25 November 2010

310 : No Signal

Tak tahu lah kenapa sejak semalam pengguna2 talian 012 dan 017 di pejabat aku tak dapat signal. Cume boleh buat emergency call jer. Pelik jugak bile talian2 lain ok jer. Ingat kan problem ni akan settle hari ni, malangnya hari pon masalah yang sama.

Semalam masalah ni bermula sejak pagi. Semua call in, call out ngan sms tak dapat diterima dan dihantar. Tapi bila aku keluar jer dari gate UM lepas opis hour, berderu2 sms masuk. Makanya, masalah ni hanya dalam kawasan UM jer lah.

Hari ni masalah yang sama berlarutan. Baru aku ingat, semasa aku menghadiri Mesyuarat Mengenai Peperiksaan pada 10 November lepas, ada cadangan yang dibuat untuk memblock talian telefon bimbit ni semasa waktu peperiksaan dijalankan untuk mengelakkan berlaku penipuan semasa peperiksaan. Tapi itu cume cadangan kerana ia bakal melibatkan kos yang tinggi. Mungkin cadangan itu telah dilaksanakan dan kakitangan juga secara tidak langsung terkena tempias perlaksanaan perkara ini. Menyusahkan betul lah.

Aku ade membuat komplen mengenai perkara ini kepada pihak Maxis secara online. Komplen aku telah diterima tetapi sehingga kini aku belum mendapat sebarang maklum balas. Ade sorang kakitangan di pejabat aku ni juga telah membuat komplen, dan masih lagi tiada ape2 tindakan yang diambil.

Sehingga perkara ni selesai... Sabar jer lahhhhh.......


~Salam Sayang~

8 comments:

  1. Assalamualaikum Afeezz

    celcom pun hari ini tulis emergency calls only...aduhhh letih dibuatnya

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. wsalam abg rozali : kat sini celcom ok... 012 ngan 017 jer... tensen betul kan...

    ReplyDelete
  3. Salam Afeezz,

    Sy rs tindakan mcm tu kurang bijak jika dilakukan begitu. Apa motifnya? Utk elak student meniru ke? Tp x convenience bg staff.

    ReplyDelete
  4. salam syima : itu yg dia cakapkan lah, nak hindar student meniru dan menipu. tp student skrg pon kadang2 naek kepala gak. dah kate jgn bawak hp, nak bawak gak.. degil... belajar pandai tapi....

    ReplyDelete
  5. salam afeezz..itulah teknologi..walau kita yang mengawalnya kadang-kadang ia amsih di luar kawalan kita...mcm kiter terlupa no pin kita..jenuh tak dpt cucuk duit..kne la pi kaunter huhuhuhuh

    ReplyDelete
  6. wsalam sahrom : betul tu, secanggih2 teknologi masih lagi memerlukan manusia. canggih lagi teknologi ciptaan Allah. tp alhamdulillah, hari ni dah ade coverage semula, bole la gayut.. haha

    ReplyDelete
  7. Salam dekk afezz..

    Aiseh..sungguh hebat daya cengkaman hp kan hhihihi..resah gelisah jadinya semua orang....

    berkesan ker kalau sruh buat cam tu ngan student pasal exam...
    akak rasa kalau masuk exam..semua hp perlu elak diletakkan didalam poket maupun atas meja...menganggu..lagik minta di silentkan jap...masa peperiksaan tak yahlah sampai coverage line diusik...bimbang mana yg tak terlibat ngan exam..ada emergncy call, kematian ker, anak sakit ker, atau aper2lah...yg penting lambat diterima....boleh difikir2kan lagi pun cara selesai maslah ni yer dak....hehehhe

    ReplyDelete
  8. wsalam kak shami : dah keluar arahan, student tak bole bawak hp masuk ke dewan peperiksaan, tp mostly student ni degil tahap dewa. klu suruh letak dlm beg dan tinggal kan kat luar dewan, nnt dia kata klu hilang saper nak bertanggungjawab. pihak UM pon jadi serba salah. anyway, klu dia block line tu mmg tak patut lah pasal org lain pon akan terjejas gak. terpaksa lah pikir jalan penyelesaian yg lain

    ReplyDelete