303 : Inilah Generasi Masa Depan Malaysia

Ini adalah satu entry dari blog aku yang lama. Saja nak share bersama agar kite tahu macam mana perangai budak2 universiti zaman sekarang ni. Entry ni bertarikh April 2007 dan aku rasa pelajar2 ni dah pon grad agaknya.


Pelajar 1

Semalam opis aku menerima satu aduan. Aduan itu berbunyi lebih kurang seperti ini;

"Saya datang lewat tetapi kene panggil nama awal. Saya tak puas hati. Sila ambil tindakan."

afeezz : Ape ke BODOH pelajar ini?


Pelajar 2

Ini diambil dari salah satu aduan yang pernah diterima, lebih kurang begini bunyinya;

"Saya datang ke klinik lebih kurang pukul 5.15 petang tetapi pintu telah dikunci. Seorang jururawat memberitahu saya bahawa klinik tidak ambil pesakit lagi selepas pukul 4.30 petang bla bla bla ...."

afeezz : Nak menipu lah ni, kalau pintu dah dikunci, macam mana dia boleh jumpa jururawat plak?


Pelajar 3

Seorang pelajar telah datang ke Kaunter Pendaftaran.

Kakak Kaunter : Adik, sekarang kite dah tutup yer. Datang semula pukul 2.00 nnt.
Pelajar 3 : Pukul 2.00 nnt saya ade kelas.
Kakak Kaunter : U sakit aper?
Pelajar 3 : Saya sakit terowong
Kakak Kaunter : ???

afeezz : Sakit terowong = sakit kerongkong


Pelajar 4

Seorang pelajar telah datang ke Kaunter Pendaftaran.

Kakak Kaunter : Ade aper dik?
Pelajar 4 : Kakak, saya nak check doktor.
Kakak Kaunter : ???

afeezz : Saya nak check doktor = saya nak jumpe doktor


Pelajar 5

Seorang pelajar telah datang ke Kaunter Pendaftaran

Pelajar 5 : Kakak, saya nak jumpe doktor.
Kakak Kaunter : Adik isi Borang Pendaftaran dulu.
Pelajar 5 pon mengisi borang seperti yang diarahkan.
Kakak Kaunter : Adik dari fakulti maner ni?
Pelajar 5 : Akademi Fantasia
Kakak Kaunter : ???
Menyedari ketelanjurannya itu...
Pelajar 5 : Ehh.. Akademi Pengajian Islam (sambil gelak2 kemaluan)

afeezz : Fanatik AF le tuh...


Pelajar 6

Seorang pelajar datang ke Kaunter Pendaftaran.

Pelajar 6 : Kakak, kawan saya sakit telok
Kakak Kaunter : Sakit teloq???

afeezz : Rupe2nya sakit teruk daa.. bukan sakit teloq..


~Salam Sayang~

You Might Also Like

14 comments

  1. Assalamualaikum Afeezz

    kalau saya jadi jururawat tu..
    poneng kepalo den dibuatnye

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. Salam Pakcik,

    kalau bakal pemimpin sy tak setuju, tetapi kalau bakal generasi masa hadapan mungkin lebih tepat..
    ragam manusia tue pelbagai, sabar je ler bg sesiapa yg btugas di front desk..

    ReplyDelete
  3. wsalam atuk : klu atuk jadi misi, agaknye habis kene ketok dah kepala budak2 tuh... hehehe

    wsalam syima : ok setuju, bakal generasi masa depan malaysia. nak tukar lah tajuk tuh. ntah lah budak2 zaman skarang ni... sabar je lah...

    ReplyDelete
  4. salam afeezz..pandangan aku terhadap situasi diatas ialah kita suka memperbesarkan perkara yg kecil..kalau dah suruh dtg kul 2, dtg je la kul 2..kalau tak puas ati, jgn dtg terus hahahahaha

    ReplyDelete
  5. wsalam sahrom : hehehe... itu perangai masing2 lah kan. budak2 u sekarang ni ramai yg berlagak, macam depa tu bagus sgt. belajar pon belum lulus lagi dah nak berlagai bagai.

    ReplyDelete
  6. Fezz,

    kalau entry april 2007..maknanya umur budak2 tuh hanya sekitar umur sy gak hehe..so kira sy dlm lingkungan zaman mereka gak..so adalah tidak adil jika disbbkan seekor kerbau membawa lumpur terpalit kepada semua, dlm setandan pisang, pasti ada buah yg elok..fuhh sy bersastera pullok hehe..bese ler knakalan budak2, u pun mesti ada nakal gak kan kat arau dulu hehe..

    ReplyDelete
  7. salam syima : sy pon tak kate semua kan, saya kata ramai.. tpkan mmg betullah kerana seekor kerbau tu, selalunya akan terpalit lah lumpur pada kerbau2 yg lain. kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

    zaman kat arau? hehehe.. ade gak lah wat nakal. nama pon budak2 lagi.. hehehe

    ReplyDelete
  8. salam afeezz...

    he he he , agaknya hari2 kakak kaunter ketawa dgn kerenah pesakit2 yg bermacam ragam tu kaan.

    ReplyDelete
  9. salam afeez

    tu budak university,,,kalau budak skul cuba bayang camner?

    ReplyDelete
  10. wsalam kak ummi : yang wat sakit hati lagi ramai dari yang wat lawak kak. budak kaunter tu tensen jer hari2...

    wsalam CM : hehehe... CM tau le gelagat budak skull camner kan. Mesti banyak menguji kesobaran

    ReplyDelete
  11. kalau x boleh nak ikut peraturan atau waktu kerja yg ditetapkan, cari lah klinik lain yang dia boleh buat sesuka hati mak bapak dia

    ReplyDelete
  12. welcome back Che'Pit, long time no see...

    klu depa pi klinik lain kene bayar, tmpt aku free. dah dpt servis free pon lg nak berlagak...

    ReplyDelete
  13. aslkm anakanda

    Hehehe lucu pulak baca diaorang punya ragam.

    Afeez ni macam pakar rujuk pulak...

    ReplyDelete
  14. wsalam mama ju : tu lah, kadang2 lucu selebihnya menyakitkan hati jer. hahaha

    pakar rujuk aper tu mama??

    ReplyDelete