau kita senyap jer (macam Boss selalu buat) nanti orang akan berfikir semuanya baik walaupon seribu satu macam masalah melanda jabatan ni semasa SUKMUM. Dengan berat hati, boss mengarahkan Sister Noraini hadir.

Aku rasa tindakan aku betul. Kalau aku yang hadir, aku tak tahu aper yang akan aku laporkan. Lebih baik orang yang terlibat pergi, jadi banyak perkara yang dapat dilaporkan. Tak kisah lah kalau memalukan jabatan, asalkan perkara tu memberi kebaikan kepada jabatan. Tidakan boss yang hanya nak buat bodoh jer rasanya tak sesuai sebagai seorang boss dan tidak prihatin langsung kepada kebajikan kakitangan bawahannya.


~Salam Sayang~

08 April 2010

226 : Perjuangan Telah Selesai

Perjuangan telah selesai. Semalam berakhirnya perjuangan kami di gelanggang bola tampar tahun ini. Menentang Zon 5, kami mengalami kekalahan kali ketiga berturut2 dengan 25-10, 25-13.

Telah menjadi tradisi dalam Zon 6 yang tidak mempunyai semangat kesukanan. Bila pengadil memanggil pemain, Zon 6 cume ada 4 orang pemain sahaja. Pengadil hampir2 memberikan kemenangan percuma kepada pasukan lawan bila 2 orang lagi pemain tiba. Jadi, semalam Zon 6 hanya bermain dengan 6 orang pemain sahaja, tiada pemain simpanan. Walau bagaimanapun, kami tidak bermain sebaik hari sebelumnya. Tatkala permainan hanya tinggal 2 mata untuk ditamatkan, seorang pemain kami telah mengalami kecederaan. Permainan terhenti seketika. Beliau tidak dapat meneruskan permainan. Akhirnya, pengurus pasukan terpaksa masuk semata2 untuk menghabiskan permainan.

Terima kasih kepada semua pemain Zon 6 - Saiful, Azam, Syed, Firdaus, Azmi, Amin, Ujang, Mamat, Jamal dan sorang lagi yg aku tak tau namanya. Tahun depan kita cuba lagi.


~Salam Sayang~

07 April 2010

225 : Perlawanan Kedua

Semalam perlawanan kedua Zon 6 menentang Zon 8. Kali ini, lebih ramai player Zon 6 yang turun dan dua orang tunggak utama Zon 6 juga turun gelanggang. Kami bermain lebih baik dari semalam. Walaubagaimanapun, kemenangan masih belum menyebelahi kami. Zon 6 tewas dalam perlawanan kedua ini dengan 18-25, 16-25.

Petang ini kami akan turun gelanggang menantang Zon ?? (Tak igt plak lawan zon maner, akan diupdate kemudian)


~Salam Sayang~

06 April 2010

224 : Perjuangan Bermula

Semalam telah bermula perjuangan aku di dalam Pesta Sukan Staf Universiti Malaya 2010. Aku turun untuk kali pertama dalam pertandingan ni untuk perlawanan Bola Tampar menentang Zon 2. Kami turun dalam keadaan yang serba kekurangan, tanpa jersi dan tanpa bola. Pemain dan pengurus pon turun lambat. Orang lain dah ade dalam gelanggang, kami baru terhegeh2 nak kumpulkan pemain. Siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini?

Keputusannya, Zon 2 berjaya menewaskan Zon 6 dengan 25-6, 25-4. Petang ni, Zon 6 akan turun sekali lagi menentang Zon 8.

04 April 2010

223 : Sepetang Di Kota

Semalam aku menerima undangan makan tengahari di Kota Damansara. Memula segan jugak gak nak pegi pasal aku tak kenal dengan orang yang mengundang aku tu. Kata nya silence reader blog PDKM. Saper le agaknya tu, katanya seorang Datin, bior benar? Tapi akhirnya aku pergi juga since orang yang mengundang itu telah menjemput aku juga melalui pesanan SMS.

Perancangan dibuat bersama Pijal ngeh.. ngeh.. ngeh..(klu dia tak pi, aku pon tak pi, segan plak nak pi sorang2), kerana aku tak tau arah tuju ke Kota Damansara itu. Penah sampai, tapi itu beberapa tahun yang lepas, dan masa tu cume tumpang kereta orang jer. Perjalanan kami terganggu seketika sebab Hanis dan Syima call, katanya nak follow kami. Jadinya, kami terpaksa berpatah balik dan pergi menjemput Hanis dan Syima di Tesco dekat Ikea.

Perjalanan diteruskan dengan beberapa kali tersalah masuk jalan. Tapi, alhamdulillah, akhirnya kami sampai juga di rumah yang tersergam gah lagi indah itu. Kak Ummi dah anak2nya dah tiba dahulu, kami sampai kemudian dan kak sidah dan suaminya pula tiba. Tuan rumah, Kak Lina (ke nak panggil Mama Lina?) telah pun menyiapkan juadah untuk kami - nasi beriyani, ayam goreng, kurma daging (kurma ker?), dalca, acar timun, buah2an dan ada juga kuih muih. Dalam malu2 tu, dua pinggan juga kami bedal nasi tuh. Alhamdulillah, dah lebih dari kenyang, siap dapat tapau nasi bawak balik lagi. Terima kasih kepada tuan rumah.


Sedang menjamu selera di rumah Kak Lina

Program petang tu ku ingatkan tamat di situ sahaja. Tetapi kami menerima satu lagi jemputan minum petang di sebuah rumah flat tingkat 5 (tak tau le maner betul, si isteri kate tingkat 5, si suami cakap tingkat 4) di Seksyen 7 Kota Damansara. Tuan rumah mendahului konvoi 4 buah kereta kami. Dalam 10 minit, kami tiba disebuah rumah yang nampak nyer tak macam 5 tingkat.


