30 March 2010

220 : Yet Another Birthday Present

Haha.... dah sebulan berlalu, tapi masih menerima hadiah sempena birthday ku yang lepas. Bak kata seorang sahabat, "Masih ramai yang sayang". Terima kasih kepada yang sudi memberi, terima kasih kepada kakak dan adik aku. Love you all....



Set cadar dan quilt


23 March 2010

219 : Mari Berhibur

Kali ini saya akan menghiburkan pengunjung blog saya ini dengan sebuah lagu berbahasa Korea berjudul Because I'm A Girl nyanyian Kiss. Lagu ini diperkenalkan kepada saya oleh seorang rakan beberapa tahun lalu. Beliau telah menceritakan jalan cerita video clip lagu ini. Pada ketika itu saya berfikir, "Uish... komplek nyer cerita dia, bole ke muatkan dalam satu lagu?". Nak tau aper ceritanya, saksikan sampai habis video clip ini.

Untuk translation lagu ini, layari di SINI

Semoga terhibur.


~Salam Sayang~

20 March 2010

218 : Menu - Laksa

Bulan Mac ni rezeki aku murah. Banyak aktiviti makan2 yang diadakan di pejabat. Untuk semalam, ade sambutan birthday seorang rakan sepejabat. Jadi, rakan tu nak jamu semua kakitangan dengan laksa. Disamping itu ade gak makanan sampingan seperti kuih apam dan samosa (bukan sinomosa ye tuan2 dan puan2). Birthday Cake, of koz le ade. Memandangkan semalam aku menghadiri mesyuarat dan hanya sampai semula di pejabat pada pukul 12.30 tengahari, jadi tak dapat le nak amik gambar makanan2 yang laen. Apa2 pun, terima kasih kepada yang menjamu, semoga dipanjangkan umur dimurahkan rezeki dipermudahkan urusan dunia dan akhirat, amin.



Laksa - aku ni bukan peminat laksa, tapi makan je lah,
orang dah hidang...

~Salam Sayang~

17 March 2010

217 : Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) - Part 2

Hari ni aku menduduki satu lagi keperluan PTK untuk Tahap Kecekapan 2. Hari ni aku menduduki komponen Perbincangan Berkumpulan. Pertama kali aku dan kakitangan lain menduduki komponen ni. Untuk PTK format yang lama, tak ada komponen ni. So, kami tak dapat nak jangka macam mana komponen ni akan dijalankan.

Aku diletakkan dalam Kumpulan 1 dan aku telah menduduki komponen ni pada pukul 11.oo pagi tadi bertempat di Universiti Malaya, Kompleks Kampus Kota. Dalam kumpulan aku ade 9 orang kesemuanya. Kami diberikan 1 kes study dan kami dikehendaki menjawab beberapa persoalan berdasarkan kes study yang diberikan. Alhamdulillah, bagi aku, kes study yang diberikan agak senang dan perbincangan kami telah berjalan dengan lancar selama 50 minit. Semua ahli kumpulan nampaknya galak memberikan pandangan masing2 mengenai persoalan2 yang diajukan. Tak ada apa2 yang perlu diserahkan selepas perbincangan itu. Cukup masa, semua bole balik... hahahha

Tak tau lah pencapaian aku macam mana. Sebab pemberian markah berpandukan kepada kebolehan diri kite dalam menyertai perbincangan itu dan kebolehan kita memberi pandangan tentang kes study yang diberikan. Aku dah buat aper yang aku boleh dan ape yang aku rasakan penting. Takde lah aku nak merepek bende lain. Ape2 pon, InsyaAllah....
Next, ada lagi satu tugasan individu yang terpaksa dibuat. Soalan akan diedarkan pada bulan April nanti. So, wish me luck...


