19 November 2010

308 : Jalan-Jalan Hujung Minggu

Pada hujung minggu ini bersamaan dengan 20 November 2010 aku akan ke Bandar Maharani, Muar, Johor untuk menghadiri satu undangan ke majlis perkahwinan adik kepada sahabat baik aku. Sepanjang aku mengenali sahabat baik aku ni semenjak tahun 1994, tidak walau sekalipun aku menjejakkan kaki aku ke kampung beliau. Ini merupakan kali pertama aku akan ke sana. Rumah dia kat KL ni dah banyak kali aku pergi.



Terlanjur aku telah ke Muar, aku bercadang untuk bercuti-cuti di Melaka. Mungkin akan bermalam semalam di sana dan akan kembali semula ke KL pada hari berikutnya 21 November 2010. Sekadar bercuti untuk merehatkan fikiran dan memenatkan badan.



Ape tempat2 yang best untuk dilawati di Melaka? Ada cadangan?

Sehingga bertemu lagi, Salam Sayang.

8 comments:

  1. Assalamualaikum Afeezz

    moga selamat dlm perjalanan

    di melaka kenaik bot, menyusuli sg melaka, kalau waktu mlm ...indah

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. wsalam abg rozali : InsyaAllah... selamat pergi dan selamat kembali. Naik bot tu macam best gak.. idea yg menarik

    ReplyDelete
  3. salam afeezz,

    hv a nice trip..itu kampung sy, tanah tumpah darahku!

    kat Melaka sila naik Menara Taming Sari dan Duck Tour!

    ReplyDelete
  4. wsalam syima : owh.. org muor rupenye. hehehhe, saya pontian.

    ok take note, menara tamingsari dan duck tour (duck??)

    ReplyDelete
  5. Pakcik,

    Yup Duck = Itik, kenderaan 2 alam..huhu dia akan bw u all berjalan keliling Bdr Melaka.

    Pi jalan2 Melaka byk kos..semuanya bbyr, btw apa ler nak dikirakan sgt kan bbanding pengalaman dan keseronokkan sekali sekala. Njoy urselves!

    Ketam masak lemak cili api yg sedap kat Melaka di jual di dalam A'Famosa..hahahaha ooppss

    ReplyDelete
  6. owh... kenderaan tu, penah tengok tu. best ke naek bende tuh. tgk lah, klu bayaran nya berbaloi, bole naek..

    dalam a'famosa?? ermm... anyway, we will enjoy our trip... hehehe

    ReplyDelete
  7. salam bro..ada naik menara taming sari tak??

    ReplyDelete
  8. wsalam sahrom : aku lalu2 je kat situ. tak naek pon pasal berator panjang sgt. kami pon dah tak larat dah nk berator. maybe next time lah...

    ReplyDelete