Di rumah Kak Ummi

Ini suasana di rumah Kak Ummi Humairah kite. Kami dijamu dengan kek coklat yang sedap rupenye. Sib baek tapau 3 ketul semalam, kalau tak, kumpunan lah nampak nyer. Kami lepak2 di rumah kak Ummi sampai ke maghrib, selepas solat maghrib, kami pun meminta diri.

Aktiviti kami si bujang dan dara tidak tamat di situ sahaja. Dalam perjalanan pulang, kami merancang untuk menonton wayang di OneUtama yang akhirnya wayang kami entah ke mana. Sebaliknya kami melencong ke....


IKEA

Kami hanya window shopping dah menikmati ini......


Meatball IKEA yang famous itu

Dan akhirnya, dalam kata takmo beli ape2, ade dua orang tu bershopping sakan.... Anyway, terima kasih kepada Hanis dan Syima yang belanja aku dan Pijal meatball tu.... Terima kasih juga pada Kak Lina kerana belanja kami lunch dan terima kasih kepada Kak Ummi dan suami kerana belanja kami minum petang.

p/s : gambar diambil dari blog Ummi Humairah (curik jer... hahaha.... sori kak)


~Salam Sayang~

03 April 2010

222 : Bulan Sukan

Bulan April ni telah bermulanya Pesta Sukan Staf di UM. Ini bermakna, sesiapa yang mengambil bahagian dalam acara sukan, akan turun training setiap petang selepas waktu pejabat. Aku juga tidak mahu ketinggalan untuk menyertai beberapa acara sukan. Walaupun aku ni bukan seorang 'jock', namun aku akan join sekadar suka2, memberikan semangat kesukanan kepada team aku, ZON 6.

Tahun ni aku mengambil bahagian dalam 2 acara sukan, sama macam tahun lepas. Aku mengambil bahagian dalam sukan Bola Tampar dan Bola Jaring Lelaki. Tambah hebat lagi untuk tahun ni, aku telah dilantik sebagai Pengurus Pasukan Bola Jaring Lelaki Zon 6. Tak kesah lah, janji aku dapat main sama.

Hari Isnin nanti aku akan turun untuk game yang pertama, Bola Tampar. Game di peringkat kumpulan dan kami akan turun menentangan Zon 2. Harapan nak memang tu agak tipis, tapi kami takkan bagi kemenangan percuma kepada Zon 2 tu. Aper2 pun, wish us Good Luck....


~Salam Sayang~

01 April 2010

221 : Tag Oleh Encik Che'Pit

Terima kasih kepada Che'Pit kerana sudi menge'tag' aku. Marilah kita lihat apakah hasilnya....

1. Adakah anda rasa anda HOT
= Adakah saya HOT? Saya tidak rasa diri saya HOT, tapi ramai gak lah abang2 'G' di luar sana yang meminati saya... huhu...

2. Upload wallpaper PC/Laptop yang anda guna sekarang

3. Cerita pasal gambar ini.
= Saya sebenarnya pencinta alam sekitar. Saya suka akan gambar2 alam dan permandangan. Wallpaper ni kat PC office. Kalau laptop kat umah, saya letak wallpaper gambar katak.

4. Kali terakhir makan pizza.
= Saya tak suka pizza, oleh yang demikian saya tak ingat bila kali terakhir saya makan pizza. Yang ingat, pi makan bersama keluarga di Pizza Hut Selayang Mall. Hampeh servis kat sana (dan lagi nak mengutuk)

5. Lagu terakhir anda dengar
= Sebuah lagu Jepun dari kumpulan Chemistry berjudul Yakusoku No Basho (entah aper maksudnya pon aku tak tau)

6. Apa anda buat selain menyelesaikan tag ini?
= Takde wat aper pon, dengar lagu2 kat winamp. Sebelum tu saya makan lunch.

7. Selain nama sendiri, anda dipanggil apa?
= afeezz, en. afeezz, icon, apam, fizan, pakcik

8. Tag lagi 5 orang
= saper lagi aku nak tag, kawan aku ngan si che'pit ni samer jer...
1.
Cikgu Mas
2.
Ayah Zain
3.
sinomosa (pasal dia tak wat lagi tag Che Pit - ni Peringatan Pertama)
4.
Hanis (reason sama seperti di atas)
5. Nor Atikah (apasal aku tak jumpe blog ko?)

9. Siapakah no. 1 pada anda?
= seorang kakak, tapi dia tak nak mengaku kakak. Katanya, "kite beza 3 bulan jer, usahlah ko panggil aku kakak".

10. Katakan sesuatu kepada orang no. 5
= wei.. tikah, apasal aku tak jumpe blog ko???

11. No. 3 ade hubungan dengan siapa?
= kata si che pit, no. 3 ade hubungan ngan no. 1 (di blog beliau)

12. Bagaimana pula dengan no. 2
= no. 2 tu boleh lah dikonsiderkan sebagai ayahanda mertua saya

13. kata-kata cinta pda orang no. 4
= no. 4.... i lap u, u lap me, ok....

14. Berikan 5 yang anda tahu mengenai orang yang tag anda
= Owh... Che Pit tu ker?
1. Beliau orang Johor, Segamat kan?
2. Beliau bertugas di Maktab Kerjasama Malaysia kat PJ, walaupon dekat ngan opis aku, tapi beliau tak pernah mengajak aku lunch...
3. Wah... beliau naek Pesona, kaler hitam
4. Wow... beliau ade iPhone lah, jelesinya saya
5. Saya lebih slim dari beliau


Sekian, terima kasih...