~Salam Sayang~

12 March 2010

216 : Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)

Dua minggu lepas aku menerima satu surat dari Bahagian Sumber Manusia, surat untuk menduduki Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK). Tapi, PTK tahun ni sangat berbeza dari tahun2 sebelumnya, kerana UM telah memperkenalkan format baru peperiksaan PTK ni. So, banyak kerje sikit lah untuk lulus peperiksaan ni. Klu ikutkan format dahulu, aku cume perlu menduduki 2 kertas peperiksaan bertulis saja untuk bahagian Umum dan bahagian Khusus masing2. Tapi untuk tahun ni, aku akan menjalani satu peperiksaan bertulis, satu tugasan individu dan satu perbincangan berkumpulan untuk komponen generik. Kemudian aku ada lagi satu tugasan individu dan satu penilaian dari Ketua Jabatan untuk komponen fungsional.

Payah sikit lah tahun ni. Tapi, to this date, aku dah pon menduduki peperiksaan bertulis pada 9 Mac lepas. 25 soalan dijawab dalam masa 30 minit, bentuk soalan, fill in the blank. Banyak soalan pasal Nilai2 Murni, Etika Perkhidmatan Awam dan Tonggak 12 yang mana aku tak baca pon bahagian yang membosankan ni.. hahaha. Tapi semua soalan aku jawab, samada kene atau tak kene jer. Kemudian aku sudah pon menghantar tugasan individu pada 11 Mac lepas. Tiga soalan jawab satu dan aku telah memilih soalan berkenaan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Untuk perbincangan berkumpulan akan diadakan minggu depan....

Oklah, aku amik PTK ni pon just untuk naik tangga gaji. Klu lulus, alhamdulillah, klu tidak mencapai aras IV, kita repeat tahun hadapan....



Meja aku yang dahulunya kemas, penuh dengan
fail dan nota untuk menyiapkan tugasan individu..

~Salam Sayang~

10 March 2010

215 : Sepetang Di Awan

Dengan tidak disangka2, bermula dari komen seorang kawan 'bile nak turun Kajang ni?', akhirnya terjadi satu pertemuan di awan. Dengan tidak dirancang2, bertemulah kami, juga di awan. Terima kasih kepada yang hadir.

Pertemuan semalam (9 Mac 2010) di Kawasan Rehat dan Rawat Awan Besar di lebuhraya Kesas. Perancangan yang tak sampai sehari berjaya mengumpulkan kawan2 blogger yang amat aku senangi, Abg Imran sekeluarga, Hanis, Syima, Kak Elaira dan Kak Taj. Dan tanpa disangka2 tiba pulak Tikah dengan Abg Hon. Hidangan kami malam itu... Sate Kajang Haji Samuri. Terima kasih kepada Abg Imran.


Ade org tu kate nak makan 100 cucuk... tgk2 dia
makan beberapa cucuk jer...ngelat sungguh...


~Salam Sayang~

09 March 2010

214 : Huh!! Lagi Jemputan Makan-Makan

Acara makan-makan pada 6 Mac tempoh hari di rumah Hanis tidak tamat di situ sahaja. Aku menerima satu lagi jemputan makan-makan pada keesokan harinya di Denai Alam. Pada petang 7 Mac itu, si Hanis call aku, mengajak aku dan Abg Imran ke Denai Alam untuk bertemu Mama As dan Pak Megat. Kebetulan Mama As ngan Pak Megat berada di Shah Alam, si Hanis nak mengambil kesempatan untuk bertemu mereka yang tinggal somewhere di Kedah.

Aku msg Abg Imran dan dia bersetuju nak join sekali. Aku pergi menjemput Abg Imran di INTAN dan seterusnya ke Shah Alam untuk menjemput Hanis plak sebelum kami menuju ke Denai Alam itu. Sesampai jer di lokasi yg dituju, tersergam sebuah rumah yang... wow!!! Kami disambut oleh Pak Megat sendiri. Pertama kali aku bertemu Pak Megat dan Mama As. Sebelum ni tak kenal langsung. Klu tak join bende2 macam ni, mmg takkan berjumpe ler, takkan kenal ler. Masuk ke dalam rumah... wow!! sekali lagi...

Malam itu kami dihidangkan dengan laksa, buah2an dengan colek dan tapai pulut. Sangat simple tapi sedap especially tapai pulut tu. Rupe2nye ade orang malu2 plak malam tu nak makan lebih... hahaha... klu tak malu, rasanya habis dah tapai Mama As tu, silap2 berebut2 dua orang tu (bukan saya yer... hahaha... sajer taknak ngaku). Seronok malam tu mendengar cerita smpi tak sedar dah pukul 11 malam. Dan akhirnya kami meminta diri.

Tak sangka, rakan2 blogger yg pernah aku jumpe, semuanya baek2 belaka...



Tapai pulut untuk mereka yg malu2 hari tuh...


~Salam Sayang~

07 March 2010

213 : Lagi Acara Makan-Makan



Sebahagian tetamu IP's Gathering

Semalam, 6 Mac 2010 ada acara makan-makan lagi. Kali ni acara makan-makan ni diadakan sempena meraikan Encik Imran kite yang pulang bercuti (sebenarnya berkursus) di Malaysia. Idea pertama untuk mengadakan acara makan-makan ni datangnya dari Encik Imran sendiri. Mula-mula rancangannya nak buat secara kecil2an jer, makan2 di kedai sahaja, tetapi akhirnya dah jadi macam kenduri plak di rumah Cik Hanis. Terima kasih kepada tuan rumah dan sahabat2 lain yang sudi hadir memeriahkan majlis yang tak seberapa ni...

Perjalanan aku tengahari itu agak panjang. Janji nak amik abg Imran pada pukul 1.30 petang tidak kesampaian, hampir pukul 2 baru aku sampai di rumah nya. Sebelum tu aku terpaksa 'menangkap ayam, sembelih, buang bulu2, basuh, perap ngan rempah2 sebelum di bakar'. Kemudian baru aku pergi menjemput abg Imran di kawasan Ampang. Aku yang tak berapa biasa dengan kawasan Ampang tu terpaksa refer kepada En. Wikimapia dan seterusnya berpandukan papan2 tanda yang disediakan sepanjang jalan. Alhamdulillah, aku selamat tiba di tempat yang dijanjikan tanpa sebarang kesesatan. Kami tiba di rumah Hanis lebih kurang pukul 3.00 petang.

Makanan yang disediakan, jangan cakap ler, terlalu banyak dari soto ayam, mee goreng, ayam, cucur udang, kuih muih, buah-buahan, kambing golek sampai tak larat nak rasa semuanya. Moga-moga murah rezeki selalu pada mereka yang sudi menyumbang makanan2 itu. Tetamu yang datang juga agak ramai... meriah. Pada hari itu, kami merupakan tetamu yang terakhir meninggalkan majlis...


~Salam Sayang~

03 March 2010

212 : Menu - Mee Kari

Semalam ada aktiviti masak-masak dan makan-makan sekali lagi kat opis aku. Kali ni menu kami adalah Mee Kari. Siapa yang nak join, kene pakat2 share RM5 sorang untuk beli bahan2 mentah dan bole makan seberapa banyak yang mampu. Takde charge dikejekan oleh puan2 tukang masak. Aku makan tak banyak, 2 mangkok jer.. hahaha... Sekali makan sedap, kali kedua dan kurang plak rasanya.


Hirisan bawang dan halia untuk dikisar


Sawi yang telah dicelur, taugeh dan daun bawang
untuk hiasan


Close-up sikit kuat kari yang sedang dihangatkan


Penuh satu kuali kuah kari, ni baru kuali pertama...


Bahan2 yang akan dimasukkan ke dalam kuah kari
itu. Ade kerang jugak dalam kuah tuh..


Hasilnya... Mee Kari. Sedia untuk dimakan


Close-up sikit. Aku makan dua mangkok...


Kene plak ngan air asam boi


Ni mangkok orang lain...


Sedapnyer makan, boss lalu pon tak nampak...

Next menu aper pulak???

~Salam Sayang~